Isi Kandungan
Hari ni rasa nak berceloteh pasal kriteria-kriteria blog yang berjaya iaitu dengan menggunakan Alexa. Bukan senang nak bina sebuah blog yang berpengaruh dan ianya memerlukan tahap kesabaran dan kegigihan seperti GABAN Z BELAH 2 !Â
Sekiranya anda masih baru berkenalan dengan sesebuah blog, perkara pertama yang kita nak tahu ialah, adakah blog ini baru dan sejauh mana tahap KEBAGUSAN sesebuah website.?
Masalah apabila kita tidak tahu kredibiliti sesebuah blog.
Ramai antara kita yang hari ni suka sharing-sharing dan like di media sosial di Facebook atau Twitter. Dan pada masa yang sama mereka hanya klik like dan share button hanya kerana SUKA ! Tanpa memeriksa latar belakang info tersebut dan tanpa memeriksa sumber sebenar.
Seperti contoh berita palsu berkenaan penyakit Ebola yang merebak di Malaysia. Ingatkah gambar seorang budak perempuan yang kaki bengkak yang sebenarnya bukan dijangkiti penyakit Ebola? Walaupun simptomnya sama seperti penyakit Ebola tapi sebenarnya ia adalah khabar angin sahaja.
Jadi kalau kita tak merujuk kepada sumber yang sebenar iaitu Kementerian Kesihatan, kenapa gatal-gatal tangan nak klik like dan share?
Penunjuk pertama yang sesebuah website itu berkredibiliti – Alexa Rank
Alexa merupakan sebuah organisasi yang sentiasa index atau memeriksa tahap KEBAGUSAN sesebuah website. Dan ini boleh kita lihat dengan menggunakan Alexa Rank. Semakin kecil Ranking Alexa makan semakin bagus dan berpengaruhlah website itu.
Korang boleh install sendiri extension Alexa di website browser masing-masing samada Chrome ataupun Firefox. Apabila dah install hanya klik pada ikon tersebut apabila korang melawat sesebuah website untuk melihat rankingnya.
Sebagai contoh blog saya ni masih lagi baru dan ranking Alexa secara global masih di tahap yang juta juta wo !! Dan kalau di dalam Malaysia berada pada tahap ini 8646 !!. Klik je sini nak tengok ranking semasa.
Jadi kalau korang jenguk-jenguk di Alexa, ranking no 1 semestinya ialah Pak Cik Google tidak terkalah.
Boleh percaya ker pakai Alexa Rank ni?
Memang masih ramai yang masih ragu-ragu dengan Alexa Rank ni sebab katanya tak releven. Mungkin ya dan mungkin tidak. Persoalannya kenapa jutaan blogger seluruh dunia dan juga pengiklan akan merujuk kepada Alexa kalau nak mempromosikan atau beriklan di blog mereka?
Alexa Ranking juga sangat penting kepada syarikat yang ingin beriklan di sesebuah blog dan mereka juga mahu supaya pelaburan mereka adalah berbaloi.
Bagaimana Alexa menilai sesebuah website.
Kalau blog atau website yang terkenal seperti mudah.my atau lelong ke, tak yah cakaplah memang mencanak-canak trafik diaorang dan no wonderlah raking Alexa mereka sangat mantap.
Kriteria yang pertama semestinya ialah jumlah pembaca setiap hari. Semakin tinggi pembaca atau trafik di sesebuah blog maka semakin tinggi lah Alexa akan bagi rankingnya.
Yang keduanya ialah kebagusan entri. Kalau entrinya bagus dan pembaca suka baca, maka secara tak langsung masa pembaca tersebut berada di website itu akan makin lama. Jadi semakin lama average time on page sesebuah blog maka semakin tinggilah jugak ranking Alexa.
Kekerapan mengemaskini blog. Kalau tiba-tiba blog itu tidak diupdate pada masa yang lama maka secara tak langsung Alexa akan memberi markah yang rendah. Jadi untuk mendapat Alexa rank yang tinggi, kenalah sentiasa update blog selalu secara konsisten dan terpulang kepada kekerapan seseorang blogger.
Kualiti atau Kuantiti?
Sudah tentu lah jawapannya kualiti. Walaupun menulis sesuatu entri yang berkualiti makan masa yang agak lama, namun ianya sangat berbaloi. Makin bermanfaat sesuatu artikel kepada pembaca maka semakin sayang lah Pakcik Alexa dan Pakcik Google kat kita.
Jadi Hiduplah dan menulislah dengan ikhlas dan memberi value kepada pembaca. Insyaallah usaha penat lelah akan dibalas suatu hari nanti.
Nak cerita pasal Alexa jugak la.
cerita jangan tak cerita :)
Buat artikel mengenai Alexa pun membantu sebenarnya untuk kecilkan lagi rank alexa kita ;)
sebab tu saya buat…haha