10 Best Kedai Emas Kuala Pilah

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada awal tahun 2020, dapat kita lihat trend harga emas yang turun naik. Jangan terkejut jika pada waktu pandemik ketika ini anda boleh dapat melihat  kedai-kedai  emas di sekeliling anda ramai orang yang sanggup beratur di luar. Malah ada yang sanggup datang seawal pagi untuk beratur bagi  mendapatkan barang kemas yang diingini.

Disebabkan ini juga tercetus pelbagai nama jolokan untuk emas, seperti pulut dakap, gelang lipan, gelang biskut tawar, gelang roti bun dan pelbagai lagi nama menarik. Trend harga emas turun naik dipasaran ini juga disebabkan faktor pandemik yang melanda dunia. Ada ketika harga emas boleh naik, maka orang ramai mengambil kesempatan untuk membeli dan pada yang sama dijadikan pelaburan.

Pengeluaran KWSP I-Sinar dan I-Lestari juga salah satu faktor yang mendorong orang ramai membeli emas ketika harga emas murah dipasaran. Ini kerana mereka boleh menyimpan emas dan dijadikan aset atau dijadikan sebagai pelaburan untuk jangka masa panjang. Sebelum anda mahu membeli emas terlebih dahulu, kami ingin berkongsi dengan anda tips mencari barang kemas dengan betul.

  1. Elakan membeli barang kemas yang kosong isipadunya. Ini kerana bila anda mahu menjual balik atau dipajak akan mengganggu densimeter padu emas tersebut. Seeloknya anda perlu mencari barang kemas yang mempunyai isipadu yang berat, tidak mudah bengkok dan tahan lasak.
  2. Cari barang kemas 916 atau 999 sahaja. Kedua-dua ketulenan emas ini mempunyai nilai yang tinggi untuk jangka masa yang panjang. Anda boleh melihat emas ini di bahagian belakang barang kemas. 
  3. Sila pastikan anda survey  terlebih dahulu kos upah yang paling rendah. Tidak semua kedai emas yang menawarkan kos upah yang rendah. Ada juga kedai yang menawarkan perkhidmatan tanpa kos upah. Walaupun reka bentuk emas yang sama, tapi  kos upah berbeza mengikut pemilik kedai. 
  4. Hindarkan membeli barang kemas yang mempunyai batu permata, ini kerana barang kemas yang ada batu permata ini mempunyai nilai yang rendah di pasaran. Tambahan barang kemas yang ada batu permata ini tidak diterima untuk gadaian. 

Bila dah tahu tips membeli barang kemas dengan betul, jom kami bawakan anda 10 kedai emas (jewellery shop) di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Seperti yang anda tahu Kuala Pilah menjadi lubuk emas bagi pencinta barang kemas. Ada yang sanggup datang jauh semata-mata nak dapatkan barang kemas di Kuala Pilah . Ini kerana di Kuala Pilah menawarkan harga emas yang cukup murah berbanding di negeri lain, selain itu juga ada sesetengah kedai emas di Kuala Pilah menawarkan kos upah yang cukup murah dan tanpa kos upah. Menarik kan? Anda tak sabar nak tahu kedai emas  best di Kuala Pilah jangan lupa baca sampai habis.

Kedai Emas Best Di Kuala Pilah


1. Kedai Emas NurJannah, Jalan Dato Undang Johol

Kedai Emas NurJannah ini cukup terkenal bagi pengumpul barang kemas diluar sana. Kedai emas ini juga antara kedai yang menawarkan harga emas yang cukup murah dan paling menarik tanpa mengenakan kos upah. Antara koleksi barang kemas yang ada dijual disini ialah cincin emas 916, gelang lipan, gelang pulut dakap dan pelbagai barang kemas yang boleh buatkan anda rambang mata apabila melihatnya. Jangan terkejut jika anda datang ke kedai Emas NurJannah ini anda akan nampak ramai orang beratur diluar kedai.  Mereka juga menerima bayaran transaksi tanpa tunai seperti debit dan kredit kad, jadi tak perlu lagi bawa duit yang banyak untuk datang ke sini. 

Sejak PKP bermula lagi kedai ini telah membuat perniagaan atas talian (online) bagi memudahkan pelanggan mereka di seluruh negeri mendapatkan koleksi barang kemas terbaru. Tetapi harus diingat supaya berhati-hati dengan scammer jika anda bercadang untuk membeli emas secara online.

Alamat: No. 3, Jalan Dato Undang Johol, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:06-4810535

 

2. Lee  Wah Goldsilver, Jalan Datuk Undang Johol

Tidak jauh dari kedai emas Nurjannah, anda boleh terus ke  kedai Lee Wah Goldsilver. Tidak perlu naik kereta untuk datang ke kedai ini, hanya jalan kaki sahaja kerana kedai mereka berdekatan antara satu sama lain. Kedai emas Lee Wah Goldsilver ini mempunyai 30 tahun pengalaman dalam  mengendalikan pasaran emas. Terdapat pelbagai jenis barang kemas yang anda inginkan disini. Walaupun mereka mengenakan kos upah, harga barang kemas mereka masih lagi berpatutan. Koleksi barang kemas mereka kebanyakan sangat cantik dan terkini, dan jangan lupa untuk membuat sesi tawar-menawar mana lah tahu dapat harga yang diingini.

Alamat: 37, Jalan Datuk Undang Johol, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu 10.00am-5.00pm l Ahad tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:06-4812399

Whatsapp Lee Wah Goldsilver,Jalan Datuk Undang Johol

 

3. Kedai Emas Poh Kong, Jalan Datuk Undang Johol

Kedai emas Poh Kong yang terletak di Jalan Datuk Undsang ini juga tidak kurang hebat bagi penggemar barang kemas. Rata-rata maklumbalas melalui di google review dan juga FB pages mereka, pelanggan amat berpuashati dengan layanan yang diberikan serta terdapat pelbagai pilihan barang kemas yang ada. Barangan kemas yang mendapat sambutan ialah rantai tangan, cincin dan loket emas rekaan terkini. Anda mencari gelang coco,gelang lipan,gelang lintah semua ada disini.

Alamat: 25, Jalan Dato, Kampung Kuala Dioh, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:010-6666853

Whatsapp Kedai Emas Poh Kong,Jalan Datuk Undang Johol

 

4. Kedai Emas Sri Pilah, Jalan Datuk Undang Johol

Gelang pulut dakap, gelang lintah, gelang coco, gelang ekor kucing, namakan sahaja jenis koleksi barang kemas yang anda inginkan, semua ada terjual di Kedai Emas Sri Pilah ini. Boleh rambang mata kalau masuk ke Kedai Emas Sri Pilah ini. Manakan tidak ramai pelanggan luar sanggup datang untuk melihat dan mendapatkan koleksi barang kemas mereka. Mereka juga menawarkan perkhidmatan jual kembali atau trade in barang kemas lama dengan barang kemas mereka.

Alamat: 57, Jalan Dato, Kampung Kuala Dioh, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin- Ahad 9.00am-5.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:06-4810731

Whatsapp Kedai Emas Sri Pilah Jalan Datuk Undang Johol

 

 5. Kedai Emas Cheah Poh Hing, Jalan Datuk Undang Johol

Kedai Emas yang terletak di Jalan Dato Undang ini juga cukup popular di kalangan pencinta barang kemas. Dikatakan juga antara kedai emas yang menawarkan harga emas 916 yang cukup murah jika anda boleh tawar-menawar dengan pemilik kedai ini. Maklumbalas melalui review google mengatakan pekerja mereka juga cukup ramah dalam melayan karenah pelanggan.

Alamat: 40, 24, Jalan Dato, Kampung Kuala Dioh, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:06-481 2822

6. Yuen Shoon Goldsmith & Jewellery, Jalan Datuk Undang Johol

Antara kedai emas yang terletak di jalan yang sama iaitu Jalan Datuk Undang ini juga anda akan dapat lihat sentiasa penuh dan ramai dengan kehadiran orang ramai sama ada daripada penduduk tempatan atau luar. Antara koleksi barang kemas yang cukup popular disini ialah cincin emas 916. Pelbagai reka bentuk cincin emas yang anda boleh pilih di sini. Di nasihatkan supaya datang awal untuk mengelakan orang ramai datang beratur.

Alamat: No.26, Jalan Dato Undang Johol, Negeri Sembilan 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

Lokasi | Facebook 

 

 7. Kedai Emas Chan Kwong, Jalan Datuk Undang Johol

Apa yang menarik pada kedai emas Chan Kwong ini ialah mereka tiada pekerja yang menjaga kedai mereka, hanya sepasang suami isteri. Kedai ini juga mempunyai pelbagai koleksi barang kemas yang ada. Untuk pengetahuan anda kedai emas Chan kwong ini tiada maklumat di social media, yang hanya adalah alamat dan no telefon kedai sahaja. Jika anda dah sampai ke kuala pilah jangan lupa singgah di kedai emas Chan Kwong ini.

Alamat: 24-40 No, 44, Jalan Dato, Kampung Kuala Dioh, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu 9.00am-5.00pm l Ahad tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:06-4813699

Whatsapp Kedai Emas Chan Kwong Jalan Datuk Undang Johol

8. Kedai Emas HH Jewels, Jalan Margosa Maju Utama

Bahau dan Kuala Pilah tidak jauh, memandangkan di Kuala Pilah hanya ada 7 kedai emas, kami bawa anda menerokai barang kemas di Bahau. Kedai HH Jewels ini sangat popular dengan barang kemas 916. Mereka juga menawarkan barang kemas bajet mengikut kesesuaian bajet anda. Disini juga sangat popular dengan rekaan barang kemas reka bentuk charm yang boleh disuaipadankan dengan gelang pandora anda. 

Alamat: 31, 10, Jln Margosa Maju Utama, Taman Bukit Margosa, 72100 Bahau, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat 9.00am-5.30pm l Sabtu 10.00am-5.30pm l Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:06-4540529

Whatsapp Kedai Emas HH Jewels Jalan Margosa Maju Utama

9.  Kedai Emas Bahau Sdn Bhd, Jalan Besar

Kedai Emas Bahau juga tidak kurang popular bagi penduduk tempatan. Menawarkan pelbagai jenis barang kemas, sangat memudahkan anda untuk mencari barang kemas yang dihajati. Kedai emas ini juga mempunyai kawalan keselamatan yang ketat oleh pihak polis.

Alamat: 36, Jalan Besar, 72100 Bahau, Negeri Sembilan

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone:06-4544512

 

10. Kedai Emas Hin Hin, Bahau

Antara kedai emas yang terletak di Bahau ialah Kedai Emas Hin Hin. Kedai emas ini agak susah untuk mencari maklumat mengenai kedai mereka, tapi kami yakin kedai emas ini adalah salah satu kedai emas yang selalu menjadi tumpuan ramai melalui rating yang diberikan oleh pelanggan mereka. 

Alamat: 72100 Bahau, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu 9.30am-6.00pm l Ahad tutup

Lokasi | Ulasan Bisnes l Phone:06-45444220

1/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x