Isi Kandungan
Setiap orang sudah tentu mempunyai angan-angan untuk bercuti ke luar negara dan CD tidak terkecuali. Pada entri kali ini, CD nak berkongsi salah satu platform yang sangat membantu kita sekiranya nak melancong ke luar negara iaitu airbnb.com
Kat Malaysia ni nampak macam belum memberasangkan seperti di luar. Jom kenali Airbnb dan bagaimana ia membantu anda bercuti !
Masalah yang mungkin kita hadapi apabila bercuti ke luar negara.
Sekiranya pertama kali kita nak melancong ke luar negara sudah tentu perasaan dan tahap keterujaan kita akan berada di tahap gaban.:)
Mana taknya, naik kapal terbang, pergi tempat orang, makan makanan yang unik-unik, belajar budaya orang luar dan macam-macam lagi fantasi yang menyeronokkan bermain di benak kepala kita.
Namun, pasti sedikit sebanyak kita mempunyai perasaan takut dan cuak sekiranya percutian yang kita idam-idamkan tidak kesampaian. Banyak kemungkinan akan berlaku !!
- Mungkin dah sampai sana, tak tahu nak pergi mana. Macamana nak cari tempat makan best.
- Atau mungkin penginapan di negara orang terlalu mahal dan hanya indah khabar dari rupa.
- Atau mungkin kita akan rasa macam LOST !! sebab tiada teman dan kawan di sana !!
- Mungkin makanan kat sana tiada yang halal !!
Habiskan boreh ajo !
Lantas, sekiranya kemungkinan-kemungkinan ini menjadi kenyataan, maka secara tak langsung kita akan rugi !! Rugi dari segi masa, wang dan tenaga.
Maka sia-sia sahaja kumpul wang penat-penat dan habiskan cuti tahunan, akhirnya sampai sana melancong tak seperti yang dimimpikan.
Jimat, mudah dan berkredibiliti – Itulah Airbnb.com
Apakah Airbnb.com ? – Airbnb meruapakan sebuah portal online atau website yang dibina khas untuk pelancong di seluruh dunia untuk menempah tempat penginapan daripada penduduk tempatan di sesebuah negara.
Pelbagai jenis penginapan yang tersedia di airbnb.com dari sekecil-kecil bilik, sehinggalah sebesar-besar villa mewah yang berharga beribu untuk satu malam !!
Selain itu, Airbnb juga boleh digunakan oleh kita sebagai platform untuk meletak listing atau mengiklan rumah, apartment atau bilik untuk disewakan.
Kalau di Malaysia, portal online yang sering menjadi destinasi mengiklan atau mencari penginapan seperti homestay ialah mudah.my, iBilik dan sebagainya.
Apakah yang menarik melancong dengan Airbnb?
Kebiasaannya pelancong akan menggunakan khidmat hotel untuk menginap. Dan keburukannya ialah kita tak tahu siapa nak guide kita apabila di negeri  orang dan kita tidak tahu samaada iklan penginapan dalam website hotel tersebut ialah tulen atau tidak.
Ini kerana website yang dibina oleh sesebuah hotel mudah dimanipulasi sendiri. Contohnya fake review dan gambar penginapan yang lain daripada yang sebenar.
Sebaliknya kalau di Airbnb.com, setiap owner yang meletakkan iklan penginapan mereka akan melalui beberapa process verification atau pengesahan yang agak ketat. Bukan seperti di kebanyakan portal lain, anda hanya perlu email dan username sahaja.
Antara jenis verification dengan airbnb sebelum mengiklan di Airbnb ialah, menggunakan akaun facebook di mana jumlah friend akan ditunjuk, offline verification ( passport ) dan juga valid phone number. Proses yang agak ketat ini sudah tentu meminimumkan scam atau pengiklan yang tidak bertanggungjawab.
Kebanyakan host akan menggunakan perkhidmatan photographer profesional yang akan diupah oleh airbnb sendiri untuk mengambil gambar penginapan mereka secara profesional. Ini bertujuan untuk membina kredibiliti listing tersebut dan juga kredibiliti sebagai seorang owner/host.
Sekiranya gambar rumah, apartment atau bilik yang diiklankan mempunyai watermark airbnb verified (seperti gambar di atas), bermakna gambar tersebut ialah gambar yang telah diluluskan oleh pihak airbnb sendiri.
Bukan senang pihak airbnb nak meluluskan gambar-gambar ni, memakan masa sehingga 3-4 minggu. Lihat sahajalah kualiti gambar yang ada watermark airbnb verified, semuanya cun-cun !!
Pilih Host yang mempunyai review yang bagus !
Setiap Host atau pemilik rumah/bilik/villa pasti akan menjaga review dan first impression dengan tetamu. Jadi ini merupakan kelebihan untuk kita sebagai tetamu/guest untuk memilih host yang bagus yang boleh kita berharap sebagai guidance apabila di negara mereka.
Semakin banyak positif review maka semakin baguslah seseorang host itu dan juga tempat penginapannya !
Contoh Host Malaysia yang bagus di AirBnb.
Sebagai contoh kita lihat profile seorang host di dalam Malaysia di Airbnb iaitu Bro Syah.
Isi profile selengkap-lengkapnya dan Verified semuanya !
Syah telah membina kredibiliti beliau dengan mengesahkan pelbagai cara yang disediakan oleh Airbnb. Apa yang paling penting ialah Offline ID. Ini menunjukkan profile seseorang itu ialah sah.
Layan Tetamu sebagai kawan yang sudah lama tak jumpa. Bina positif feedback !
Syah juga mempunyai sebanyak 154 reviews dan ini menunjukkan, tetamu yang datang berkunjung ke apartment Syah sangat berpuas hati dengan penginapan dan layanan Syah terhadap tetamunya.
Sekiranya CD seorang pelancong luar daripada negara Malaysia, CD tanpa segan silu akan terus menempah penginapan di apartment Syah.
Jadi seorang tetamu yang bagus
Airbnb menjaga kepentingan setiap host dan guest/tetamu dengan sama rata. Kalau host ada review maka guest juga ada review.
Sekiranya guest tersebut yang sangat disenangi oleh host-host yang sebelumnya dan mempunyai review yang bagus, kemungkinan besar kita akan mudah untuk mendapat penginapan yang ditempah dan juga kemungkinan besar mendapat diskaun oleh bakal-bakal host korang.
Sebagai host, bakal penyewa juga akan diselidik dari segi kelengkapan profile mereka dan juga feedback daripada host-host terdahulu.
Jadi kenalah mengikut peraturan walaupun customer is always right :)
Seperti mana tetamu boleh memilih bakal hostnya, host juga boleh memilih guest/tetamu yang boleh menginap di tempat mereka. Jadi kita sebagai guest/tetamu juga kena ada review yang bagus-bagus dan profile kita sebagai guest/tetamu juga kenalah lengkap seperti mana yang CD cakap di atas.
Mudahan sedikit cerita CD berkaitan airbnb.com ni akan membantu perancangan bercuti korang di luar negara kelak. Selamat mencuba :)
artikel yang menarik untuk perkongsian Nvnest juga menawarkan bilik sewa tanpa deposit dan kontrak
terima kasih utk sharing, baru tahu boleh guna book homestay using online system and good experience using airbnb melalui this article info.
Saya akan ke tokyo pd bulan nov. Boleh tak recommend apartmen Airbnb yg baik pd saya? Kami 4 beranak. Terimakasih.
how to contact the host?
cmne nak contact host?
terima kasih dengan info ni, saya pon dah guna service airbnb ni..tp baru tenpah..belum travel lg..nnt nak buat entry review plak :)
hehe..boleh cuba…pastikan pilih host yg banyak review dan bagus2..:)
InshaAllah nanti nak melancong dengan aribnb. Tapi nak kemana? hehehe
ke oversea la bro…mana2 aja boley..ikut selera dan poket ..hehe