21+ Aktiviti yang Anda Tidak Mahu Ketinggalan Di Koh Lipe

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Koh Lipe. Pulau kecil ini terletak jauh di selatan Thailand dan menjadi syurga kepada pengembara-pengembara. Dengan air laut yang biru kehijau-hijauan yang sesekali menghempas pasir pantai, Koh Lipe adalah tempat terbaik untuk berehat dan berseronok. Pulau ini sememangnya salah satu tempat yang terbaik untuk dilawati di Thailand!

Dikelilingi dengan laut yang tenang dan gunung-ganang, pulau yang dikelilingi hutan, Koh Lipe sesuai untuk semua bukan sahaja kepada penggemar pantai. Aktiviti-aktiviti yang ada disini akan membuatkan pengembara menghabiskan masa berseronok disini. Jangan risau kerana walaupun pulau ini hanyalah pulau kecil, tapi ianya menawarkan banyak aktiviti dari pagi sampailah malam. Keseluruhan pulau ini boleh dilawati dengan hanya berjalan kaki, jadi anda tidak perlu risau tentang pengangkutan untuk pulang.

Masa berjalan agak perlahan disini. Kemeja dan kasut bukanlah sesuatu yang biasa disini. Penduduk pulau juga sentiasa akan menyapa anda dengan melambaikan tangan mereka dan mengucapkan “sawadee ka” dengan ceria. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Thailand dan Koh Lipe juga tidak kurang hebatnya.


Aktiviti Di Pantai Sunrise Koh Lipe

Dikenali sebagai Hat Chao Ley di kalangan penduduk tempatan, pantai pasir putih sepanjang 2 km ini terletak di timur Koh Lipe. Pantai ini agak kurang menarik jika dibandingkan dengan alternatif lain seperti Pantai Pattaya di Koh Lipe. Walaupun terdapat banglo-banglo yang terletak di tepian pantai disini, banyak juga pembangunan resort yang baru dibina. Tempat yang tenang ini juga dikurniakan dengan kecantikan semula jadi dan suasana yang tenang membuatkan pengunjung berat untuk meninggalkan tempat ini.

Jika anda ingin ‘backpacking’ ke Thailand dan bersantai di pantai adalah aktiviti yang anda ingin lakukan di Koh Lipe maka pencarian anda patut berhenti pantai ini.


1. Melihat Matahari Terbit

Koh Lipe - Melihat Matahari Terbit

Tempat ini adalah salah satu ‘spot’ paling sesuai untuk melihat matahari terbit di pulau ini. Walaupun anda bukanlah seorang yang gemar bangun awal pagi, aktiviti ini adalah sesuatu yang anda perlu cuba ketika berada di Koh Lipe. Anda pasti akan berasa berbaloi walaupun anda perlu bangun pada awal pagi. Cari lokasi terbaik dan lihat saat-saat magis apabila matahari mula terbit dari horizonnya. Jika anda menyewa hotel/resort berdekatan dengan pantai ini, anda hanya perlu berjalan keluar sedikit dari tempat anda atau jika anda bertuah anda dapat melihatnya dari balkoni anda sendiri. Jika anda tinggal sedikit jauh, ambil masa anda untuk berjalan menikmati suasana awal pagi dan cari tempat untuk duduk di sepanjang pantai untuk melihat matahari terbit.

Waktu Operasi: Waktu matahari terbit di Koh Lipe 6.10am

Harga Tiket: Percuma (Kawasan Pantai)

Alamat: Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand


2. Snorkel Di Pantai

Koh Lipe - Snorkel Di Pantai

Sesuatu yang mustahil jika anda pergi ke pulau di Thailand tetapi tidak menghabiskan masa di dalam air. Koh Lipe juga tidak terkecuali. Sebahagian besar aktiviti yang menarik untuk dilakukan di Koh Lipe terletak di bawah laut biru yang tenang. Sebahagian dari pulau ini merangkumi Taruato Marine Park. Kepelbagaian jenis ikan dan batu karang pasti cukup untuk membuatkan semua teruja termasuk mereka yang berpengalaman.

Anda boleh ber’snorkel’ dari mana-mana pantai di pulau ini, tetapi pengalaman snorkel terbaik adalah di hujung selatan Pantai Sunrise (di depan Resort Idyllic). Jika anda ingin ber’snorkel’ disini anda perlu pergi semasa air pasang kerana batu karang terletak agak cetek, dan pastikan anda memakai ‘fins’ kerana arusnya agak deras. Semasa air surut, anda boleh pergi ke bahagian utara pantai ini (berhadapan Resort Mountain).

Jika anda tidak mempunyai peralatan sendiri, anda boleh menyewanya dari mana-mana kedai selam yang ada di pantai dan menikmati hari anda di dunia bawah air. Harga sewa selalunya 50 baht (RM 6.90) setiap satu (topeng dan alatan snorkel, fins) atau sekitar 150 baht (RM 20.70) untuk satu set lengkap.

Waktu Operasi:

Kawasan pantai

Alamat:

Resort Idyllic (Koh lipe Koh lipe, Muang, Satun 91110, Thailand)

Resort Mountain (koh lipe thailand (Sun Set Beach) satun Amphoe Mueang Satun, Satun 91000, Thailand

Harga Tiket:

Harga Sewa Peralatan Snorkeling

  • 50 Baht (RM 6.90) – Setiap satu (topeng, alatan snorkel atau fins)
  • Sekitar 150 Baht (RM 20.70) – Satu set lengkap


3. Tonton Filem di Bar Sukan OMG!

Koh Lipe - Tonton Filem di Bar Sukan OMG!

Pulau ini terlalu kecil untuk mempunyai panggung wayangnya sendiri, justeru itu menonton filem bukanlah aktiviti yang selalu dilakukan oleh pelancong yang datang ke Koh Lipe. Tetapi, jika anda ingin menonton filem di skrin yang lebih besar dari iPad anda, OMG! boleh membantu anda. Anda boleh pergi ke sana tidak kira hari apa untuk menonton filem pada pukul 7pm. Anda tidak akan tahu filem apa yang akan ditayangkan tetapi itu bukanlah masalah yang besar, bukan? Pastikan anda memakai semburan penghalang serangga kerana nyamuk terdapat banyak nyamuk disini.

Jika anda tidak berminat dengan filem, anda boleh bermain biliard ataupun damak, atau anda boleh berehat dan menikmati suasana di sini. Makanan disini juga sedap walaupun mungkin tidak sesedap makanan asli Thai tetapi menu makanan Western adalah yang terbaik di pulau ini jika anda mengidamkan makanan seperti burger yang besar dan berjus.

OMG! tidak terletak berhampiran dengan pantai dan anda perlu berusaha sedikit untuk mencari tempat ini. Hala ke barat Walking Street dari Pantai Sunrise dan belok ke lorong kanan yang pertama. Bar sukan ini terletak beberapa minit dari sini di sebelah kiri. Semakin hampir anda dengan bar sukan ini anda akan dapat mendengar kemeriahannya.

Website

Waktu Operasi: 8.30 am – 1.30 am

Harga Tiket: -

Alamat: 292 หมู่ที่ 7 ตำบล Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand


4. Sertai Kelas Yoga Di Resort Pantai Castaway Koh Lipe

Koh Lipe - Sertai Kelas Yoga Di Resort Pantai Castaway

Jika anda lebih menginginkan masa untuk berehat, kelas yoga di Resort Pantai Castaway adalah satu pilihan aktiviti yang ideal di Koh Lipe. Anda boleh memulakan hari anda dengan ‘sunrise meditation’ ataupun Hatha yoga yang berentak perlahan di sebelah pantai.

Kelas mengambil masa satu jam dan dijalankan setiap hari kecuali hari Ahad. Mereka menawarkan kelas tiga kali sehari pada jam 7am, 9am dan 4.30pm dan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 400 baht (RM 55.19) untuk sejam. Kelas selalunya penuh terutamanya semasa musim puncak, jadi anda boleh membuat tempat awal jika anda mahu. Untuk kelas 7am anda perlu membuat tempahan dan bayaran awal, tetapi untuk kelas yang lain anda disarankan untuk berbuat demikian tapi tidak menjadi masalah jika anda tidak membuat tempahan awal.

Website

Waktu Operasi:

Kelas diadakan setiap hari kecuali Ahad selama satu jam.

Waktu kelas: 7.00 am, 9.00 am dan 4.30 pm

Harga Tiket:

Yuran Kelas : 400 Baht (RM 55.19) / sejam

Alamat: Koh Lipe Ko Lipe, Koh Sarai, อำเภอ ละงู Satun 91110, Thailand


5. Berkayak Ke Pulau Terpencil

Koh Lipe - Berkayak Ke Pulau Terpencil

Pencarian pulau terpencil tidak memerlukan usaha yang banyak di sini. Pulau yang terdekat seperti Koh Usen dan Koh Kra adalah tempat yang sempurna untuk anda luangkan masa selama beberapa jam disini membaca, snorkeling ataupun hanya berehat di pantai tanpa ada orang lain. Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti yang wajib anda cuba semasa berada di Koh Lipe.

Anda boleh pergi kedua-dua pulau dengan hanya berkayak daripada Pantai Sunrise; Koh Usen terletak di hujung selatan manakala Koh Kra terletak di hujung utara. Anda boleh menyewa kayak dari Castaway Divers dengan 200 baht (RM 27.51) untuk sejam, atau daripada mana-mana restoran atau hotel yang ada disekitar pulau ini. Harga kebanyakannya bermula dari 150 baht (RM 20.70) sejam atau 300 baht (RM 41.39)untuk sehari.

Waktu Operasi:

Harga Tiket:

Harga sewa kayak

  • 150 Baht (RM 20.70) / Sejam
  • 300 Baht (RM 41.39) / Sehari

Alamat:

Pantai Sunrise: Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand

Koh Usen: Koh Usen 91000, Thailand

Castaway Diver: Sunrise Beach Koh Lipe Koh Sarai, Muang, Satun 91000, Thailand

Tempat Penginapan Terbaik di Pantai Sunrise

Oasis Lipe Resort (Bermula dari $27* / semalam)

Mali Resort Sunrise Beach (Bermula dari $55* / semalam)

Castaway Beach Resort (Bermula dari $30* / Semalam)

*Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa


6. Mencari Plankton Bercahaya

Mencari Plankton Bercahaya

Dari semua perkara yang menarik dan semula jadi yang ada untuk Koh Lipe, plankton bercahaya (Boiluminescent) adalah yang paling ‘cool’. Tetapi ianya bukanlah senang untuk lihat anda memerlukan sedikit ‘luck’. Tetapi jika anda berjumpa dengan plankton itu anda akan dapat melihat salah satu keajaiban dunia!

Anda juga boleh menyertai ‘tour’ khas ke salah satu pulau yang berhampiran untuk memburu plankton selepas matahari terbenam, atau anda boleh berjalan ke arah hujung barat pantai ‘Sunset’ yang lebih gelap dan berharap anda bertuah untuk menemukan planton ini.

Waktu Operasi:

Harga Tiket:

Alamat:

Pilihan Pengginapan Di Pantai Sunset :

Bayview Resort (Bermula dari RM 58.72* / semalam)

Raya Resort (Bermula dari RM 62.91* / semalam)

Kafair Huts (Bermula dari RM 125.82* / semalam)

*Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa


Aktiviti Di Pantai Pattaya Koh Lipe

Ini merupakan pusat tarikan pelancong yang utama untuk merancang aktiviti yang ingin anda  lakukan di Koh Lipe dan anda akan tahu sebabnya apabila anda sampai ke sini. Pantai yang terbentang luas dengan pasirnya yang memutih dan air laut yang membiru telah lama menjadi tempat lepak kegemaran bagi ‘backpackers’, ‘flashpackers dan juga mereka yang suka tinggal di resort. Ramai pelancong memilih untuk tinggal disini kerana terdapat banyak pilihan bar, restoran dan penginapan. Apabila tiba musim puncak (November-April), terdapat beberapa pilihan pantai yang lebih sunyi terletak hanya 10-15 minit berjalan kaki dari Pattaya.

Jika anda adalah seseorang yang inginkan keterujaan, aktiviti-aktiviti ‘outdoor’ dan mencabar di Koh Lipe, anda disarankan untuk terus membuat tempahan aktiviti yang ditawarkan disini.

Tempat Penginapan Terbaik Di Pantai Pattaya

Mali Beach Resort Pattaya Beach (Bermula dari $58* / semalam)

Akira Lipe Resort (Bermula dari $90* / semalam)

Charming Lipe Villas (Bermula dari $52* / semalam)

*Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa


Aktiviti Di Walking Street Koh Lipe

Walking Street di Koh Lipe boleh dianggap sebagai pusat bandar utama di pulau itu. Ianya seperti jalan utama dan anda dapat mencari hampir kesemuanya yang anda perlukan dari bandar Thai yang sibuk termasuklah pusat-pusat urutan, banyak bar dan restoran, pengendali pusat pelancongan dan pelbagai kedai yang menjual cenderahati. Menghabiskan masa berjalan di sekitar Walking Street adalah salah satu aktiviti yang tidak patut anda lepaskan kerana jalan ini merupakan jalan utama disini.


7. Berjalan Di Sekitar Pulau

Koh Lipe - Berjalan Di Sekitar Pulau

Koh Lipe merupakan sebuah pulau yang kecil jadi anda boleh habis berjalan mengelilingi pulau ini dalam masa yang sangat singkat (lebih kurang 45 minit). Disini juga ada disediakan motosikal, teksi motosikal dan trak. Tetapi tempat berjalan kaki juga ada disediakan dan selesa. Walking Street merupakan pusat untuk segala-galanya, tetapi hanya menghabiskan masa untuk berjalan menyelusuri tempat ini sambil mencari apa yang anda perlukan juga boleh menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan.

Waktu Operasi: Kawasan pulau

Harga Tiket:

Harga sewa:

  • Motosikal : Serendah 100 Baht (RM 14/sehari)
  • Teksi Motosikal : Lebih kurang 50 Baht (RM 7)

Alamat:

Wakling Street : Tambon Ko Tarutao, Amphoe Mueang Satun, Chang Wat Satun, Thailand


8. Menikmati Hidangan Pad Thai Yang Sedap

Koh Lipe - Menikmati Hidangan Pad Thai Yang Sedap

Bermula dari waktu tengah hari anda boleh mula ‘memburu’ Pad Thai yang sedap di sepanjang Walking Street. Dimasak terus di depan anda dan dimasukkan dalam bekas kecil supaya anda boleh menikmatinya di tepi pantai atau di mana-mana sahaja yang anda inginkan. Anda boleh menikmati Pad Thai di mana-mana sahaja di Koh Lipe, tetapi Pad Thai di sini merupakan pilihan yang jauh lebih murah dan paling sedap yang anda boleh nikmati!

Jika anda tidak mahu menyumbang kepada pembuangan sampah yang berlebihan di pulau ini, anda boleh menimbangkan untuk membawa bekas anda sendiri untuk mengisi Pad Thai.

Harga Pad Thai lebih kurang 100 Baht (RM 14) dan akan mendapatkan pad thai yang penuh dengan sayur-sayur segar dan ayam.

Waktu Operasi:

Sepanjang Walking Street

Harga Tiket:

Harga Pad Thai : Lebih kurang 100 Baht (RM 14)

Alamat:

Sepanjang Walking Street (Tambon Ko Tarutao, Amphoe Mueang Satun, Chang Wat Satun, Thailand)


9. Nikmati Roti Dari Kedai Thai Pancake 2

Koh Lipe - Nikmati Roti Dari Kedai Thai Pancake 2

Thai Roti adalah makanan yang sesuai dimakan tidak kira waktu. Salah satu tempat terbaik untuk menikmati Roti di Koh Lipe adalah di Kedai Thai Pancake 2. Banyak pilihan yang ada disini menjadikan anda sukar untuk membuat pilihan. Roti ini dipenuhi dengan telur dan sayur-sayuran dalam satu hidangan. Anda juga boleh memilih untuk menikmati Roti dengan pisang dan sos coklat yang sesuai sebagai pencuci mulut (atau sarapan). Anda disarankan untuk datang dengan kawan-kawan supaya anda boleh berkongsi menghabiskannya.

Kedai Thai Pancake 2 ini terletak di tengah-tengah Walking Street dan senang untuk diakses dari semua sisi pulau ini.

Waktu Operasi:

-

Harga Tiket:

Harga makanan : Sekitar 50 Baht – 100 Baht (RM 7- RM 14)

Alamat:

Thai Pancake Shop 2, Walking St, Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand


10. Membeli belah Cenderahati dan Pakaian Pantai

Koh Lipe - Membeli belah Cenderahati dan Pakaian Pantai

Di Walking Street terdapat banyak barisan kedai yang menjual pelbagai jenis barang termasuklah pakaian pantai yang comel pada harga yang menarik. Terdapat kain yang dikait untuk menutup badan dan juga pakaian yang comel untuk wanita dan ‘tank top’ untuk lelaki (walaupun pilihan untuk lelaki agak kurang berbanding wanita). Salah satu aktiviti yang tidak boleh dielakkan adalah untuk berjalan di sekitar Walking Street sambil ber’window shopping’

Jika anda mencari cenderahati untuk diberikan kepada kawan-kawan anda, Walking Street boleh menyelesaikan masalah anda. Terdapat pelbagai jenis variasi cenderahati dan suasana disini lebih selesa berbanding pasar besar lain di Thailand.

Waktu Operasi:

Sepanjang jalan di Walking Street

Harga Tiket:

-

Alamat:

Sepanjang Walking Street (Tambon Ko Tarutao, Amphoe Mueang Satun, Chang Wat Satun, Thailand)


11. Menjadi ‘Trash Hero’ Koh Lipe

Koh Lipe - Menjadi ‘Trash Hero’

Ini merupakan salah satu aktiviti yang paling berbaloi dan menyeronokkan untuk dilakukan di Koh Lipe. Masalah sampah di dalam laut adalah satu masalah yang besar dialami seluruh dunia, dan Thailand juga tidak terkecuali. Usaha menyatukan orang tempatan dan juga pelancong untuk mengutip sampah adalah salah satu aktiviti yang bermanfaat untuk dilakukan.

Setiap pagi Isnin pukul 10am, Trash Hero akan berkumpul di mana Walking Street dan Pantai Pattaya bertemu untuk memulakan aktiviti mengutip sampah. Mereka tidak hanya akan mengutip sampah di Koh Lipe. Kumpulan ini juga selalunya akan pergi ke pulau-pulau berhampiran untuk membersihkan sampah yang dibawa oleh arus dari laut. Aktiviti ini percuma, dan anda juga akan diberi snek, masa untuk berenang dan makan tengah hari secara percuma sebelum pulang ke Koh Lipe.

Jika anda tidak ada di pulau ini pada hari Isnin , anda boleh mengambil inisiatif sendiri dengan mengutip sampah yang anda jumpa di sepanjang pantai.

Website

Waktu Operasi:

Waktu Operasi Pembersih :

Setiap Isnin, 10 am

Harga Tiket:

Percuma

Alamat:

Trash Hero Koh Lipe (292 ตำบลเกาะสาหร่าย Mueang Satun District, Satun 91110, Thailand)


12. Menikmati Urutan Thai Di Pantai

Menikmati Urutan Thai Di Pantai

Perjalanan anda ke Thailand tidak akan lengkap tanpa menikmati urutan Thai. Regangkan badan anda dengan urutan yang akan memberi kesan hingga lapisan tisu yang paling dalam dan rasai kesegaran selepas penat menikmati perjalanan bot yang mencabar.

Terdapat banyak pusat-pusat urutan yang boleh didapati di sepanjang Walking Street, tetapi menikmati urutan di pantai adalah sesuatu yang sangat menenangkan di Koh Lipe. Anda hanya perlu belok ke kanan di Pantai Pattaya dan berjalan beberapa ratus meter sehingga anda berjumpa dengan pondok yang diperbuat daripada buluh dan terbuka dengan iklan tentang urutan yang ditawarkan. Harga urutan adalah standard di seluruh pulau, bermula dari 300 baht (RM 14.28) sejam untuk urutan Thai yang biasa dan 400 baht (RM 55.05) untuk urutan ‘oil massage’ selama sejam.

Waktu Operasi:

Kawasan pantai

Harga Tiket:

Harga urutan :

Urutan Biasa: 300 Baht (RM 14.28)/jam

‘Oil Massage’: 400 Baht (RM 55.05)/jam

Alamat:

Sepanjang Walking Street dan Pantai Pattaya

Walking St, Pattaya City, Bang Lamung District, Chon Buri 20150, Thailand


13. Berenang di Air Biru Yang Jernih Pulau Andaman

 

Lawatan anda ke pulau yang indah seperti Koh Lipe pastinya tidak akan lengkap tanpa berenang. Bagi mereka yang tidak tahu berenang, anda masih lagi boleh berehat dan bermain-main di dalam air kerana airnya yang tenang dan tidak terlalu sejuk.

Semasa musim puncak (November – April), bot-bot akan datang ke Pantai Pattaya menjadikannya pantai yang paling sibuk dan kurang sesuai untuk berenang. Terdapat beberapa tempat yang sesuai untuk berenang jadi pastikan anda pergi ke tempat yang betul apabila berada di Pantai Pattaya. Kedua-dua pantai ini adalah tempat yang paling sesuai untuk berenang sepanjang tahun. Pantai Sunset lebih sunyi dan Pantai Sunrise pula mempunyai pasir pantai yang terbaik.

Waktu Operasi:

Kawasan Pantai

Harga Tiket:

Percuma

Alamat:

Sunset Beach & Sunrise Beach (Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand


14. Berehat Sambil Ditemani Buku

Berehat Sambil Ditemani Buku

Tiada apa yang dapat menandingi perasaan hanyut dibuai buku dengan jalan cerita yang bagus semasa bercuti. Walaupun Koh Lipe menawarkan pelbagai aktiviti, anda juga boleh memilih untuk berehat di dalam bilik penginapan atau tepi pantai dengan hanya membaca buku. Pilih tempat yang sesuai seperti di bawah pokok ataupun di atas ‘hammock’ untuk menghabiskan masa anda membaca buku.

Waktu Operasi:

Kawasan Pantai

Harga Tiket:

Percuma

Alamat:

Sepanjang pantai di Koh Lipe


15. Pergi ke Trip Snorkeling dengan Bot Panjang

Pergi ke Trip Snorkeling dengan Bot Panjang

Walaupun anda telah mencuba pengalaman bersnorkel di pantai sekitar Koh Lipe, ianya masih berbaloi untuk pergi ke lokasi snorkeling yang sedikit jauh dengan menaiki bot Panjang. Koh Ra Wi dan Koh Adang adalah tempat yang paling popular dan kerap dimasukkan dalam jadual perjalanan. Tetapi agak menyedihkan kerana air di sekitar Koh Ra Wi selalu dipenuhi dengan sampah dan sekali gus menjadikan pengalaman snorkeling disini agak kurang menyenangkan.

Sebaliknya, Pantai barat Koh Adang pula agak memukau. Batu karangnya yang sihat, kepelbagaian jenis ikan dan kemungkinan besar anda akan dapat keseluruhan tempat untuk anda sendiri (atau dengan kumpulan anda sahaja).

Terdapat pelbagai jenis ‘tour’ yang dijalankan dari Koh Lipe dan anda boleh menyertai ‘tour’ bila-bila masa sahaja yang anda mahu sepanjang minggu tanpa mengira hari. Jika anda mengembara dalam kumpulan, anda boleh menyewa bot panjang untuk kegunaan sehari, bawa peralatan snorkeling anda dan pergi sendiri ke mana anda yang anda mahu. Kos untuk ‘tour’ lebih kurang 800 baht (RM 110) untuk setiap orang. Anda boleh membandingkan harga di mana-mana ‘dive shop’ atau agen pelancongan yang ada di sepanjang Walking Street dan pilih harga yang paling sesuai dengan bajet anda.

Waktu Operasi:

-

Harga Tiket:

Kos ‘tour’:

Lebih kurang 800 Baht (RM 110)/orang

Kos sewa bot panjang:

Lebih kurang 1500 Baht (RM 200)/sehari

P/S: Anda boleh membandingkan harga dengan mana-mana ‘dive shop’ yang terletak di sepanjang Walking Street.

Alamat:

Koh Ra Wi, Satun 91000, Thailand

Koh Adang, Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand


16. Mendaki Koh Adang Untuk Menyaksikan Pemandangan Koh Lipe

Mendaki Koh Adang Untuk Menyaksikan Pemandangan Koh Lipe

Salah satu benda yang paling menarik untuk dilakukan di Koh Lipe adalah untuk menyaksikan pemandangan di sekitar pulau itu sendiri dari puncak. ‘Trail’ pendakian Koh Adang akan melalui tiga tempat persinggahan dan anda dapat melihat pemandangan Koh Lipe yang terbaik di perhentian yang terakhir. Pendakian ini tidaklah sesukar yang disangka dan hanya mengambil masa 1 jam untuk sampai ke puncak.

Jika anda mahukan sesuatu yang lebih  ‘energetic’, anda boleh berkayak ke Koh Adang. Atau, anda boleh menaiki teksi bot Panjang dari Pantai Sunrise dengan kos lebih kurang 100 baht (RM 13.76). Sebaik sahaja tiba di pulau ini anda perlu mendaftar di stesen ‘ranger’ dan mereka akan menunjukkan arah di mana anda boleh memulakan pendakian anda. Jangan lupa untuk menggunakan krim pelindung matahari dan bawa bekalan air yang banyak bersama anda.

Waktu Operasi:

Harga Tiket:

Sewa Teksi Bot Panjang Dari Pantai Sunrise: 100 Baht (RM 13.76)/orang

Sewa Kayak Dari koh Lipe : Sekitar 400 Baht (RM 55.03)/hari atau 150 Baht (RM 20.64)

Alamat:

Koh Adang, Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand

Tempat Penginapan Terbaik Di Koh Lipe

La Luna Italian Restaurant & Accommodation (Bermula dari $110* / semalam)

Ten Moons Lipe Resort (St Bermula dari from $88* / semalam)

Serendipidy Resort (Bermula dari $87* / semalam)

*Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa


Lagi Aktiviti Yang Berbaloi Untuk Dilakukan di Sekitar Kawasan Koh Lipe

17. Terokai Kecantikan Pantai-Pantai di Koh Lipe

Terdapat beberapa pantai yang popular dan sering menjadi pilihan pengunjung iaitu:-

Pantai Pattaya (Pattaya Beach)

Pantai yang paling terkenal dan ramai pengunjung ialah Pattaya Beach terletak di bahagian selatan pulau. Ini adalah pantai utama di Koh Lipe yang mempunyai pasir putih yang lembut, air laut yang membiru dan jernih serta suasana yang meriah.

Di sini adalah antara tempat yang popular untuk berenang, berjemur, dan melakukan aktiviti sukan air.

Waktu Operasi: 24 Jam

Harga Tiket: -

Alamat: Pattaya Beach, Mueang Satun District, Satun, Thailand

Pantai Karma (Karma Beach)

Pantai kedua yang popular di Koh Lipe ialah Karma Beach yang terletak jauh di bahagian utara pulau. Pantai yang terpencil ini lebih tenang dan menawarkan privasi serta persekitaran yang menyenangkan dikelilingi kehijauan alam yang subur.Dalam Google Map, pantai ini dinamakan sebagai North Point Beach.

Waktu Operasi: 24 Jam

Harga Tiket: -

Alamat: Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand

Pantai Sunrise (Sunrise Beach)

Sunrise Beach atau dikenali juga sebagai Hat Chao Ley terletak di sebelah timur pulau yang merupakan pantai ketiga popular di Koh Lipe. Selari dengan namanya, Sunrise Beach menawarkan pemandangan matahari terbit yang menakjubkan pada setiap pagi.Suasana di pantai ini lebih tenang dan kurang sesak berbanding dengan Pantai Pattaya, jadi sesuai untuk anda bersantai-santai dan mempunyai lebih privasi ketika menyendiri di pantai ini.

Waktu Operasi: 24 Jam

Harga Tiket: -

Alamat: Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand

Pantai Sunset (Sunset Beach)

Sunset Beach (Hat Pramong) merupakan pantai keempat yang popular di pulau ini yang terletak di sebelah barat. Seperti namanya, pantai ini adalah antara tempat terbaik di Thailand untuk melihat matahari terbenam yang indah.Persekitaran pantai lebih tenang pada waktu siang kerana kurang pelancong yang datang menjadikannya tempat yang tenang dan nyaman untuk berehat.

Waktu Operasi: 24 Jam

Harga Tiket: -

Alamat: Ko Tarutao, Mueang Satun District, Satun 91000, Thailand

Selain pantai-pantai terkenal, terdapat juga pantai-pantai kecil lain yang menarik untuk pelancong lawati:

Pantai Sanom (Sanom Beach)

Salah satunya ialah Sanom Beach yang terletak di sebelah barat pulau. Pantai ini lebih tenang kerana tidak ramai orang. Airnya juga cetek menjadikannya sesuai untuk berenang dan aktiviti snorkeling. Penginapan berhampiran ialah Sanom Beach Resort yang cantik dan tenang.

Waktu Operasi: Bergantung kepada operasi terkini resort

Harga Tiket: -

Alamat: 216 Moo 7 T. Koh Sarai A. Moung C. Satun Koh Lipe Satun 91110, Thailand

Pantai Galah (Galah Beach)

Pantai Galah Beach terkenal dengan pasir putih yang menakjubkan dan perairannya yang jernih. Lokasinya yang sangat terpencil menawarkan suasana yang damai dan privasi, sesuai untuk bersantai dan menikmati keindahan alam semula jadi. Untuk sampai ke pantai ini, anda perlu berjalan kaki merentas pokok-pokok atau berkayak dari Sunrise Beach atau Pattaya Beach.

Waktu Operasi: 24 Jam

Harga Tiket: -

Alamat: Koh Lipe, Thailand

Pantai Svedo (Svedo Beach)

Pantai yang kecil iaitu Svedo Beach terletak bersebelahan dengan Pantai Galah Beach, boleh berjalan kaki sahaja untuk sampai ke pantai ini. Pantai ini sungguh indah dengan pasir yang lembut dan perairan yang tenang. Pemandangan sekitar juga sangat cantik dan menenangkan.

Waktu Operasi: 24 Jam

Harga Tiket: -

Alamat: F7MR+79C, Tambon Ko Tarutao, Ko Lipe, Satun, Thailand

Pantai Rahsia Lipe (Lipe Secret Beach)

Lipe Secret Beach adalah tempat yang sesuai untuk berehat dan berjemur di bawah sinaran matahari sambil menikmati angin pantai. Pantai ini tidak ramai pengunjung kerana lokasinya yang sedikit tersembunyi namun sangat berbaloi untuk dilawati.

Waktu Operasi: 24 Jam

Harga Tiket: -

Alamat: F7MQ+4MH, Tambon Ko Tarutao, Ko Lipe, Satun 91000, Thailand

Pantai Daya (Daya Beach)

Menikmati keindahan pantai dengan suasana yang tenang di Daya Beach. Dikelilingi kehijauan alam semula jadi yang subur dan berehat sambil menikmati keindahan pantai. Berhampiran dengan pantai mempunyai kawasan untuk snorkeling melihat terumbu karang dan kawasan untuk berkayak.

Waktu Operasi: 24 Jam

Harga Tiket: -

Alamat: F7PX+RG8, Tambon Tru, Tao Mueang, Satun 91000, Thailand


18. Ketahui Aktiviti Watersport Yang Anda Boleh Lakukan di Koh Lipe

Koh Lipe sangat terkenal dengan watersport kerana airnya yang jernih dan hidupan bawah laut yang cantik memberikan anda pengalaman yang istimewa apabila menerokai keindahan marin semula jadi ini. Jom Ketahui aktiviti watersport yang terbaik untuk dilakukan:

Snorkeling

Aktiviti snorkeling merupakan aktiviti yang ideal dilakukan di pulau ini. Terdapat banyak kedai dan resort yang menawarkan pakej snorkeling kepada para pengunjung. Kejernihan air lautnya yang membiru membolehkan anda melihat ikan-ikan berenang dan kecantikan warna terumbu karang ketika snorkeling. Koh Lipe mempunyai banyak tempat yang sesuai untuk snorkeling.

Kawasan Ideal Bersnorkeling adalah di sekitar Pattaya Beach, Sunset Beach dan Sunrise Beach.

Kayaking

Selain snorkeling, aktiviti Watersport di Koh Lipe yang menarik ialah berkayak. Banyak kedai-kedai di sekitar pantai atau di Walking Street yang menyediakan perkhidmatan penyewaan kayak. Anda boleh menyewa kayak untuk beberapa jam ataupun untuk sehari. Melawat pulau-pulau berhampiran dengan berkayak pasti memberikan anda pengalaman luar biasa yang sangat menyeronokkan.

Kawasan Ideal Berkayak adalah di sekitar pantai Sanom Beach, Karma Beach, Sunset Beach, Sunrise Beach dan Pattaya Beach.

Stand-Up Paddle Boarding

Stand-Up Paddle Boarding (SUP) iaitu aktiviti mendayung secara berdiri di atas papan dayung. Anda boleh menyewa peralatan tersebut dengan resort-resort yang menawarkan servis penyewaan tersebut berhampiran mengikut jam ataupun untuk sehari. Jangan lupa untuk nikmati keindahan air laut yang jernih serta kecantikan kehidupan bawah laut apabila anda menaiki stand-up paddle boarding di sana!

Kawasan Ideal Stand-Up Paddle Boarding ialah di sekitar Sanom Beach, Karma Beach, Sunset Beach, Sunrise Beach atau Pattaya Beach.

Diving (Menyelam)

Laut sekitar Koh Lipe mempunyai habitat yang sangat baik untuk kehidupan bawah laut dan terumbu karang. Anda akan terpukau dengan pelbagai jenis coral reef yang indah dan berwarna-warni apabila diving di sekitar pulau. Aktiviti ini juga sama menariknya dengan aktiviti bersnorkeling kerana rata-rata pengunjung akan berminat untuk melakukan kedua-dua aktiviti ini untuk menerokai keindahan bawah laut Koh Lipe.

Antara lokasi tumpuan diving ialah:

Eight Mile Rocks, Stonehenge, Yong Hua Shipwreck, Pattaya Corner, Seven Rocks, Sailrock, Koh Adang, Koh Taru, Koh Yang, Koh Hin Ngam, Koh Talang, Far Island, Koh Sarang dan Koh Pung.


19. Melakukan Aktiviti Island Hopping Sekitar Koh Lipe

Jangan lepaskan peluang untuk aktiviti island hopping apabila bercuti ke Koh Lipe. Melihat keindahan pulau-pulau berhampiran dengan menyewa bot panjang atau mengambil pakej island hopping bersama agensi berdaftar. Antara pulau yang wajib dilawati adalah Koh Ra Wi, Koh Hin Ngam, Koh Yang, Koh Tarutao dan Koh Adang. Anda juga berpeluang untuk snorkeling di kawasan pulau tersebut dan melihat kehidupan bawah laut serta terumbu karang yang cantik.

Anda boleh menghabiskan masa di Koh Adang dengan mendaki ke puncak untuk melihat pemandangan pulau Koh Lipe. Ada 3 viewpoint yang akan dijumpai sepanjang pendakian dan perjalanan untuk sampai hingga ke atas kebiasaannya mengambil masa kurang dari satu jam. Jangan lupa untuk membawa air minuman secukupnya untuk aktiviti hiking ini. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti snorkeling di Koh Adang dan berenang sambil menikmati persekitaran pantai yang tenang.


20. Menyaksikan Pertunjukan “Fire Show” Di Pantai

Pantai-pantai di Koh Lipe adalah lokasi yang sesuai untuk bersantai jauh dari kesibukan bandar. Anda boleh berjalan-jalan di persisiran pantai dan berpeluang melihat pertunjukan api (fireshow). Sekiranya anda di Pattaya Beach, anda boleh melihat fireshow di Monkey Bar yang bermula pada jam 8.30 malam manakala di Sunrise Beach atau Zodiac Beach, boleh datang ke Zodiac Bar sebelum 6.35 petang untuk melihat fireshow yang diadakan pada setiap hari. Selain itu, anda boleh bersantai di tepi pantai dengan tenang sambil melihat matahari terbenam yang indah di Sunset Beach atau melihat matahari terbit di Sunrise Beach.


21. Menyertai Kursus PADI & Dapatkan Lesen Menyelam Bertaraf Dunia

Menyertai Kursus PADI & Dapatkan Lesen Menyelam Bertaraf Dunia

Bagi yang ingin mempelajari aktiviti diving dengan lebih mendalam dan meningkatkan kemahiran diri, anda berpeluang untuk menyertai PADI course di Koh Lipe di mana anda akan belajar menyelam dengan pengajar profesional dan terlatih. Dalam kursus tersebut juga akan diadakan latihan di perairan dan ajaran teknik-teknik penting untuk menyelam.

Dengan menyertai kursus ini, anda akan mendapat kelayakan PADI yang diiktiraf di seluruh dunia. Dengan mempunyai kemahiran diving yang lebih efisien membolehkan anda berasa lebih yakin untuk menyelami hidupan bawah laut dengan lebih profesional dan seronok.

Jom baca 5 Tempat Terbaik Dapatkan PADI Water Course Berlesen di Koh Lipe


Koh Lipe menanti anda…

Dengan pelbagai aktiviti yang ada di Koh Lipe anda pasti dapat mencari sesuatu yang sesuai untuk anda. Walaupun anda perlukan berusaha sedikit untuk sampai ke sini, tetapi itu pasti akan membuatkan perjalanan anda lebih istimewa. Bila anda turun sahaja dari bot dan menjejakkan kaki ke pasir pantai yang lembut, anda akan dapat merasakan semua usaha anda berbaloi.

Koh Lipe bukanlah pulau yang penuh dengan parti jika dibandingkan dengan pulau-pulau lain di sekiranya tetapi sebaliknya pulau ini menawarkan suasana yang lebih tenang. Anda boleh berjalan ke mana-mana saja dengan bebas tanpa menggunakan selipar atau kasut. Ini adalah erti percutian yang sebenar. Ditambah dengan beberapa aktiviti luar yang menarik, bar dan makanan yang hebat anda akan mengetahui sebab mengapa pulau ini menjadi makin popular setiap tahun.

Jika ini masih tidak dapat meyakinkan anda untuk ke sini, jalan terakhir adalah dengan mengemas beg pakaian anda dan terbang ke sini untuk merasainya sendiri di Koh Lipe.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Koh Lipe – Umpama “Maldives” Versi Thailand

Koh Lipe, sebuah pulau indah yang terletak di selatan Thailand. Pulau kecil ini lebih dikenali sebagai Maldives of Thailand merupakan salah satu hidden gems...

10 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Koh Lipe, Thailand

Keindahan pantai-pantai di Koh Lipe atau gelarannya ‘Maldives of Thailand’ akan membuatkan anda berasa tenang dan santai. Untuk pengetahuan anda, ramai pelancong yang memilih...

8 Kemudahan Am Di Koh Lipe Anda Patut Tahu Sebelum Melancong

Koh Lipe merupakan antara destinasi percutian yang terkenal di Thailand. Tempat ini bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam semula jadinya malah variasi pilihan makanannya...

Top 10 Hotel Di Koh Lipe Terbaik Untuk Honeymoon

Koh Lipe, sebuah pulau yang penuh dengan keindahan pantai dan pemandangan yang menakjubkan merupakan lokasi yang ideal untuk berbulan madu bersama pasangan. Pilihan penginapan...

6 Tempat Menarik Di Langkawi, Bandar Berdekatan Koh Lipe

Pulau Langkawi yang terletak di negeri Kedah, Malaysia ini sangat terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara kerana landskapnya yang indah dan kisah...

24 Hotel Menarik Berdekatan Pantai Di Koh Lipe

Selamat datang di Koh Lipe, salah satu destinasi pulau terindah di Thailand! Jika anda mencari pengalaman pantai yang istimewa lagikan romantis, maka Koh Lipe...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x