Isi Kandungan
Hat Yai ialah destinasi popular untuk pelancong yang mencari percutian penuh dengan budaya, alam semula jadi dan masakan yang lazat. Bandar yang sibuk ini menawarkan pelbagai aktiviti dan tarikan yang memenuhi minat yang berbeza. Dalam artikel ini, kami akan mengetengahkan beberapa aktiviti yang mesti dicuba di Hat Yai.
Aktiviti 1: Terokai Pasar Tempatan Sekitar Hat Yai
Jika anda kali pertama ke Hatyai, anda wajib mulakan aktiviti melancong dengan selami suasana yang meriah di Pasar Kim Yong yang terletak di sekitar deretan bangunan kedai. Pasar yang sibuk ini merupakan khazanah makanan dan barangan tempatan, menawarkan pelbagai rempah ratus, hasil segar dan cenderamata unik.
Di sana anda boleh membeli macam-macam benda termasuklah pakaian, sneks dan kudap-kudapan yang lazat sambil anda bersiar-siar di gerai yang meriah.
Jom baca: 4 Pasar Tempatan Tumpuan Pelancong Malaysia Di Hat Yai
Aktiviti 2: Lawati Tapak Kebudayaan Dan Keagamaan
Lawatan ke tapak-tapak berunsurkan kebudayaan dan keagamaan adalah aktiviti yang ideal dilakukan di Thailand. Anda berpeluang untuk menyelami sisi spiritual Hat Yai dengan melawat Kuil Buddha Empat Wajah (San Phra Phrom) yang terletak di Taman Perbandaran Hat Yai. Kuil yang dihormati ini adalah tempat pemujaan di mana pengunjung memohon berkat dan berdoa.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk menyaksikan seni bina yang unik dan melihat penduduk tempatan menjalankan ritual tradisional. Satu lagi tapak yang mesti dilawati ialah Wat Hat Yai Nai, sebuah kuil Buddha yang terkenal dengan patung Buddha emas berbaring yang besar. Di sana, anda dapat merokai kawasan kuil dan nikmati suasana yang tenang sambil anda mengagumi seni bina yang menakjubkan.
Aktiviti 3: Nikmati Kehijauan Dan Panorama Indah
Jika anda tiba di Taman Perbandaran Hat Yai, anda perlu menyaksikan pemandangan indah dan kehijauan Hat Yai dengan menaiki kereta kabel yang tersedia ada. Dari jauh, anda berpeluang menikmati pemandangan panorama dan melihat keseluruhan kawasan Hat Yai.
Bagi penggemar alam semula jadi, lawatan ke Tasik Songkhla adalah satu aktiviti wajib yang ada kena cuba. Anda dapat bersantai di tepi tasik sambil melihat burung-burung berterbangan, atau sewa bot untuk menikmati pemandangan tasik sambil berada di perairan yang tenang.
Aktiviti 4: Mencuba Hidangan Masakan Tempatan Sekitar Hat Yai
Tidak lengkap percutian anda jika tidak mencuba hidangan masakan tempatan yang ekslusif di Hat Yai ini. Jika berkesempatan, anda perlu mencuba makanan jalanan atau dikenali sebagai Street Food yang menghidangkan anda dengan perisa Thai asli dalam suasana yang meriah.
Jangan ketinggalan untuk menikmati hidangan istimewa Thai selatan yang terkenal dengan makanannya yang berperisa ‘kuat’ dan ‘pedas’. Antara hidangan yang anda patut cuba adalah seperti Khanom Jeen (rice noodles dengan pelbagai kari) dan Khanom Buang yang rangup (Krep gaya Thai berintikan manis-manisan atau berperisa).
Jom baca: Top 10 Makanan Selatan Thailand Wajib Cuba Di Hat Yai & 20+ Makanan Popular Di Selatan Thailand
Aktiviti 5: Terokai Suasana Malam Sekitar Hat Yai
Nikmati suasana Hat Yai yang meriah pada sebelah malam dengan menjelajahi pasar malam yang sibuk untuk beli fesyen terkini, aksesori, dan cenderamata. Anda dapat bersantai sambil menikmati persembahan muzik live, merasai atmosfera yang bertenaga di kawasan bandar ini.
Jangan lupa untuk kunjungi pasar malam yang meriah seperti Asean Night Bazaar, Pasar di Jalan Hat Yai Nai, Lee Garden Plaza, dan pasar terapung ‘Khlong Hae’ yang menarik untuk melengkapkan pengalaman malam anda.
Jom ketahui lebih lanjut: 6 Tempat Menarik Untuk Dilawati Pada Waktu Malam Di Hat Yai
Aktiviti 6: Membeli-Belah Dan Pelbagai Hiburan Buat Pelancong
Bagi yang nak membeli-belah dan menikmati pelbagai hiburan, kunjungilah Central Festival Hat Yai yang merupakan sebuah pusat membeli-belah yang luas terdiri daripada pelbagai kedai yang menawarkan fesyen, barangan elektronik dan lain-lain.
Selain itu, kunjungi juga Pusat Kebudayaan Hat Yai di mana anda boleh melihat persembahan budaya Thailand yang menarik dan menampilkan muzik tradisional, tarian serta seni teater dari negara itu.
Ada Top 9 Tempat Shopping di Hat Yai yg Best. Jom baca!
Aktiviti 7: Rehatkan Diri Anda Dengan Urutan Thai Yang Menyegarkan
Setelah penat berjalan-jalan, pasti sesuai untuk anda merasai urutan Thai yang sangat menyenangkan dan menyegarkan badan anda. Dengan urutan Thai tradisional, sesi aromaterapi, dan rawatan refleksologi, anda akan merasa segar dan bersedia untuk meneruskan penerokaan anda di Hat Yai.
Manfaatkan pelbagai pilihan spa di Hat Yai dengan mencuba spa terkenal seperti Ease Me Thai Massage, Sawassdee Beauty Salon and Foot Massage, dan Rest Massage Hatyai.
Jom baca: 4 Tempat Urut Thai Selesa Untuk Pelancong Di Hat Yai
Aktiviti 8: Terokai Cafe Popular Dalam Kalangan Pelancong
Kafe di Hatyai menawarkan suasana yang menawan, pelbagai hidangan fusion yang enak, dan keramahan yang hangat. Nikmati kopi yang harum, teh yang menyegarkan, serta pastri yang menggoda dengan hidangan khas Malaysia-Thailand yang unik yang sesuai untuk lawatan anda ke Hatyai.
Jangan lepaskan peluang mencuba kafe-kafe baru yang dibuka di Hat Yai, termasuk Cheevit Cheeva, Bingu Nom 6, Natara Cafe, dan Wish Cafe, di mana anda dapat merasai lebih banyak makanan semasa sesi pelancongan anda.
Jom baca: Top 5 Muslim-Friendly Kafe Di Hat Yai
Hat Yai adalah destinasi popular bagi pelancong dengan pelbagai aktiviti menarik seperti mengunjungi pasar tempatan, tapak kebudayaan, menikmati keindahan alam, mencuba hidangan tempatan, dan menjelajahi suasana malam yang meriah. Tidak lupa juga merasai urutan Thai yang menyegarkan dan mencuba kafe-kafe popular di Hat Yai serta Hotel Terdekat yang pelbagai. Dapatkan pengalaman yang menarik dalam lawatan anda ke Hat Yai!