Utama Destinasi Menarik Malaysia Destinasi Menarik Johor 15+ Aktiviti Terbaik Yang Mesti Cuba Di Pulau Sibu Johor

15+ Aktiviti Terbaik Yang Mesti Cuba Di Pulau Sibu Johor

0
6139
sari pacifica pulau sibu

Pulau Sibu Johor terletak di Taman Marin Sultan Iskandar, Johor, di pantai timur Semenanjung Malaysia, di Laut China Selatan. Pulau Sibu merupakan kepulauan tropika yang tidak dibangunkan dan dikelilingi oleh hutan. Pulau-pulau yang berdekatan termasuk Pulau Kukus, Pulau Papan, Pulau Sibu Tengah, Pulau Tinggi, Pulau Rawa dan Pulau Besar.

Pulau Sibu merupakan destinasi pelancongan yang hebat dengan hutannya yang tebal, pantai pasir putihnya yang cukup panjang dan perairan yang biru. Pulau ini juga dipenuhi dengan gua laut yang dibentuk daripada batu. Pukulan ombak laut ketika musim tengkujung memberikan rupa paras yang indah kepada pulau ini.

Taman Marin Pulau Sibu

Pulau Sibu juga dikenali sebagai Taman Marin Pulau Tinggi, yang dinamakan bersempena dengan pulau yang terbesar di taman marin ini. Oleh itu, yuran pemuliharaan sebanyak RM5 dikenakan kepada setiap pengunjung untuk menyokong aktiviti pemuliharaan kerana ia merupakan taman marin yang diisytiharkan sejak 1993 untuk mengelakkan kepupusan kehidupan marin di sini.


15+ Aktiviti Terbaik Yang Mesti Cuba Di Pulau Sibu Johor

1. Menyelam Scuba di Pulau Sibu (Scuba Diving)

Pulau Sibu - Menyelam Scuba (Scuba Diving)

Untuk pengalaman menyelam jauh ke dalam dasar laut, seseorang penyelam perlulah mempunyai sijil darpada pihak PADI. Tetapi sekiranya anda mempunyai lesen ini, sememangnya pemandangan dasar laut dalam di Pulau Sibu tiada tandingannya kerana ia dilitupi 100% oleh terumbu karang yang pelbagai jenisnya dan juga kehidupan laut yang berwarna-warni.


2. Menyelam permukaan (Snorkeling)

Pulau Sibu - Menyelam permukaan (Snorkeling)

Bersedia untuk melakukan aktiviti selam dasar sama ada bersendirian, dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga, kerana perairan di Pulau Sibu ini cukup jernih sehingga anda boleh melihat dengan amat jelas kehidupan laut dan terumbu karang yang berada di permukaan laut. Sewa sahaja peralatan dan kemudahan bot daripada mana-mana kemudahan menyelam permukaan yang ditawarkan, dan nikmati pemandangan permukaan laut yang indah sehingga anda boleh terapung sahaja di sana buat masa yang lama.


3. Jelajah Pulau-ke-Pulau (Island Hopping)

Pulau Sibu - Jelajah Pulau-ke-Pulau (Island Hopping)

Terdapat pulau-pulau yang berhampiran dengan Pulau Sibu, seperti Pulau Kukus dan Pulau Tinggi yang mempunyai keunikan dan sejarahnya yang tersendiri. Kemudahan jelajah ini mudah untuk didapati daripada beberapa pihak yang menyediakannya di Pulau Sibu, dan apabila berada di pulau-pulau ini, anda juga boleh berkelah di pantainya yang indah selain menikmati pemandangannya


4. Memancing di Pulau Sibu

Pulau Sibu - Memancing

Kemudahan ini boleh diatur oleh pihak resort, di mana bot dan peralatan memancing boleh disediakan. Oleh itu, nikmati ketenangan jiwa yang tidak terhingga kerana memancing memerlukan tahap kesabaran yang cukup tinggi. Namun, hasilnya cukup lumayan kerana Pulau Sibu mempunyai populasi ikan yang cukup tinggi dan padat


5. Berkanu (Canoeing)

Pulau Sibu - Berkanu (Canoeing)

Kemudahan kanu boleh didapati dengan mudah di Pulau Rawa, di mana anda boleh menyewa sebuah kanu yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya dua orang dan mendayung sahaja kanu anda ke tengah laut sambil menguji diri dengan mendayung. Dalam pada itu, nikmati juga suasana di tengah laut yang tenang dan tidak berombak besar.


6. Luncur Angin (Windsurfing)

Pulau Sibu - Luncur Angin (Windsurfing)

Aktiviti luncur angin jauh lebih lasak dan mencabar kerana pemain perlu membawa luncur ke tengah laut dan menunggang luncur meredah ombak dengan pantas. Oleh itu, ia memerlukan kekuatan dan keseimbangan fizikal untuk mengemudikan luncur ini di tengah laut. Kemudahan ini boleh didapati  di beberapa resort yang terdapat di Pulau Sibu.


7. Jelajah Hutan (Jungle Trekking)

Pulau Sibu - Jelajah Hutan (Jungle Trekking)

Untuk aktiviti jelajah hutan, perjalanan berjalan kaki diperlukan. Perjalanan kaki ini memakan masa kurang daripada setengah jam dan terdapat banyak papan tanda yang akan membawa anda ke destinasi dan apa yang paling penting ialah memaklumkan pihak resort anda sekiranya anda ingin menjalani aktiviti ini.


8. Mangrove Trekking di Pulau Sibu

Pulau Sibu - Mangrove Trekking

Lihat sendiri hutan paya bakau yang luas dan indah dengan jelajah paya bakau ini, kerana dalam perjalanan anda, anda akan dapat melihat pemandangan formasi batu persisiran pantai dan merentasi sebuah perkampungan kecil sehinggalah anda tiba di puncak sebuah bukit untuk menikmati pemandangan di sini.


9. Urut di Spa

Pulau Sibu - Urut di Spa

Mengurut di sebuah spa merupakan suatu cara tradisional untuk merangsang kesihatan tubuh, di samping menenangkan jiwa. Spa-spa yang terdapat di resort Pulau Sibu tidaklah terlalu mahal, dan mempunyai pelbagai pilihan rawatan tradisional seperti urut, bekam dan lain-lain. Ia juga merupakan cara yang baik untuk meluangkan masa yang lapang sekiranya terlalu bosan dengan hanya berjemur di bawah matahari.


10. Cincin Getah (Rubber Rings)

Cincin Getah (Rubber Rings)

Kumpulkan cincin getah yang terapung di atas laut. Ia diatur khas oleh kakitangan yang mengelolakan permainan ini, di mana anda boleh menikmati sedikit masa santai dengan bermain-main di samping mengamati pemandangan laut yang indah.


11. Bola Tampar Pantai (Beach Volleyball)

Bola Tampar Pantai (Beach Volleyball)

Bola tampar pantai juga merupakan aktiviti yang popular di Pulau Rawa kerana ia mudah dimainkan secara berpasukan dan juga menenangkan kerana dia dimainkan di atas pasir yang berpemandangkan laut. Sewa sahaja sebuah bola dan main di mana-mana gelanggang yang sudahpun dipasang dengan jaring.


12. Permainan kad dan papan

Permainan kad dan papan

Selain berjemur di bawah matahari, anda juga boleh bersantai dengan bermain permainan kad dan papan dengan rakan-rakan atau ahli keluarga anda untuk meluangkan masa lapang yang ada. Pilih di antara permainan kad seperti UNO dan daun terup dan juga permainan papan seperti Monopoly untuk menghiburkan semua orang.


13. Kursus Menyelam PADI di Pulau Sibu

Kursus Menyelam PADI

Untuk menyelam jauh ke dasar laut, anda memerlukan pengiktirafan dan pensijilan daripada PADI, iaitu badan yang mengelolakan aktiviti-aktiviti selaman skuba yang terkenal. Ambil kursus menyelam di Pulau Sibu dan pelajari teknik-teknik yang wajar diambil ketika menyelam. Dalamkan pengetahuan, di samping menikmati pemandangan dasar laut yang ibarat seperti dunia yang serba berlainan.


14. Lawati Kampung Duku

Lawati Kampung Duku

Kampung Duku terletak di Pulau Sibu Besar dan menempatkan kira-kira 200 penduduk kampung yang telah menetap di sini sejak dahulu. Berjalan-jalan dan lawati kedai-kedai dan minum teh di sini. Sesetengah resort tidak mempunyai menara telekomunikasi yang berdekatan, oleh itu telefon bimbit anda mungkin tidak dapat berfungsi, tetapi di Kampung Duku anda boleh kerana terdapat sebuah menara telekomunikasi yang ringkas di sini


15. Subwings

Subwings

Subwing terdiri daripada dua sayap yang disambung di tengah dengan sebuah pemusing. Ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan selepas anda berjaya memahami selok-beloknya, anda tentu asyik dan leka bermain dengannya! Sesi penerangan akan diberi oleh kakitangan yang berkenaan sebelum mereka membiarkan anda bermain, jadi jangan risau – ia tidaklah begitu mencabar.


Resort Pulau Sibu

1. Sari Pacifica Resort & Spa (Pulau Sibu Sari Pacifica)

sari pacifica pulau sibu

Nikmati penginapan bertema resort di Sari Pacifica! Dengan kemudahan dan kelengkapan resort yang baik, Sari Pacifica menawarkan keseronokan penginapan hotel Pulau Sibu dengan perkhidmatan seperti pengangkutan ke jeti, pengaturan perkahwinan, dan juga aktiviti-aktiviti luaran seperti jelajah hutan (jungle trekking), berkayak dan lain lain. Nikmati penginapan bertaraf tinggi di tengah pemandangan laut eksklusif yang indah.


2. Rimba Resort

Rimba Resort

Rimba Resort paling sesuai untuk mereka yang menginginkan penginapan jenis chalet dengan pemandangan laut yang tiada tandingan. Ia merupakan chalet yang dibina indah dan mewah yang boleh menampung seisi keluarga dengan kemudahan dan kelengkapan asas. Pengunjung juga boleh menikmati aktiviti-aktiviti luaran dan lasak di Pulau Sibu dan juga berkunjung ke pusat menyelam mereka untuk maklumat lanjut tentang aktiviti selaman.


3. Sea Gypsy Village Resort & Dive Base

Sea Gypsy Village Resort & Dive Base

Satu lagi penginapan chalet yang popular di Pulau Sibu, Sea Gypsy Village Resort mempunyai tema yang unik di mana chalet-chaletnya direka dengan seni bina Melayu, menggunakan kayu yang memelihara keindahan Pulau Sibu, dan setiap satunya memiliki balkoni peribadinya untuk keselesaan pengunjung. Terdapat juga kemudahan lain seperti restoran dan pusat menyelam untuk memudahkan urusan pengunjung.


4. Sibu Island Resort

Sibu Island Resort

Keistimewaan Sibu Island Resort ialah tempatnya yang cukup luas bagi pengunjung, dan penginapan bertema resort yang mewah dan selesa berkelengkapan penuh dengan balkoni peribadi untuk pemandangan laut yang tiada tandingan. Kemudahan di Sibu Island Resort termasuk pusat rekreasi, dan sebuah taman untuk keselesaan dan ketenangan pengujung.


5. Sibu Coconut Village Homestay

Sibu Coconut Village Homestay

Ini merupakan penginapan bajet untuk mereka yang menginginkan penginapan yang mudah dan cukup selesa. Keistimewaannya ialah tempatnya cukup kecil dan ringkas, dan ini sesuai bagi mereka yang menyukai privasi dan kesenyapan, jauh daripada resort-resort besar yang padat dengan pengunjung. Kemudahannya asas, tetapi cukup bajet untuk mereka yang tidak cerewet dengan semua ini.


 

Rate this post
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x