Isi Kandungan
Pulau Pom Pom merupakan sebuah kepulauan terumbu yang indah di negeri Sabah yang merupakan destinasi yang hebat untuk pengunjung yang mengingingkan percutian yang sukar dilupakan. Pulau Pom Pom mendapat namanya daripada pokok Pom Pom yang tumbuh dengan meliar di kepulauan ini dan menjadi simbol pulau ini. Ia merupakan pulauberpasir putih kecil yang dikelilingi sepenuhnya oleh terumbu karang. Pulau Pom Pom merupakan tempat peranginan kepulauan yang cukup menenangkan.
Pulau ini merupakan syurga tropika yang cukup indah kerana tiada pun saat yang membosankan di sini. Naiki bot laju yang menuju ke Pulau Pom Pom untuk pengalaman sekali seumur hidup dan biarkan pelancongan pengunjung yang menarik bermula hari ini juga!
Sebagai salah satu daripada berbilang syurga penyelaman di Semporna, Sabah, peminat tegar selaman scuba juga boleh meluangkan masa mereka menyelam permukaan (snorkelling) dan menyaksikan kehidupan marin yang cukup mempesonakan. Bersama dengan penginapan resort yang sempoi, para pengunjung boleh menenangkan diri dalam bilik yang berhawa dingin selepas hari yang panjang di atas pantai atau menempah sesi urut untuk pengalaman kepulauan yang menenangkan.
10+ Aktiviti Menarik Yang Mesti Dibuat Di Pulau Pom Pom Malaysia
1. Pusat Penyelidikan Tropika dan Pemuliharaan Tropika (Tropical Research and Conservation Center, TRACC)
TRACC menganjurkan projek-projek pemuliharaan marin untuk sukarelawan termasuk pemulihan terumbu karang dan pemuliharaan penyu di sekeliling Pulau Pom Pom.
2. Taman Marin Tun Sakaran
Lawatan ke Pulau Bohey Dulang di Taman Marin Tun Sakaran adalah disyorkan kerana Pulau Pom Pom terletak hanya 15-20 minit dari sini.
3. Penetasan/pengeraman telur penyu
Pulau ini dikelilingi oleh pantai berpasir putih yang indah, yang merupakan tapak penetasan telur bagi spesies penyu hijau dan hawksbill yang terancam dan hampir pupus. Tetamu yang menginap ketika musim bersarang penyu (April – November) kerap dapat melihat sendiri penetasan dan pembebasan bayi penyu ke dalam lautan, yang merupakan pengalaman yang unik dan sukar dilupakan.
4. Menyelam permukaan (snorkelling) & menyelam scuba
Sebagai salah satu daripada tapak menyelam yang terbaik di Semporna, peminat selaman scuba dan selaman permukaan kerap memilih untuk meluangkan hari mereka di bawah permukaan air dan mengamati kehidupan marin yang cantik dan unik di kawasan tersebut.
5. Berenang
Dengan berenang ketika menyelam permukaan atau hanya dalam kolam renang, pengunjung boleh melakukan senaman dan menyihatkan badan dengan berenang-renang dalam perairan laut mahupun kolam yang jernih dan kebiasaannya tenang di pulau ini.
6. Kayak Lautan (Ocean Kayaking)
Ia mengambil masa kira-kira 1 jam untuk berkayak di sekitar pulau, pengunjung masa yang terbaik untuk melakukannya ialah sama ada pada waktu pagi atau selepas 4 petang untuk mengelakkan bahang matahari dan menikmati angin laut yang dingin
7. Bola tampar pantai (beach volleyball)
Nikmati permainan bola tampar pantai dengan pengunjung di Pulau Pom Pom yang biasanya akan mengalu-alukan pemain tambahan walaupun tidak dikenali kerana mereka hanya ingin berseronok.
8. Berbasikal/Berlari
Nikmati pengalaman berbasikal dan berlari-lari di atas laluan joging/basikal di mana pengunjung boleh mengamati kebun sayur dan pokok buah-buahan dan pengunjung juga boleh melihat pempengunjungngan matahari terbenarm dan menikmati perjalanan kaki yang cukup romantik di atas pantai.
9. Menjelajah Pulau Bohay dulong
Untuk para pengunjung yang ingin meluangkan masa yang lebih lama untuk menjelajah ke pulau-pulau yang berdekatan, terdapat satu laluan yang diperkenalkan baru-baru ini di Pulau Bohaydulong, di mana pengunjung boleh memanjat sehingga 366 meter di atas titik pemandangan untuk mendapatkan pemandangan pulau-pulau yang lain. Selepas itu, pengunjung boleh melawat Pusat Penyelidikan Taman Marin untuk melihat kerang gergasi.
Selepas rehat pagi, para pengunjung juga boleh menyelam permukaan (snorkelling) di dalam kawasan lagun. Makan tengah hari ala perkelahan boleh dinikmati di sama ada Pulau Bohaydulong atau Mantabuan di atas pantai bergantung kepada masa air pasang surut. Selepas menyelam permukaan di sekitar terumbuh karang yang indah di Taman Marin, pengunjung boleh kembali ke Pulau Pom Pom pada waktu tengah hari. Untuk mereka yang lebih gemar bersantai di dalam, terdapat meja pool, permainan papan, dan kawasan bar dengan kawasan tempat duduk. Pada waktu petang, terdapat Pengajar Selaman di Lobi Selaman di mana pengunjung boleh mengetahui rancangan perjalanan selaman dan merancang perjalanan mereka sendiri.
10. Pusat Penetasan Telur Penyu
Mengambil berat dan melindungi persekitaran marin merupakan tugas unit Biologi Marin di resort dan ahli-ahli pasukannya. Di sini pengunjung boleh mendapati contoh yang hebat di mana masyarakat mengembalikan sesuatu kepada ekosistem. Pusat penetasan telur penyu pertama di resort ini sudah lama ditubukan dan berkembang dalam peredaran masa kerana saiz dan popularitinya semakin meningkat setiap tahun. Dilatih dan diiktiraf oleh Taman-Taman Sabah, pasukan ini mengumpul, merekod dan memelihara telur penyu dengan teliti dalam pusat penetasan resort mereka. Dengan peluang bagi tetamu untuk mengangkat sebuah sarang atas nama mereka, mereka juga mempunyai peluang untuk melihat penyu dibebaskan semula ke dalam laut setelah ia menetas. Sememangnya pengalaman sekali seumur hidup!
11. Kebun Buah-Buahan
Resort ini meneruskan kesan berimpak rendahnya terhadap alam sekitar dengan menawarkan tapak osmosis berbalik yang terbaik yang menjana air segar yang mencukupi bagi menampung keperluan seluruh resort, dan juga menggunakan sistem kitar semula khas untuk memperkayakan fauna resort yang berwarna-warni, iaitu sistem yang disalin semula oleh banyak lagi resort di kawasan ini.
12. Pelayaran Puteri Pom Pom di Pom Pom Island Resort
Salah satu aktiviti terkini resort ialah memilih untuk mencuba hidup di pelayaran bertema Indonesia yang sesuai dinamakan sebagai “Putri Pom Pom”. Dengan rekaan dalaman yang selesa dan seperti rumah, ia merupakan pelayaran yang mudah, selesa dan sukar untuk dilupakan dengan bot yang menakjubkan ini.
Resort Pulau Pom Pom:
1. Pom Pom Island Resort
Pom Pom Island Resort merupakan penginapan mewah bertemakan vila di Pulau Pom Pom di luar persisiran Semporna, Sabah. Penginapan vilanya mempunyai pemandangan laman dan juga laut, dan semua biliknya dilengkapi kemas dengan kemudahan bertaraf yang bakal memberi keselesaan kepada pengunjungnya, sementara kemudahan yang ada di resort ini pula menyediakan restoran, bilik permainan, bilik mesyuarat, sewaan permainan air, dan sebagainya.
2. Mussah Poteh Resort
Resort yang ringkas untuk keselesaan pengunjung yang lebih menggemarkan penginapan bajet dan mudah, Mussah Poteh Resort menawarkan kemudahan ringkas seperti sewaan aktiviti air dan pemandangan laut di Pulau Pom Pom yang cukup indah.
3. 2Win Resort Pom Pom Island
Satu lagi penginapan bajet di Pulau Pom Pom, 2Win Resort bakal memberi keselesaan yang setimpal bagi pengunjung yang menginginkan penginapan bajet, dengan kemudahan-kemudahannya yang ringkas tetapi lengkap dan juga kemudahan-kemudahan yang tersedia seperti sewaan aktiviti luaran yang membolehkan pengunjung menginap dengan selesa tetapi masih dapat menikmati percutian mereka di Pulau Pom Pom dengan aktiviti-aktiviti yang hebat.
4. Celebes Beach Resort
Celebes Beach Resort merupakan resort baharu yang moden di Pulau Pom Pom yang menawarkan penginapan jenis chalet dan rumah panjang. Bilik-biliknya lengkap dan resort ini mempunyai pemandangan laut yang hebat, di samping peluang untuk menjalankan aktiviti riadah seperti menyelam di mana terdapat satu pusat selaman di sini. Selain itu, pengunjung juga boleh menjalankan aktiviti seperti jelajah hutan (jungle trekking), jelajah pulau ke pulau (island hopping) dan lain-lain.