Isi Kandungan
Bagi golongan dewasa yang memang ‘jantan’, aktiviti seperti di bawah ini pasti akan memberi cabaran yang lebih kepada anda. Jom tengok 7 aktiviti menarik di Malaysia yang pasti membuatkan jantung anda berdegup seperti ‘genderang mahu perang’.
Aktiviti-aktiviti menarik di bawah ini memang rare di Malaysia. Rugi kalau tak cuba. Kalau anda stress, aktiviti ini pasti melupakan benak kepala anda daripada segala keserabutan yang melanda disebabkan kerja mahupun disebabkan tekanan ekonomi.
1. Flying Fish
Naik jetski atau mungkin paragliding merupakan aktiviti yang biasa kita tengok. Tahap cabaran paragliding mungkin YES kepada yang gayat tetapi tidak menggerunkan kepada yang tidak gayat.
Baiklah, satu aktiviti yang pasti menggugat tahap ‘kemachoan ‘Â anda yang boleh dicuba yang terletak di di Asian Water Sport Village, Puchong, Selangor yang diberi nama Flying Fish. Anda akan ditarik dengan bot laju dan bayangkan pelampung yang anda naik itu akan terbang terhuyung hayang seperti menaiki kapal terbang yang sedang terhempas.
2. Bungee Jumping
Sukan ini memang sangat popular di negara luar, namun agak kurang peminatnya di Malaysia. Bagi mereka yang nak mencuba tahap ‘kejantanan’ anda, apa kata ikat kaki anda dengan tali dan terjun dari satu kawasan yang tinggi.
Aktiviti bungee jumping ini anda boleh cuba di Extreme Park di Sunway Lagoon Theme Park. Dan yang pasti jatuh dari tempat tinggi dan bergerak ke bawah dengan tarikan graviti tanpa apa-apa halangan, akan membuatkan yang gayat akan terus ke tandas untuk kencing.
Saksikan video di bawah, memang mendebarkan, perempuan pun boleh buat. :p
sumber video: nurnadia shazana
3. G Force X
Anda ditembak dengan lastik gergasi. Bayangkan, anda merupakan batu yang digunakan sebagai peluru untuk lastik dan dihalakan ke arah atas. Dengan tarikan daya keupayaan yang tinggi yang  berupaya menghasilkan tenaga kinetik yang tinggi yang pasti membuatkan anda tidak senang duduk.
Sebaik regangan dilepaskan, anda akan menuju kepuncak dan terus kembali ke bawah sampailah berhenti. Kalau nak rasa diri anda benar-benar di’yoyo-yoyo’kan, jangan cipta alasan untuk mencubanya nanti. Aktiviti ini juga anda boleh  cuba di Extreme Park di Taman Tema  Sunway Lagoon. Aweks pun berani try, yang lelaki macam mana? Ada bran?
sumber video: Amirah Bakar
4. Menyelam dengan Ikan Jerung
Bagi yang suka scuba diving dan mempunyai lesen menyelam yang diiktiraf, apa kata mencuba untuk menyelam di sisi bersama predator laut yang sangat digeruni iaitu si Jerung bergigi tajam (White Great Shark).
Pakej Dive with Shark ini anda boleh cuba di Aquaria KLCC dengan pakej yang mungkin agak mahal, namun sangat berbaloi untuk dicuba sekiranya anda ingin merembeskan hormon adrenalin pada tahap maksimum.
5. The Space Shot
Kalau yang ke Taman Tema Genting Highland, jangan lupa untuk mencuba permainan free fall/The Space Shot yang paling membuatkan anda menjerit seperti nak pejamkan mata. Berada di puncak bukit, menara yang tinggi ini akan membawa anda secara perlahan menuju kepuncak sebelum dijatuhkan dengan secara mengejut.
Memandangkan Genting Highland ini sejuk, kadang-kadang kabus yang ada sangat tebal sehinggakan apabila anda berada di kemuncak, anda tidak dapat lihat kebawah kerana terhalang dengan awan kabus yang tebal. Dijatuhkan dengan laju kebawah sehinggakan punggung anda tidak mencecah tempat duduk. Fuh memang ekstrem.
6. Roller Coaster Berjaya Time Square
Permainan Roller Coaster memang cukup sinonim dengan anggapan masyarakat yang aktiviti ini memang menakutkan. Namun bukan semua roller coaster yang ada di Malaysia yang menakutkan, ada juga yang biasa-biasa dan kurangkan cabaran.
Sekiranya anda nakkan satu roller coaster yang mencabar, anda boleh mencuba di Berjaya Time Square di Kuala Lumpur. Setiap kali roller coaster ini menghabiskan pusingan, memang sangat riuh rendah di sini kerana jeritan suara penumpangnya. Bayangkan laluan roller coaster ini dalam kawasan tertutup dan kadang-kadang anda terasa seperti anda membawa kereta yang laju untuk merempuh tembok dan bumbung bangunan.
7. High Speed Water Slide
Taman tema air di Malaysia memang banyak yang menawarkan permainan gelongsor air (water slide) yang menarik dan juga mencabar. Salah satu yang paling membuatkan anda cuak seketika ialah High Water Slide di A Famosa Theme Park di Melaka.
Papan gelongsor sepanjang 30 m yang memang tinggi, curam dan menjunam ini memang menjadi tarikan yang popular di sini kepada mereka yang nakkan ‘kecuakan’ tahap maksimum.
Walaupun tangga menuju ke kemuncak agak tinggi namun sebaik melangkah menaiki slide ini, perasaan berdebar melihat kecuraman yang sangat tinggi ini pasti membuatkan jantung berdebar-debar.
Awas, untuk anak-anak kecil tidak disarankan untuk mencuba permainan slide ini kerana tahap extreem slide ini memang sangat menggerunkan.
Semoga 7 aktiviti menarik di Malaysia yang pasti akan meledakkan rembesan hormon adrenalin anda pada tahap maksima. Selamat mencuba.