Anda Penggemar Aktiviti Lasak? Gopeng, Perak Adalah Destinasi BEST !

Gopeng ialah sebuah Bandar kecil yang terletak kira-kira 20km dari Ipoh, ibu negeri Perak, Malaysia. Masyarakat Gopeng sememangnya sangat bertuah kerana dikelilingi tiga bandar besar yakni Ipoh (utara), Kampar (selatan) dan Batu Gajah (barat). Seperti pekan-pekan biasa yang terletak di luar rangkuman bandaraya, kehidupan di Gopeng tidak begitu sibuk pada hari-hari biasa termasuklah hujung minggu. Di Gopeng sememangnya terkenal aktiviti lasak yang juga menjadi salah satu tarikan pelancong. Salah satu tempat yang mempunyai banyak aktiviti lasak yang boleh dilakukan pelancong adalah di Kampung Jahang. Kampung Jahang merupakan sebuah kampong yang terletak di Gopeng, dalam negeri Perak.

Di kampung Jahang terdapat lebih dari 10 pengusaha yang mengusahakan tempat penginapan bagi pelancong dan dilengkapi dengan aktiviti lasak yang menarik bersama fasilitator yang berpengalaman. Antara aktiviti lasak yang boleh dilakukan di Gopeng, Perak ialah “water rafting”, “river tubing”, “flying fox”, “water abseling”, “paintball”, “hiking” dan para pelancong juga boeh menerokai Gua yang ada di Gopeng seperti Gua Tempurung. Tetapi para pelancong tidak perlu bimbang kerana kesemua aktiviti yang dilakukan adalah di bawah pantauan mereka-mereka yang berpengalaman.

Lawatan ke Gopeng, Perak

lawatan tempat menarik di gopeng
Para pelajar pelancongan dari Universiti Malaysia Kelantan(UMK)

Seramai 40 orang pelajar dan juga 2 orang pengiring iaitu pensyarah dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terlibat dalam lawatan ke Gopeng,Perak anjuran Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan(FHPK) ini pada 23/3 hingga 25/3 iaitu 3hari 2malam. Terdapat beberapa objektif yang telah kami dapat dari lawatan ini, antaranya ialah untuk mendedahkan pelajar kepada persekitaran alam semulajadi melalui aktiviti yang dilakukan di mana ia berkait rapat dalam bidang rekreasi dan eko pelacongan.

Lawatan ini juga dapat mewujudkan hubungan baik antara kami para pelajar dalam bidang pelancongan melalui aktiviti yang dilakukan juga sebagai nilai tambah dari segi pengetahuan dan kepakaran kepada pelajar dan fakulti Hospitaliti, Pelancongan & Kesihatan, Universiti Malaysia Kelantan. Perjalanan dari Kelantan ke Gopeng Perak mengambil masa lebih kurang dalam 7 ke 8 jam.

apa best di gopeng perak
Kami di Ulu Village Camp
makan angin di gopeng perak
Lori yang harus kami naiki untuk ke Ulu Village Camp dan juga Gua Tempurung

Kami para pelajar dan juga pengiring menginap di Ulu Village Camp, Kampung Jahar. Yang dimiliki oleh ketua kampung, Kampung Jahar. Sesampainya kami di Gopeng, Perak,kami dikehendaki menaiki lori untuk ke Ulu Village Camp. Hal ini kerana bas tidak dapat melepasi jalan ke Camp tersebut. Ini juga menjadi salah satu kenangan yang tak dapat kami lupakan.

Terdapat beberapa aktiviti lasak yang telah dilakukan oleh para pelajar dan juga pengiring sepanjang kami berada di Gopeng,Perak. Marilah kita sama-sama mengekplorasi aktiviti para pelajar Univesiti Malaysia Kelantan sepanjang kami di Gopeng,Perak.

1 . KEMBARA BERJALAN KAKI TENGAH MALAM (MIDNIGHT HIKING)

aktiviti outdoor menarik gopeng perak
Kami harus menyeberangi sungai untuk ke Gua Batu Putih

Pada malam hari pertama kami di Gopeng Perak, kami telah melakukan kembara berjalan kaki pada tengah malam atau dikenali sebagai “midnight hiking”. Kami memulakan perjalan kami pada jam 11malam sehingga 3pagi. Pada jam 2.30 pagi, kami semua telah berjaya menawan Bukit Batu Putih. Ketinggian bukit ini tidaklah terlalu tinggi dan tidaklah terlalu rendah. Ketinggian bukit ini adalah setinggi 285 meter dari aras laut, jadi ia juga sangat sesuai buat beginner yang ingin menceburi dalam aktiviti pendakian. Laluannya agak mencabar dan boleh dikatakan 70% laluannya adalah berasaskan batu apabila di puncak.

Terdapat juga banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan dan apabila tiba di puncak, anda juga dapat melihat pemandangan Gunung- Ganang, Sungai Gopeng serta Kejauhan Lebuhraya Utara Selatan. Kami juga terpaksa menyeberangi sungai yang agak deras untuk mendaki Bukit Batu Putih. Kami berada di puncak hampir 1jam untuk menikmati pemandangan dan juga angin malam di situ.

masuk gua gopeng perak
Puncak Batu Putih

2. MENEROKAI GUA TEMPURUNG

gua tempurung perak menarik
Pintu keluar Gua Tempurung

Pada hari kedua kami ke Gua Tempurung, Gopeng yang sememangnya terkenal di Perak. Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar. Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan.

Untuk pengunjung yang ingin ke Gua Tempurung kebiasaanya bayaran akan dikenakan. Perjalanan kami mengambil masa selama 3 jam 30 minit hingga ke 4. Ini kerana kami melalui perjalanan yang lengkap dalam gua sejauh 1.8KM. Laluannya bermula dari pintu masuk utama terus ke Golden Flowstone, sambung ke Top of The World serta melalui perjalanan menggunakan anak sungai di bawah gua. Kami juga sentiasa ditemani oleh Cave Renger yang sangat hebat serta berpengalaman!

caving tempurung cave perak
Cerun yang harus kami lepasi setinggi 9 meter

Terdapat beberapa check point di Gua Tempurung dan para pengunjung boleh memilih untuk sampai ke check point ke berapa berdasarkan kategori tiket yang ada. Keunikan Gua Tempurung ini adalah terdapat beberapa corak haiwan dan juga objek di dinding-dinding gua tersebut. Oleh kerana kami melalui perjalanan yang lengkap iaitu tour 4 kami harus melalui satu cerun yang berketinggian 9 meter. Cerunan ini agak merbahaya dan memerlukan kerjasama berpasukan.

aktiviti mencabar di gopeng perak
Lubang kecil untuk kami ke sungai bawah tanah

Kemudian kami bergilir masuk ke dalam sebuah lubang sedalam 3 meter dan disambut oleh “cave ranger” di bawah. Beberapa peralatan harus disediakan sendiri iaitu “head lamp” untuk merentasi sungai bawah tanah, kasut dan pakaian juga harus yang bersesuaian Ini merupakan satu pengalaman yang menarik dan para penggemar aktiviti lasak, Gua Tempurung adalah satu destinasi wajib anda!

3. AKTIVITI TIUB AIR “WATER TUBING”

water tubing gopeng perak
Kami diajar tentang water confident

Selepas aktiviti meneroka Gua Tempurung, kami bertolak ke tempat “water tubing” sebagai aktiviti terakhir kami sebelum pulang pada keesokkan harinya. Untuk aktiviti water tubing, kami berkumpul dahulu untuk diberi taklimat pemakaian jaket keselamatan dan helmet keselamatan.

Kemudiannya kami dikehendaki masuk ke dalam sungai dan diajar untuk seimbangkan badan dengan hanya menggunakan jaket keselamatan juga dipanggil sebagai “water confident” agar jika kami terjatuh dari tiub kami boleh menyeimbangkan diri tanpa rasa panik. “Water Tubing” juga ada merupakan antara salah satu aktiviti yang agak popular di kawasan Gopeng oleh kerana panjang sungainya 10 kilometer dan mempunyai 14 jeram.

tempat mandi manda gopeng perak
“water confident”
water tubing perak gopeng
“water tubing”

Setelah “water confident” kami diberi tiub pelampung yang bersesuaian dengan saiz badan kami. Kami diberikan penerangan bagaimana untuk mengawal tiub pelampung tersebut dan dilepaskan seorang demi seorang.

aktiviti berkumpulan best di gopeng
Aktiviti berkumpulan

Kemudiannya, kami dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti berkumpulan.Setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama untuk mengawal tiub pelampung bersama-sama untuk mengikuti arah yang sepatutnya. Setiap kumpulan akan diiringi oleh seorang pengajar yang berpengalaman.

jalan jalan gopeng perak
Kami pelajar pelancongan dari Universiti Malaysia Kelantan

Akhir kata, terlalu banyak sebenarnya aktiviti lasak yang boleh dilakukan oleh para penggemar aktiviti lasak di Gopeng, Perak ini. Semua aktiviti yang telah kami lakukan amat bermakna untuk kami para pelajar Universiti Malaysia Kelantan. Kami berharap juga agar eko pelancongan di Malaysia mampu menarik lebih pelancong dalam dan luar negara.

Kredit: Shahira Basiron

4.6/5 - (17 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Homestay di Batu Gajah yg BEST

Batu Gajah yang mendapat gelaran Bandar Bertuah kerana di sinilah lahirnya seorang sultan yang berjiwa rakyat iaitu DYMM Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Ibni Almarhum...

10 Tempat Menarik di Batu Gajah yg Popular

Bandaraya Batu Gajah, terletak di negeri Perak, merupakan destinasi yang kaya dengan sejarah, budaya, dan keindahan alam semula jadi. Dengan pelbagai tarikan tempat menarik...

10 Tempat Makan di Gopeng Wajib TRY

Dalam mencari pengalaman makan yang memuaskan, Gopeng, sebuah bandar kecil yang terkenal dengan tarikan alam semulajadi seperti Gua Tempurung, sungai yang indah, dan aktiviti...

10 Tempat Penginapan di Gopeng yg CANTIK

Bagi anda yang sedang bercuti di Gopeng, Perak, terdapat beberapa pilihan penginapan disediakan untuk anda. Gopeng, sebuah destinasi yang menakjubkan di Malaysia, menawarkan senarai...

10 Tempat Makan di Batu Gajah WAJIB SERBU

Anda sedang bercuti di Batu Gajah atau sekitar Gopeng? Pening fikir tempat makan yang menarik, sedap dan berpatutan untuk percutian anda sekeluarga? Batu Gajah...

Meneroka Gua Tempurung: Keajaiban Semula Jadi di Perak

Gua Tempurung, terletak di Gopeng, negeri Perak, adalah antara gua terbesar dan paling menakjubkan di Malaysia. Dengan keluasan yang mencapai 1,600 meter, gua ini...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Intan
4 years ago

Wahh…look interesting

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x