Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Dabong, Kelantan – Tarikan Pelancongan di Kelantan Yang Ramai Tak Tahu

Pada 6 hingga 8 April 2018, kami pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan (Kampus Kota), Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesihatan telah mengikuti lawatan ke Kem Madrasah Tarbiah Al-Aulad di Sungai Kenerong, Kampung Stong Dabong, Kelantan dengan kerjasama KBX Reramaria Enterprise dan Kelab Rekreasi Kelantan. Lawatan ini adalah di bawah subjek Rekreasi dan Senggang (ATS 3063).

Ramai yang tidak tahu di Kelantan mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Kelantan bukan sahaja semata-mata terkenal dengan kepelbagaian makanan kenegerian yang sedap malahan juga, terdapat banyak tempat menarik yang ideal untuk berekreasi bersama keluarga ataupun sahabat.

Lawatan ke Dabong

apa menarik di dabong kelantan

Aktiviti yang dianjurkan ini secara tidak langsung dapat melepaskan diri daripada tekanan hidup di bandar dan juga untuk pelajar yang ingin merehatkan minda seketika daripada tugasan kampus yang diberikan oleh pensyarah. Antara alternatifnya adalah dengan melawati tempat rekreasi di Dabong, Kelantan.

Di sini, terdapat sebuah madrasah yang didiami oleh 80 pelajar dan 5 tenaga pengajar, yang diusahakan oleh Ustaz Samsuddin Bin Dolah atau lebih mesra dikenali sebagai Pok Teh. Sikap Pok Teh yang peramah serta pemurah sangat dihormati oleh pengunjung yang datang ke sini. Pok Teh sangat gemar bercerita mengenai kawasan rekreasi berkenaan dan juga ilmu yang berkaitan dengan keagamaan dan kerohanian.

Aktiviti Outdoor Menarik di Dabong

aktiviti best di dabong kelantan

Lazimnya, Pok Teh akan mengadakan sebuah Majlis Qasidah yang diwakili oleh Madrasah Tarbiah Al-Aulad pada setiap hari Isnin. Selain itu, Majlis Qasidah ini juga terbuka kepada orang ramai yang ingin merasai pengalaman luar biasa dan dapat merapatkan silaturrahim antara satu sama lain.

Terdapat banyak aktiviti menarik yang dapat dilakukan seperti ‘Tree Climbing’, ‘Water Tubing’, ‘Zip lining’, mendaki Gunung Stong dan aktiviti ‘caving’ ke Gua Keris, Gua Ikan dan Gua Pagar. Pengunjung tidak perlu risau mengenai faktor keselamatan semasa melakukan aktiviti-aktiviti menarik di sini kerana terdapat jurulatih yang berpengalaman untuk mengawasi semasa aktiviti sedang dijalankan.

gua menarik di kelantan

Terdapat juga tapak perkhemahan dan chalet yang disediakan khas untuk para pengunjung yang datang ke kawasan berkenaan dan yang istimewanya tiada sebarang kos penginapan yang dikenakan. Selain itu, daya tarikan utama yang terdapat di Dabong adalah Sungai Kenerong yang merupakan sebatang sungai yang sangat jernih dan bersih.

Di sungai tersebut para pengunjung boleh melakukan aktiviti menarik seperti ‘Water Tubing dan berkayak. Walau bagaimanapun, pada musim kemarau aktiviti air di sini tidak dapat dijalankan kerana faktor-faktor keselamatan pengunjung. Para pengunjung tidak perlu risau mengenai akses pengangkutan ke sini kerana terdapat jalan perhubungan ke jalan utama.

berkhemah di dabong kelantan

Namun begitu, jalan perhubungan ke Dabong tidak mempunyai jalan bertar kerana pihak Madrasah ingin memelihara kelestarian alam sekitar. Secara tak langsung, akan dapat mengekalkan konsep eko pelancongan dengan memelihara alam sekitar yang ada seperti flora dan fauna. Sayangnya, kawasan ini tidak mempunyai talian telekomunikasi yang agak baik. Seterusnya, Madrasah tersebut tidak mempunyai pencawang elektrik dan hanya menggunakan generator sebagai sumber elektrik. Generator tersebut hanya dibuka pada waktu malam sahaja.

Tujuan utama lain adalah pihak Madrasah ingin mengekalkan ekosistem supaya tidak terjejas dengan pembangunan. Tempat rekreasi tersebut sentiasa dibuka untuk kunjungan orang ramai dan anda boleh datang pada bila-bila masa. Sambil berekreasi para pengunjung juga boleh memberi sumbangan seikhlas hati untuk para tahfiz yang ada di sini.

Untuk sebarang maklumat, para pengunjung boleh menghubungi di talian 017-9635644. Oleh itu, anda boleh berkunjung ke Dabong, Kelantan untuk merasai pengalaman yang luar biasa dan mencabar.

camping di dabong kelantan best

Kredit: Ditulis oleh Nur Aqilah binti Razak, Nor Liyana binti Baharudin, Nur Hidayah binti Mat Hahin & Norkhaidah binti Ali

4.4/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Siti fatimah
Siti fatimah
5 years ago

Tahniah…

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x