Isi Kandungan
Negeri Pahang menjadi salah satu negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, barat Negeri Sembilan, dan Johor. Negeri Pahang juga mempunyai 11 daerah keseluruhannya dan mempunyai lokasi tumpuan pelancongan dari dalam dan luar negara iaitu Cameron Highlands.
Negeri Pahang terkenal dengan nature yang dimiliki mempunyai dua pertiga hutan hujan tebal dan banyak sungai. Begitu juga gunung-ganang dan bukit-bukau yang banyak keistimewaan dan keindahan untuk di kunjungi. Paling menarik, negeri Pahang ini kaya dengan sungai dan air terjun di setiap daerahnya. Oleh demikian, Pahang yang kaya dengan tempat-tempat air terjun yang layak dibahaskan agar pengujung lebih terdedah.
Di sini kami ada senaraikan untuk anda beberapa lokasi air terjun yang terbaik untuk dikunjungi di Pahang. Sekiranya anda masih mencari lokasi untuk menghabiskan masa bersama keluarga atau rakan sambil menikmati nature, ini tempat yang tepat untuk anda. Pelbagai aktiviti menyeronokkan yang dapat anda lakukan di air terjun ini. Hari cuti anda akan menjadi lebih bermakna dengan suasana alam sekitar yang sangat menakjubkan. Bersantai dan peroleh ketenangan dengan keindahan alam sekitar.
Terokai 7 Air Terjun Yang Menarik Di Pahang
1. Air Terjun Jeram Pelangi
Air terjun yang menjadi tarikan utama Kampung Kuala Sentul iaitu Air Terjun Jeram Pelangi yang berada di Maran ini memerlukan masa agak lama untuk tiba di lokasi air terjun. Walaupun begitu, penat lelah anda akan terbalas dengan pemandangan indah air terjun sekali gus pelangi yang terhasil di sini. Menjadi antara sebab pengunjung sanggup jungle trekking atau menaiki pacuan empat roda untuk ke sini adalah kerana fenomena yang tidak boleh berlaku dimana saja.
Buat kaki fotografi ini adalah lokasi yang mesti anda rasai pengalamannya. Dapatkan gambar yang cantik dengan berlatar belakang kan air terjun dan pelangi ini. Bukan sahaja air terjun tetapi di sini juga terdapat banyak serangga yang unik. Anda juga boleh berkhemah di sekitar air terjun tersebut jika mahu, dek kerana masa naik dan turun ke air terjun memakan masa yang agak lama.
Aktiviti bermandi-manda di sini mestilah boleh dilakukan dan perlu berhati-hati kerana airnya yang deras. Selain itu, anda juga boleh berkhemah di kawasan air terjun ini. Cari tapak yang terbaik dan lapang untuk anda memasang khemah dan bersantai dengan nyaman di tempat semula jadi ini.
Alamat: Jeram Pelangi, Kampung Kuala Sentul, 26500 Maran, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari
2. Air Terjun Panching
Salah satu air terjun di Pahang yang menerima jolokkan air terjun tercantik di Malaysia iaitu Air Terjun Panching di Kuantan. Jadi, sudah semestinya tempat ini menjadi tarikan bagi mereka yang sukakan keindahan alam semula jadi. Bayaran untuk tempat letak kereta berjumlah RM3 dan bayaran masuk bagi kanak-kanak dan dewasa sebanyak RM1 dan RM2.
Di sekitar air terjun ini mempunyai banyak kawasan lapangan untuk berkelah dan berkhemah. Suasana persekitaran air terjun ini sesuai untuk aktiviti meluangkan masa bersama orang tersayang, sangat nyaman dan damai. Kawasan ini juga sesuai buat semua peringkat umur untuk bermandi-manda di sini. Di sini juga anda boleh melakukan aktiviti bakar-bakar. Sediakan dan bawa peralatan anda dari rumah untuk melakukan aktiviti bbq.
Tempat ini memang sangat meriah terutama pada hujung minggu. Anda tidak perlu risau kerana anda akan mendapatkan ruangan untuk anda sekeluarga disebabkan kawasan yang lapang. Bawa duit lebih kerana di sini terdapat kedai-kedai jualan makanan dan banyak lagi di kawasan masuk.
Alamat: Jalan Sungai Pandan, 26250 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi:Â
- Isnin-Khamis: 9.00 am – 5.00 pm
- Jumaat: Tutup
- Sabtu-Ahad: 9.00 am – 6.00 pm
3. Air Terjun Sungai Pandan
Salah satu air terjun di Kuantan yang mempunyai pemandangan air terjun yang sangat memukau iaitu Air Terjun Sungai Pandan. Pemandangan yang cantik jika lihat dari jauh juga apatah lagi jarak dekat itu ditemani batu-batuan besar di sekitarnya. Dengan bayaran masuk bagi warganegara dan warga asing hanyalah RM3 dan RM5 manakala bayaran parking serendah RM3.
Air Terjun Sungai Pandan sangat popular dikunjungi pada hujung minggu untuk merehatkan minda. Air terjun di sini juga sangat sejuk. Banyak aktiviti yang biasa dilakukan pengujung seperti bermandi-manda dan berkelah. Ada juga yang memanfaatkan lapangan rata yang tersedia untuk aktiviti berkhemah dengan RM10 untuk satu malam. Suasana di sepi malam hari untuk pengkhemah juga agak sepi tetapi nyaman.
Aktiviti mendaki popular dilakukan di sini kerana anda berpeluang berhenti di Air Terjun Orkid. Lebih memudahkan di sini mempunyai fasiliti seperti tandas, pondok rehat, dapur barbeku dan lain-lain. Tiada alasan lagi untuk anda tidak datang berkunjung ke tempat yang sempurna ini, dengan segala kemudahan yang disediakan dan kecantikkan tempat yang luar biasa menjadikan percutian anda lebih menyeronokkan.
Alamat: Air Terjun Sungai Pandan, 26250 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi:
- Sabtu – Isnin: 9.00 am – 6.00 pm
- Tutup: Jumaat
- Selasa – Khamis: 9.00 am – 5.00 pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong
4. Air Terjun Seri Mahkota
Air Terjun Seri Mahkota setinggi 50 meter terletak di dalam Taman Negeri Endau Rompin. Menjadi tempat yang masih mengekalkan nature di kawasan air terjun mereka adalah Air Terjun Seri Mahkota. Air terjun ini dikelilingi daengan alam semula jadi yang masih kekal terjaga.
Perjalanan menuju ke lokasi air terjun ini menjadi lebih mudah kerana disediakan tangga dan jambatan. Terokai sendiri keindahan alam sekitar yang terdapat di kawasan air terjun ini. Banyak spesies flora dan fauna yang akan anda temui sepanjang melalui laluan ini. Dapatkan udara yang segar dan nyaman di sini.
Air terjun yang nyaris menegak ini tersegam pemandangan yang luar biasa indahnya. Lokasi jatuhnya air terjun mungkin akan sedikit dalam tetapi itu lokasi terbaik untuk bermandi-manda memandangankan kawasan air terjun ini tidak mempunyai banyak ruang untuk berkelah dan bermandi-manda. Mungkin anda perlu berjalan jauh sedikit untuk mencari lokasi bermandi. Hati-hati bermandi di sini kerana mungkin anda akan digigit pacat.
Alamat: 26800 Kuala Rompin, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00 am – 6.00 pm
5. Air Terjun Chamang
Jika ke Bentong, Pahang anda perlu ke Air Terjun Chamang ini. Di sini anda bakal terokai kawasan Air Terjun Chamang yang berlandskapkan pemandangan yang sangat cantik dan nyaman. Terdapat juga jambatan gantung yang membolehkan anda menikmati pemadangan dari sudut atas.
Walaupun air terjun ini sering menjadi kunjungan hampir setiap minggu oleh warga tempatan, tetaplah berhati-hati ketika bermain air di sini kerana deras dan kedalaman air kadang membimbangkan. Dinasihatkan kepada anda yang mempunyai anak kecil agar membawa pelampung daripada rumah. Selain itu, sekitar air terjun ini juga memang kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna.
Aktiviti yang popular di sini sudah tentu bermandi-manda sambil berkelah seisi keluarga. Berbarbeku juga pilihan yang tepat jika ke sini. Fasiliti seperti tandas dan tempat salinan pakaian juga tersedia. Surau dan kedai-kedai makan pula terletak berdekatan sahaja dengan kawasan air terjun ini.
Alamat: 68, 28750 Bentong, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00 am – 4.00 pm
Lokasi | Ulasan Pelancong | Phone: 011-10688121
6. Air Terjun Lata Jarum
Air Terjun Lata Jarum menjadi lokasi rekreasi tersembunyi menarik yang mesti dilawati buat penggemar nature. Gelaran Lata Jarum kerana digambarkan air terjun di sini sejuk sehingga mencucuk tulang. Air terjun ini menjadi sumber ekonomi juga buat kampung berdekatan dengan tertubuhnya pusat-pusat penginapan yang diusahakan oleh penduduk setempat.
Selain bermandi-mandi, berkelah, aktiviti sukan air dan meredah hutan juga gemar dilakukan oleh pengunjung untuk mengamati keindahan hutan di sini. Jika bernasib baik mungkin anda berkesempatan melihat bunga terbesar dunia iaitu Reflesia. Tidak terbahas tentang suasana di sini kerana memang cantik dengan batuan-batuan dan kawasan air terjun yang luas.
Kemudahan yang disediakan di sini seperti surau, bilik persalinan, tandas awam dan sebagainya. Bagi mereka yang ingin bermalam di kawasan Air Terjun Lata Jarum ini, anda mempunyai dua pilihan sama ada berkhemah di tapak yang disediakan ataupun menginap di chalet buluh yang terletak berdekatan.
Alamat: Ulu Dong, 27600 Dong, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00 am – 6.00 pm
7. Air Terjun Lata Meraung
Digelar Air Terjun Lata Meraung kerana katanya dahulu kalau air terjun ini kuat kedengaran seperti orang meraung. Air terjun terkenal di daerah Jerantut ini didiami oleh kira-kira 30 buah rumah orang asli dan sungai ini adalah sumber air harian mereka.
Air Terjun Lata Meraung di Pahang yang berjaya menjadi bualan pengunjung yang datang tentang pemandangan yang cantik dan suasana tenang. Dari kecantikan air terjun, sungai, flora dan fauna, burung yang pelbagai sangat, sesuailah buat mereka yang ingin merehatkan minda sambil menikmati alam. Masuk ke sini juga tiada caj yang akan dikenakan.
Di Air Terjun Lata Meraung ini terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti tandas awam, pondok, tapak perkhemahan dan lain-lain. Maka, aktiviti di sini tidak terhad hanya untuk bermandi-manda dan berkelah, anda juga boleh berkhemah di sini.
Alamat: Sungai Koi, 27000 Jerantut, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari: 6.00 am – 10.00 pm
Tutup mulut tergamam anda jika baru tahu yang Pahang memiliki banyak lokasi air terjun yang menarik untuk dilawati. Pastikan anda membuat persiapan yang terbaik sebelum singgah ke lokasi-lokasi air terjun di atas. Dengan maklumat yang disediakan, kami pasti anda akan perolehi kenangan yang manis ketika berada di sini. Semoga anda berseronok di sini sambil menjaga ketat keselamatan ketika berada di lokasi air terjun.