Bagi yang inginkan destinasi mandi manda air terjun di Johor, salah satu yang popular ialah di Air Terjun Kota Tinggi Resort yang terletak kira-kira 15 km dari pekan Kota Tinggi. Setiap kali hujung minggu dan cuti sekolah, memang ramai pengunjung yang datang ke sini samaada bersama keluarga dan tak kurang juga yang berkonvoi bersama rakan-rakan.
Secara ringkasnya, Air Terjun Kota Tinggi sangat sesuai untuk dikunjungi bersama anak-anak kerana mempunyai kawasan air terjun yang landai dan terdapat pelbagai kemudahan asas serta gelongsor air buatan manusia. Dengan adanya gelongsor sebegini baru lebih seronok nak mandi manda di sini macam di taman tema. Bagi yang ingin bermalam di sini juga terdapat sebuah resort ( Kota Tinggi Waterfall Resort). Jom Baca: Senarai Tempat Menarik di Johor yang Padat
Tarikan di Air Terjun Kota Tinggi dan Bayaran Masuk
Air terjun yang terletak di kaki Gunung Muntahak ini juga seperti dikebanyakan air terjun yang popular di tempat lain yang mempunyai kawasan mandi yang bertingkat-tingkat dan setiap tingkat mempunyai kelainan yang tersendiri.
Ada kawasan cetek yang sesuai untuk kanak-kanak, ada yang agak dalam sesuai untuk berenang dan ada yang paras airnya memang sangat dalam serta tidak dibenarkan mandi. Anda boleh mengetahui kawasan air tejun yang tidak dibenarkan mandi dengan jaringan net yang dipasang di sekitarnya.
Sebaik melangkah masuk menyusuri Air Terjun Kota Tinggi ini, anda akan menjumpai kawasan di tingkat bawah yang lebih cetek dan tenang serta mempunyai slide. Tidak jauh dari sini anda akan menjumpai pula kawasan yang dilengkapi dengan gelongsor panjang berterowong yang seakan-akan gelongsor di taman tema air.
Untuk bermain slide/gelongsor, pengunjung boleh menyewa pelampung dari pondok yang berdekatan. Sewa tube/pelampung hanya RM 5 untuk singgle tube dan RM 8 kalau untuk double tube.
Di sepanjang perjalanan menuju ke kawasan yang lebih tinggi, pengunjung dapat melihat kawasan air terjun yang berjaring. Jaring ini sebagai tanda yang pengunjung tidak boleh mandi kerana dasar air sungai yang sangat dalam.
Kawasan air terjun utama terletak di atas selepas melepasi restoran, sebuah kedai dan kiosk sewa tube. Di sini menjadi tumpuan pengunjung kerana air terjun yang deras mengalir dari bahagian atas yang sesuai untuk bertenggek di bawahnya.
Antara syarat pelik di Air Terjun Kota Tinggi ialah, pengunjung tidak dibenarkan membawa makanan sendiri dari luar. Kalau lapar boleh membeli makanan di kedai makan yang ada di dalam kawasan Air Terjun. Setiap kali nak masuk ke dalam, guard yang bertugas akan memeriksa pengunjung sekiranya ada yang membawa makanan. Makanan ringan mungkin dilepaskan.
Memandangkan nak ke sini tak susah seperti sesetengah air terjun lain yang terpaksa melalui jalan tidak berturap tar, maka saban hujung minggu memang ramai pengunjung yang datang termasuk dari Johor Bahru dan Singapura. Jarak dari Johor Bahru ke Air Terjun Kota Tinggi hanya 60 km.
Tahap kebersihan Air Terjun Kota Tinggi memang berada di tahap yang sangat bagus memandangkan pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa makanan sendiri. Maklumlah, kalau dah bawa makanan sendiri, mesti ada pengunjung yang tidak bertanggungjawab membuang sisa makan kedalam sungai dan tidak kurang juga yang mencuci pinggan mangkuk bekas makanan.
Harga Bayaran Masuk ke Air Terjun Kota Tinggi
Harga tiket masuk ke Air Terjun Kota Tinggi boleh dikatakan agak mahal kalau nak dibandingkan dengan kebanyakan air terjun lain. Walaupun harga tiketnya agak mahal, namun masih ramai yang datang ke sini untuk mandi manda setiap hujung minggu dan cuti sekolah.
Harga tiket masuk Dewasa:
- Warganegara Malaysia dan pemegang MyKad: RM 5.00 seorang
- pelancong asing: RM 15.00 seorang
Harga tiket masuk Kanak-kanak:
- Warganegara Malaysia dan pemegang MyKid: RM 2.00-3.00 seorang
- pelancong asing: RM 10.00 seorang
Harga tiket masuk Warga emas:
- Warganegara Malaysia dan pemegang MyKid: RM 3.00 seorang
- pelancong asing: RM 10.00 seorang
Tiket masuk kereta:
- Warganegara Malaysia dan pemegang MyKad: RM 3.00Â untuk sebuah kereta
- pelancong asing: RM 5.00Â untuk sebuah kereta
Tiket masuk motosikal & basikal:
- Warganegara Malaysia dan pemegang MyKad: RM 1.00 untuk sebuah motosikal/basikal
- pelancong asing: RM 1.00 untuk sebuah motosikal/basikal
Tiket masuk bas:
- Warganegara Malaysia dan pemegang MyKad: RM 5.00Â untuk sebuah bas
- pelancong asing: RM 5.00Â untuk sebuah bas
Sumber rasmi : MDKT
Ada sebuah chalet di sini yang lebih dikenali sebagai Kota Tinggi Waterfalls Resort. Menginap di sini mungkin berbaloi sekiranya anda datang secara group untuk teambuilding atau bercamping.
Dari pagi hingga ke petang, masa yang sudah mencukupi untuk mandi air terjun. Tiada aktiviti lain yang sesuai untuk yang berkeluarga tambahan kalau yang ada anak kecil. Kalau datang dengan keluarga, lebih baik menginap di hotel sekitar pekan Kota Tinggi atau di Johor Bahru yang mempunyai banyak tarikan lain yang lebih banyak pilihan.
Sekiranya anda bercadang nak ke Air Terjun Kota Tinggi, pastikan cuaca cerah dan jangan sesekali datang untuk mandi kalau awan gelap atau selepas hujan kerana takut terkena kepala air.
tempat macam tu kalau tiket tak jadi masalah.yang tak boleh diterima dek akal,makanan tak boleh buat masuk.itu namanya sengaja ambil kesempatan kena beli makan kat situ.harga kos bahan mentah dahlah mahal.kalau beli makanan kawasan situ,agak2 berbaloi tak kalau anak 5/6 orang?????
Kak, sekarang dah boleh masuk ye?
Di laman website sudah warwarkn air terjun sudah dibuka sudah dibaikpulih.. Skali kami pergi.. Agak kecewa tmpt masih belum beroperasi. Bazir mnyk Dan kos
Try pegi weekend lepas…tapi dh tutup.. Dia tak kasi masuk lgsg.. Penat dtg jauh2… Google pon x update.. Hurmmm
Aku ne org KT 20 tahun tak kesana…Harga ticket mahal Quality hancur makanan tahap tepu….apa pun tak blh…..
Pengurusan makan gaji buta je…….
Ingt cuti sekolah ni nak pegi…mahal la pulak ye
Br ingat nk join..sekali tgk bayaran…masyaallah…setakat bayaran boleh lg…mknan dh kene paksa pulak beli…hrga walau 1 mkn seringgit…byk manalah dpt…bdk2 mkn pun byak..lg2 nasi lemak…
Mahal kan…kawasan situ memuaskan x
Sy pernah camping disana..bila mlm ada rasa seram skitlah..Sbb keadaan sekeliling mmg sunyi