Top 10 Agensi Pelancongan Di Pulau Pinang

Semua orang pasti menginginkan percutian yang menyeronokkan dan dalam masa yang sama, percutian tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Dari merancang destinasi pelancongan ke perkhidmatan pengangkutan, penginapan atau tiket, pasti kita semua inginkan agensi pelancongan yang handal dalam merancang itinerari untuk percutian kita. Jadi, untuk warga Pulau Pinang, kami sediakan senarai 10 agensi pelancongan yang trusted untuk anda hubungi apabila ingin bercuti.


Top 10 Agensi Pelancongan Di Pulau Pinang

1. Active Dynamic Travel & Tours Sdn. Bhd.

Top 10 Agensi Pelancongan di Pulau Pinang Active Dynamic Travel & Tours
Kredit Gambar: FB Active Dynamic Travel & Tours

Rancang percutian anda bersama Active Dynamic Travel & Tours. Agensi pelancongan Pulau Pinang ini yang menyediakan pakej pelancongan tempatan seperti ke Melaka, Pulau Pangkor, Ipoh, Gopeng, Cameron Highlands, Taiping, dan Sabah. Banyak aktiviti yang boleh anda laksanakan termasuk bermain ATV, snorkelling dan sebagainya. Dengan servis yang terbaik sepanjang percutian, jadi anda hanya goyang kaki dan nikmati percutian saja, biarkan mereka menyusun dan merancang perjalanan percutian anda.

Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan pakej pelancongan antarabangsa untuk ke Vietnam, Filipina, Nepal, Morocco, India, Myanmar, Thailand, Indonesia, China, dan negara-negara Eropah. Active Dynamic Travel & Tours Sdn Bhd juga menawarkan perkhidmatan kereta sewa tempatan dan luar bandar serta pakej Percutian Golf di Thailand dan Percutian Permotoran di Nepal. Bagi peminat sukan golf dan motor, kami mencadangkan untuk anda sertai pakej berbeza yang dirancang khas dengan pelbagai aktiviti menarik.

Alamat: Blok M-G-08, Jalan Jenahak Taman Tun Hussein Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Setiap hari (9:30  pagi – 5:30 petang)

Lokasi


2. Ace Tours & Travel Sdn. Bhd. 

Top 10 Agensi Pelancongan di Pulau Pinang Ace Tours & Travel
Kredit Gambar: FB Ace Tours & Travel

Nak ke Eropah tapi tak tahu nak pergi destinasi pelancongan mana? Kunjungi Ace Tours and Travel bagi menyusun dan memberi idea percutian mengikut keselesaan anda. Destinasi dan aktiviti menarik bersama agensi akan membuat anda rasa tak puas untuk bercuti. Pakej-pakej menarik dan disertakan dengan makanan mampu memberi peluang untuk anda membeli belah.

Ace Tours & Travel (Pg) Sdn Bhd menyediakan pakej-pakej pelancongan menarik ke Perth, Melbourne, Sydney, Brisbane, Gold Coast, London, Paris, dan negara-negara Eropah Timur. Sama ada di Switzerland, Poland, Germany, atau Austria, agensi pelancongan ini akan membantu anda mengatur percutian impian anda. Dengan Ace Tours and Travel mengatur segala-galanya, anda boleh melancong tanpa kesusahan dan kebimbangan.

Alamat: 4, Jalan Rangoon, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 6 petang), Sabtu (9 pagi – 2 petang)

Lokasi


3. Jouis Holiday Travel & Tour Sdn. Bhd.

Top 10 Agensi Pelancongan di Pulau Pinang Jouis Holiday Travel & Tours
Kredit Gambar: FB Jouis Holiday Travel & Tours

Kalau angin pantai dan lautan biru membuatkan anda tenang, ayuh sertai Jouis Holiday Travel & Tours dalam percutian meneroka pulau-pulau di Malaysia dan luar negara. Pakej yang ditawarkan memfokuskan percutian di pulau seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Langkawi. Yang lagi menarik, anda boleh buat tempahan custom mengikut kesesuaian anda daripada mengikut jadual yang disediakan agensi. Nak rasa pengalaman snorkelling dengan penyu, berlayar atas kapal mewah dan healing di tepi pantai, cepat pilih pakej anda bersama mereka.

Tidak perlu risau kerana agensi ini mempunyai pelbagai servis yang memudahkan perjalanan anda. Bagi mereka yang merancang untuk bercuti secara berkumpulan, agensi ini juga menyediakan pakej secara berkumpulan dengan diskaun yang menarik. Dengan pengalaman selama 11 tahun dan lebih 20,000 perjalanan, Jouis Holidays Travel & Tours mampu memberi kepuasan dalam percutian anda.

Alamat: 457, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9:30 pagi – 6:30 petang), Sabtu (9:30 pagi – 1:30 petang)

Lokasi


4. Sin Pen Travel Sdn. Bhd.

Top 10 Agensi Pelancongan di Pulau Pinang Sin Pen Travel
Kredit Gambar: FB Sin Pen Travel

Kalau orang Penang nak bercuti ke luar negara, ayuh bersama Sin Pen Travel Sd. Bhd. kerana agensi pelancongan Pulau Pinang ini menyediakan pakej-pakej yang wajib dilawati di negara terkenal seperti Korea Selatan, Jepun dan negara-negara Eropah. Rasai minggu percutian mewah dengan agensi ini sambil menikmati udara segar alam semula jadi. Pakej yang menawarkan keindahan semula jadi sambil menikmati percutian yang diingati.

Sin Pen Travel Juga menyediakan perkhidmatan bas dari Penang ke Genting Highlands bagi mereka yang ingin membuat lawatan secara berkumpulan. Setai juga pakej pelayaran dalam kapal mewah yang mempunyai pelbagai destinasi baik di Asia mahupun ke serata dunia. Dengan pengalaman selama 40 tahun dalam industri ini, Sin Pen Travel mampu memberi anda kepuasan dari segi pengalaman yang menakjubkan baik percutian dalam mahu pun luar negara.

Alamat: 113 A, Jalan Macalister, 10400 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (10  pagi – 6 petang)

Lokasi


5. Beh Travel & Tours Sdn. Bhd.

Top 10 Agensi Pelancongan di Pulau Pinang Beh Travel & Tours
Kredit Gambar: FB Beh Travel & Tours

Bercuti dengan Beh Travel & Tours Sdn. Bhd. menjanjikan kelainan kerana mereka memfokuskan percutian ke tempat-tempat menarik dan menjadi pilihan ramai. Sekiranya anda ingin melawati tempat yang viral, serahkan kepada mereka untuk uruskan percutian anda. Pakej ke Genting Highlands, Hat Yai, Melaka, Cameron Highlands dan banyak lagi. Mereka akan menguruskan perjalanan, penginapan dan pengangkutan anda, jadi anda tidak perlu risau untuk merancang percutian anda.

Bukan itu sahaja, agensi pelancongan ini juga menawarkan pelbagai voucher dan diskaun menarik sepanjang tahun mengikut tarikh tertentu, oleh itu, anda berpeluang untuk mendapat pakej-pakej dengan harga yang lebih murah. Sertai Beh Travel & Tours dalam melawati tempat-tempat tarikan utama pelancong.

Alamat: 33-G-15, Jalan Dr Lim Chwee Leong, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Setiap hari (7:30  pagi – 10 malam)

Lokasi


6. Five A Travel Tours Sdn. Bhd.

Top 10 Agensi Pelancongan di Pulau Pinang Five A Travel & Tours
Kredit Gambar: FB Five A Travel & Tours

Agensi pelancongan Pulau Pinang terkenal iaitu Five A Travel Tours Sdn. Bhd. menyediakan pelbagai perkhidmatan pelancongan dengan pelbagai jenis destinasi. Antara perkhidmatan mereka sediakan adalah, pakej bulan madu, pakej untuk pelajar, pelancongan berkumpulan,percutian dalam malaysia dan luar negara, menyediakan khidmat sewa kereta dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan menarik dengan sertai pakej bersama Five A Travel Tours di masa hadapan.

Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan pakej eksklusif ke Bali, Nepal, India, Qatar dan banyak lagi. Anda juga berpeluang untuk membuat tempahan khas bagi destinasi pilihan anda. Sebut saja Five A Travel Tours akan uruskan dari awal hingga akhir. Agensi ini juga menyediakan Tiket Penerbangan, Pakej Pelancongan Ubah Suai, Perkhidmatan Pemandu, mengubah perjalanan anda menjadi satu kenangan yang tersendiri. Tempah perjalanan anda bersama mereka sekarang!

Alamat: 50, China Street, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9:30  pagi – 6:30 petang), Sabtu (9:30  pagi – 4:30 petang)

Lokasi


7. Trolda Vacation Sdn. Bhd. – Private Tour & Transport Operator

Top 10 Agensi Pelancongan di Pulau Pinang Trolda Vacation Tours and Transport
Kredit Gambar: FB Trolda Vacation Tours and Transports

Pakej pelancongan peribadi di Pulau Pinang kini menjadi lebih mudah bersama Trodal Vacation Sdn. Bhd. Mereka adalah agensi pelancongan Pulau Pinang berlesen yang menyediakan pakej-pakej pelancongan menarik di Pulau Pinang, sewa van di Pulau Pinang beserta pemandu, tempahan tiket feri, dan tempahan penginapan. Trodal Vacation juga menyediakan perundingan perjalanan, cadangan, rundingan, dan urusan tempatan untuk kumpulan pelancong. Pakej pelancongan mereka menjanjikan kadar yang terbaik bagi tempahan hotel, makanan, pengangkutan, dan permintaan khas lain.

Anda boleh memilih di mana anda ingin melawat dan menyesuaikan jadual masa perjalanan anda sendiri. Pakej perjalanan mereka sentiasa membenarkan pelanggan membuat keputusan berbanding daripada cara tradisional mengikut jadual tetap. Anda akan nikmati percutian penuh rehat dan santai serta tersusun bersama Trodal Vacation Sdn. Bhd. dan berjalan atau bersiar sekitar Pulau Pinang yang menawan.

Alamat: 1-1-15 Goldhill Complex, Tingkat Paya Terubong 1, Taman Terubong Indah, 11060 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Setiap hari (24 jam)

Lokasi


8. Alladden Holidays.

travel agensi
Kredit Gambar: Laman Web Alladden Holidays

Ditubuhkan pada 2014 di Malaysia, Alladden Holidays mula beroperasi di Asia Tenggara di Malaysia pada tahun 2015. Sejak itu, mereka telah berkembang pesat melalui dunia dalam talian dan kini mempunyai ratusan pejabat maya di pasaran yang merangkumi Malaysia, Indonesia, India, Thailand, Taiwan, Jepun & Arab Saudi. Sertai pakej percutian dalam Malaysia, melawati bandar bersejarah negara-negara Eropah, meneroka empayar islam di Turki dan rasai kelainan budaya di Indonesia.

Alladden Holidays menyediakan pelbagai jenis pakej untuk pengembara dan pelancong. Bagi mereka yang ingin menunaikan umrah, Alladden juga ada menawarkan pakej umrah serta lawatan ke tempat bersejarah. Mereka bersedia untuk menawarkan anda pengalaman terbaik, perkhidmatan kelas terbaik, dan harga terbaik yang boleh dirundingkan untuk pakej atau perkhidmatan pilihan anda di mana-mana pada bila-bila masa.

Alamat: 24, Lebuh Buckingham, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Setiap hari (24 jam)

Lokasi


9. PTS Travel and Tours Sdn. Bhd.

travel agensi
Kredit Gambar: FB PTS Travel & Tours

Kalau anda mencari percutian di pantai dan air laut yang jernih, PTS Travel and Tours adalah pakar dalam memilih tempat menarik. Pilihan pantai di Terengganu, Langkawi dan Sabah sangat sesuai bagi pecinta alam. Pelbagai pakej mereka sediakan untuk setiap lawatan seperti snorkelling, urutan spa, berlayar sambil menikmati pemandangan matahari terbenam dan banyak lagi. Bagi yang ingin bercuti dalam group, PTS Travel juga boleh menyediakan itinerari lengkap untuk anda.

Sertai juga pakej berkumpulan ke Sabah dan Langkawi yang akan memberi anda kesenangan dalam perjalanan percutian anda. Servis yang banyak juga menjadi penyebab kenapa anda perlu memilih agensi ini, mereka menyediakan pakej khas untuk pelajar, syarikat dan juga keluarga yang menginginkan percutian dalam Malaysia yang santai.

Alamat: No. 6671, Jalan Bagan Ajam, Taman Molek, 13000 Butterworth, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu (10  pagi – 7 petang)

Lokasi


10. Reeya Signature Holidays (M) Sdn. Bhd.

travel agensi
Kredit Gambar: FB Reeya Signature Holidays

Banyak sangat sampai tak cukup jari nak kira destinasi yang ditawarkan dalam pakej pelancongan dengan Reeya Signature Holidays Sdn. Bhd. ini. Dengan pakej yang macam-macam jenis, boleh buat rambang mata nak memilih. Agensi ini menawarkan percutian bulan madu ke enam destinasi utama seperti Phuket, Krabi, Langkawi, Sabah, Maldives dan Bali. Mereka juga menawarkan percutian di Benua Asia dengan melibatkan tujuh negara iaitu Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja, China, Sri Lanka dan Thailand. Pelbagai aktiviti juga disertakan dalam pakej-pakej dengan harga berpatutan.

Bukan itu sahaja, Reeya Signature Holiday juga membuka peluang anda untuk sampai ke negara Eropah seperti London, Perancis, Scandinavia, dan banyak lagi. Servis yang pelbagai juga menjimatkan masa anda dalam merancang percutian kerana semua diuruskan oleh agensi. Sekiranya anda mencari percutian mewah dengan harga yang berpatutan, Reeya Signature Holidays adalah pilihan tepat kerana agensi ini mampu menyediakan servis lengkap dalam setiap perjalanan percutian anda.

Alamat: 1st Floor, 31, Tingkat Kikik 7, Taman Inderawasih, 13600 Perai, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (10  pagi – 7 petang), Sabtu (10  pagi – 1 petang)

Lokasi


Kini impian anda boleh jadi kenyataan dengan pakej percutian, aktiviti dan produk yang ditawarkan oleh agensi-agensi ini. Senarai agensi yang kami sediakan adalah agensi yang terbaik di Pulau Pinang dan disyorkan kerana telah mendapat banyak respon positif dari segi layanan, perancangan dan kualiti produk. Ayuh sertai kami dalam mengenali dunia dan mencipta kenangan terindah sepanjang tempoh percutian anda!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x