Top 10 Agensi Pelancongan Di Shah Alam & Klang yg Best

Bila dah sampai musim cuti sekolah, memang ramai teruja nak berjalan-jalan dengan family ke destinasi yang tak pernah kunjungi sebelum ni. Tak kiralah tempat percutian tu ada dekat dalam negara atau luar negara, seronok untuk teroka bila satu tempat tu cantik dan indah. Tapi susah juga kalau nak bercuti tanpa info lanjut, kadang-kadang buntu nak pergi mana, guna Waze pun sesat. Sebab tulah, kami di CariDestinasi berbangga dapat sediakan senarai 10 agensi pelancongan yang boleh dipercayai sekitar Shah Alam dan Klang untuk tolong orang Selangor bercuti dengan tenang!

Agensi Pelancongan di Sekitar Shah Alam


1. Holidaygogogo tours

holidaygogogo

Salah satu agensi pelancongan terbaik di Selangor sudah tentunya Holidaygogogo Tours yang terletak di Setia Alam, Selangor. Mereka telah beroperasi semenjak tahun 2013 lagi dan telah memberikan pengalaman percutian terbaik kepada beribu-ribu pelancong. Anda jangan risau kerana agensi pelancongan ini berlesen. Memang tiada apa pun yang anda perlu risau. Mereka ni memang boleh dipercayai.

Pakej-pakej yang mereka sediakan memang pada harga yang terbaik. Kebanyakan pakej yang ditawarkan untuk percutian dalam Malaysia terdiri daripada pakej percutian ke pulau-pulau terbaik di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Redang. Akan tetapi ada juga pakej-pakej lain seperti pakej taman tema dan pakej glamping.

Anda yang ingin bercuti ke luar negara pun boleh mendapatkan pakej bercutian melalui Holidaygogogo Tours ni. Mereka ada menawarkan pakej ke Thailand, Indonesia, dan Vietnam. Kalau nak jauh lagi mereka ada pakej ke Maldives juga. Memang sangat-sangat berbaloi jika anda menempah pakej percutian di sini. Tak lupa juga untuk yang teringin sangat nak naik kapal persiaran ataupun cruise, anda juga boleh tempah pakej mereka. Apa tunggu lagi? Hubungi lah mereka sekarang!

Alamat: 47-1, Jln Setia Gemilang BG U13/BG, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm kecuali Sabtu & Ahad

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 0102216385

Whatsapp Holidaygogogo Tours


2. Shahmie Travel & Tours

shahmie

Mari melancong bersama Shahmie Travel & Tours ke tempat-tempat yang anda idamkan. Di sini, mereka ada menyediakan pakej-pakej pelancongan untuk ke luar negara yang sememangnya akan menjadi kenangan terindah buat anda. Memang banyak sangat tempat yang anda boleh pilih untuk melancong. Terdapat negara-negara Arab seperti Jordan dan Turki, terdapat juga negara-negara Asia seperti Jepun dan Korea dan terdapat juga negara-negara Eropah seperti Sepanyol dan New Zealand. Memang menarik sangat tempat-tempat pelanconga yang ada sebagai pakej di sini.

Bukan setakat itu, mereka turut menawarkan pakej untuk menunaikan umrah juga. Dah kumpul duit banyak-banyak tu bolehlah selit dulu untuk menunaikan ibadah ini. Jangan risau kerana mereka ni agensi pelancongan di Shah Alam yang berlesen dan harga untuk pakej-pakej yang ditawarkan juga memang berbaloi sangat-sangat.

Alamat: Pusat Komersial Tsb, 47000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm (hari biasa), 9.00 am – 2.00 pm (Sabtu), Ahad cuti.

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


3. Andalusia Travel & Tours Shah Alam

Andalusia Travel & Tours sememangnya dah jadi agensi yang diburu kalau sebut pasal umrah dan haji ni. Mana taknya, servis pun bagus, mutawif pun berlesen, harga pakej pun dah termasuk kos visa. Jadi, tak perlu anda pening fikir pasal nak uruskan visa kalau tak biasa lagi. Kalau fly ke Jeddah nak tunaikan umrah, memang perjalanan direct ya tak perlu transfer. Anda pun tak adalah penat sangat sepanjang perjalanan.

Hotel-hotel yang akan anda duduk under agensi ni memang hotel-hotel terkemuka dekat Mekah, contohnya Double Tree Hilton, Safwah Royal Orchid, dengan Anwar Deafah. Bukan setakat umrah untuk diri sendiri je boleh tunaikan, Andalusia tawarkan juga pakej Badal Umrah untuk yang kurang berkemampuan atau kurang harapan sembuh.

Alamat: 16, Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00 pm (Isnin-Sabtu), Ahad cuti

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


4. Kembara Salam Travel & Tour Sdn. Bhd.

Sekali dah book dengan Kembara Salam Travel & Tour ni, anda memang akan pergi mengembara dekat destinasi-destinasi yang tak ramai agensi pelancongan tawarkan di Shah Alam. Maksud kami, berapa je agensi yang nak bawa anda ke negara-negara Balkan? Dengan mereka, anda boleh jejakkan kaki ke Montenegro, Bosnia, Herzegovina atau Croatia. Kalau anda jenis suka tempat-tempat yang nature dan banyak gunung, cubalah pergi Balkan.

Negara-negara lain yang boleh anda lawati dengan Kembara Salam Travel & Tour termasuk Turki, Eropah, dengan Jordan. Nak melawat pulau-pulau dekat Malaysia je pun boleh dengan mereka, pergilah Semporna, Langkawi atau Pulau Redang. Transfer kalau perlu dekat lapangan terbang dengan jeti pun dah masuk dalam harga pakej, termasuk juga makan tiga kali sehari dengan penginapan.

Alamat: Kompleks Otomobil Sek 15, No. 35-1A, Jalan Pahat H15/H, 40200, Shah Alam, Selangor, 40200 Shah Alam

Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00 pm (Hari Biasa) kecuali Sabtu & Ahad

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


5. Raha Legacy Holidays Sdn Bhd

Banyak betul negara-negara yang boleh anda lawat kalau anda tempah pakej percutian dengan Raha Legacy Holidays. Yang bestnya, tempat-tempat bercuti mereka boleh pilih nak yang dekat Asia Tenggara atau jiran-jiran kita ke, Asia Timur ke, atau nak jauh sikit pergi Eropah. Kalau nak ke Asia Tenggara, anda boleh tempah pakej ke Cambodia, Indonesia, Singapura, Vietnam, dengan Thailand. Asia Timur pun famous dengan Jepun, Korea Selatan, dan Macau.

Nak ke Eropah, boleh tempah pakej ke Itali atau ke Sepanyol. Percutian ke pulau-pulau indah luar negara pun ada pakej ke Pulau Maafushi, Pulau Belitung dan Pulau Thulhagiri. Anda yang jenis support Malaysia, bolehlah bercuti ke Sarawak dan Sabah. Tiket ke taman tema sekitar Malaysia macam Sunway Lagoon dan Bukit Gambang pun boleh tempah sini aje.

Alamat: B-09-13A, i-SOVO, i-City, Jalan, Jalan Multimedia, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 10.00 am – 3.00 pm (Hari Biasa) kecuali Sabtu & Ahad

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes


6. TravelNia Tours

Kalau nak kira pakai jari berapa tempat yang TravelNia Tours ni tawarkan dekat klien, memang sampai jari kaki pun tak cukup. Banyak betul dia offer, tapi kena ingat destinasi dia semuanya bermusim. Dalam satu masa, agensi pelancongan di Shah Alam ini tawarkan pakej nak ke Beijing, Mesir dengan Amerika Syarikat. Dah sampai Mesir boleh lah tengok sendiri piramid yang selalu nampak dalam majalah atau TV je.

Syok betul lagi-lagi TravelNia Tours boleh bawa anda ke Korea Selatan, Jepun dekat Fukuoka atau Hokkaido, dengan Vietnam. Selalunya yang suka tengok drama negara-negara ni memang ternanti-nanti nak pakej profesinal ke sana kan? Jangan risau kalau yang minat nak ke Eropah Timur pula sebab mereka salah sebuah agensi yang offer klien punya tour ke Budapest, Jerman, Austria, Republik Czech, Hungary dan Prague. Boleh la feeling-feeling bersatu dengan nature gitu.

Alamat: 16-1B, Jalan Boling Padang F 13/F, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 9.00 am – 5.30 pm (Hari Biasa), kecuali Sabtu & Ahad

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes

Agensi Pelancongan Sekitar Klang


7. Sunlida Travel & Tours Sdn Bhd

Nak tahu dipercayai ke tidak Sunlida Travel & Tours ni, boleh tahu dari servis mereka yang dah berjalan selama 30 tahun. Dengan pengalaman selama itu, mesti klien akan rasa selesa nak berurusan sebab sememangnya mereka dah pakar sebagai agensi pelancongan. Bukan itu aje, konsultan dekat sini yang arif pasal percutian ni akan tolong anda kalau nak tanya atau request lebih pasal pakej percutian yang nak pilih. Sunlida Travel & Tours akan bawa anda ke Bali, Thailand, Cambodia atau Taiwan.

Ada lagi negara yang ditawarkan, contohnya New Zealand, Spain, Portugal, Jepun, UK dan Beijing. Ikut anda memang minat nak teroka negara yang mana satu. Kalau bayar caj lebih, ejen boleh datang ambil anda satu keluarga dekat rumah lagi. Berminat nak jelajah Kuala Lumpur kalau tak sempat pun mereka boleh bawa anda.

Alamat: No. 22 & 22A, Jalan Gelugor, Kawasan 17, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00 pm (Hari Biasa) kecuali Sabtu & Ahad

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes


8. YSL Travel & Tours Sdn Bhd

Denagn YSL Travel & Tours, anda boleh mencapai impian nak ke Nepal, Jepun, Taiwan, atau Thailand. Untuk memudahkan segala urusan anda supaya tak stress nak bercuti, ejen sini akan tolong anda dalam semua proses apply untuk visa. Bukan tu je, anda akan ada bawah insurance pelancongan AIG yang memang prominen satu dunia. Pekerja warga asing yang datang ke Malaysia dan nak pulang semula ke Nepal atau Bangladesh boleh deal dengan YSL Travel & Tours juga. Mudah untuk majikan satu Malaysia.

Nak melancong dalam negara je pun tak ada masalah, tempah je nak pergi Pulau Sipadan ke, Cherating ke, atau Kuantan. Kalau nak ke Ipoh, anda boleh ikut pakej staycation dengan glamping dekat Lost World of Tambun. Senang nak ke taman tema dia, bangun terus pergi. Bukan setakat keseronokan je anda dapat, makan banyak pun dapat.

Alamat: Lorong Sungai Puloh 13a, Taman Klang Utama, 42100 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 9.30 am – 5.30 pm (Hari Biasa), 10.00 am – 2.00 pm (Sabtu), Khamis & Ahad cuti

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes


9. ACTour & Travel Sdn. Bhd.

ACTour & Travel menawarkan pakej percutian yang best-best, memang ideal untuk yang nak melawat banyak-banyak destinasi dalam satu negara. Satu pakej percutian ke Turki akan bagi anda pengalaman menginap dalam hotel 5 bintang dan melawat tempat-tempat misteri yang sebenarnya anggun untuk ditengok. Kalau pergi ke Hokkaido pula, anda boleh tengok beruang yang terkenal dan banyak dekat sini, dan ejen pun bawa anda tinggal dekat hotel kolam air panas. Dekat Thailand, ejen bawa anda pusing market dia dengan kilang coklat untuk beli cenderamata balik Malaysia.

Perjalanan sekitar Malaysia pun syok juga, sebab dekat Semporna anda boleh melawat pulau-pulau macam Pom Pom dan Mobul dengan harga bawah RM1000. Nak naik kapal pesiaran ala-ala Titanic dari Penang ke Langkawi pun dipersilakan dengan ACTour & Travel. Tambahan pula, ada pakej ke Pulau Redang naik feri.

Alamat: 6, Lorong Jelutong, Taman Selatan, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 9.00 am – 5.30 pm (Hari Biasa), 9.00 am – 1.30 pm (Sabtu), Ahad cuti

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes


10. Anand Travels Sdn. Bhd.

Setakat ni, memang Anand Travels la kira agensi pelancongan yang dah berkhidmat paling lama dekat Klang ni, dalam 31 tahun sudah. Kalau anda tak sempat pusing satu Malaysia sebab kerja atau tak tahu tempat best nak buat aktiviti, bolehlah tempah dengan mereka. Contohnya, anda boleh ke Taman Burung KL, Pulau Redang, Perak, Bukit Jugra untuk paragliding termasuk pakej rakam guna GoPro, dengan pakej Langkawi termasuk kereta kabel.

Boleh juga kalau nak ke I-City, Sabah, atau Pulau Perhentian dengan pakej snorkeling, menyelam, berkhemah, banana boat sekali. Berminat nak ke luar negara pun boleh sangat dengan Anand Travels ni. Pilihlah nak ke mana, Bali, Jaipur, Mumbai, Bangkok atau Hokkaido. Dengan satu harga, anda dapat tour sampai kejang kaki.

Alamat: Wisma PKT, 21, Jalan Stesen, 41000 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 9.30 am – 2.00 pm (Isnin, Rabu, Jumaat), cuti Selasa, Khamis, Sabtu & Ahad

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes


Mesti anda dah tak sabar-sabar kan nak pergi bercuti tu? Maklumlah dah lama kumpul duit. Jadi, apa tunggu lagi berhubunglah dengan agensi-agensi pelancongan di atas untuk mendapatkan tawaran pakej-pakej menarik. Anda pasti takkan menyesal punya!

5/5 - (12 votes)

Anda Mungkin Berminat

9 Perkhidmatan Van Sewa di Shah Alam Dengan Harga Berpatutan!

Masih tercari-cari van sewa di Shah Alam dengan harga berpatutan? Anda kini berada pada pautan yang tepat! Di sini, anda boleh membanding dan memperoleh...

Top 10 Agensi Pelancongan Di Petaling Jaya

Anda seorang kaki travel ataupun anda selalu berangan-angan mahu melancong ke dalam atau luar negara tetapi buntu mencari cara macam mana nak travel dengan...

Top 10 Agensi Pelancongan di Selangor – Pastinya dapat memudahkan percutian anda!

Jika anda memang seorang kaki bercuti ataupun ada geng-geng bercuti di Selangor, anda memang seharusnya mengambil pakej percutian daripada agensi-agensi perlancongan berlesen untuk memudahkan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x