Top 10 Agensi Pelancongan Di Melaka

Percutian sekolah atau percutian akhir tahun biasanya ada banyak masa terluang. Apa kata kalau kita merancang percutian ke destinasi pelancongan yang menarik di dalam atau luar negara menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan. Lagi mudah, kan? Jadi, kepada orang-orang Melaka yang masih clueless nak gunakan khidmat agensi pelancongan yang mana satu, jom kita baca dan pilih mana-mana agensi untuk rancang percutian kelak.


Top 10 Agensi Pelancongan Di Melaka

1. Viking Tours & Travel (M) Sdn. Bhd.

Top 10 Agensi Pelancongan di Melaka Viking Travel and Tours
Kredit Gambar: FB Viking Travel & Tours

Viking Tours & Travel (M) Sdn Bhd boleh menjadi rakan perjalanan anda ke mana sahaja anda mahu pergi, sama ada di dalam negara atau antarabangsa. Mereka adalah pakar sebagai perunding imigresen popular di Malaysia membuktikan potensi mereka dalam menguruskan imigresen dan pengurusan visa untuk perjalanan ke luar negara. Mereka boleh menyediakan pelbagai pakej perjalanan ke India, Korea, China, Australia, dan Kanada dengan kos yang mampu milik. Proses permohonan Visa daripada mereka juga mudah dan cepat.

Sertai mereka juga dalam percutian dalam negara ke Sabah, Cameron Highland, Batu Caves dan banyak lagi. Dengan pengalaman yang meluas, mereka mampu memberi anda kepuasan dalam percutian anda. Mari hubungi mereka sekarang juga!

Alamat: No. 2A, Jalan Temenggong, Banda Hilir, 75000 Melaka.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5:30 petang), Sabtu (9 pagi – 1 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


2. Anda Travel & Tours Sdn. Bhd. 

Top 10 Agensi Pelancongan di Melaka Anda Travel and Tours
Kredit Gambar: FB Anda Travel & Tours

Salah satu agensi pelancongan Melaka yang terbesar di selatan tanah air, Anda Travel and Tours sudah sinonim dengan industri pelancongan di Malaysia. Anda sebut je ke mana anda nak pergi, pasti ada pakej dan tawaran harga yang menarik. Keutamaan mereka adalah memberi servis yang terbaik buat pelanggan mereka sambil menawarkan harga yang berpatutan. Pekerja mereka sentiasa dilatih untuk menjadi terbaik dan memberi yang terbaik buat pelanggan mereka. Agensi ini sudah dikenali ramai dan tidak perlu risau dengan kualiti produk yang dibawa serta khidmat pelanggan yang diberikan.

Mereka bukan sahaja menyediakan percutian dalam negara, malah turut disertai percutian ke luar negara dengan harga yang murah. Antara destinasi pilihan mereka adalah Australia, Kemboja, Indonesia, China, Korea, Jepun dan banyak lagi. Mereka juga turut menyediakan percutian berkumpulan. Jangan risau, itenerari yang lengkap akan dibuat oleh pihak mereka, anda hanya perlu bayar dan nikmati percutian anda.

Alamat: No. 238, Jalan Melaka Raya 1, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5:30 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


3. Ad Nazwajaya Travel & Tours Sdn. Bhd.

Top 10 Agensi Pelancongan di Melaka Ad Nazwajaya Travel and Tours
Kredit Gambar: FB Ad Nazwajaya Travel & Tours

Ad Nazwajaya Travel and Tours adalah sebuah agensi pelancongan melaka yang akan memudahkan anda untuk merancang jadual dan destinasi percutian anda. Ini kerana, mereka tidaklah mencadangkan pakej mereka seperti agensi lain, namun anda berhak untuk membayar mereka bagi merancang percutian anda ke destinasi kemahuan anda. Agensi ini telah menerima ulasan yang baik hasil dari perkhidmatan mereka yang bagus.

Mereka akan menasihatkan dan mencadangkan kepada anda tempat tarikan utama di destinasi pilihan anda, perkara ini menyenangkan perancangan dan bajet anda. Pelbagai tema anda boleh pilih, percutian ke bandar, percutian ke pulau atau percutian ke luar negara, Ad Nazwajaya mampu memenuhi impian percutian anda. Hubungi mereka dan buat tempahan percutian idaman anda sekarang!

Alamat: MD 1-16 Jalan Sb Utama, Taman Seri Bayan Durian Tunggal, 76100 Melaka.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9:30 pagi – 5:30 petang), Sabtu (9 pagi – 1 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


4. Cammy Travel & Tours Sdn. Bhd.

Top 10 Agensi Pelancongan di Melaka Cammy Travel and Tours
Kredit Gambar: FB Cammy Travel & Tours

Cammy Travel telah mendapat kepercayaan ramai dengan memenangi anugerah Agensi Pelancongan Terbaik 2006/2007 dan 2008/2009. Agensi ini menawarkan 3 percutian utama iaitu Percutian dalam Malaysia, Percutian di Melaka dan Percutian di Luar Negara. Jadi anda tidak perlu risau dengan pilihan destinasi kerana agensi ini menyediakan banyak destinasi pilihan. Bagi yang inginkan percutian di Melaka, mereka akan membawa anda ke pelbagai tempat menarik dan tempat bersejarah.

Pilihan untuk dalam Malaysia pula terdapat tiga pilihan utama iaitu Kota Kinabalu, Kuching dan juga Pulau Redang. Rasai percutian ke Australia, Hong Kong, Jepun, Eropah, Indonesia, Thailand, Korea dan banyak lagi destinasi pilihan utama dunia ke luar negara. Dengan Anugerah Agensi Terbaik, anda tidak perlu risau dengan prestasi khidmat pelanggan bersama mereka, kerana mereka menjanjikan khidmat pelanggan yang mesra dan terbaik.

Alamat: 311, Jalan Ong Kim Wee, Taman Angkasa Nuri, 75300 Melaka.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


5. Firjani Holidays

Top 10 Agensi Pelancongan di Melaka Firjani Holidays
Kredit Gambar: FB Firjani Holidays

Kalau anda mencari agensi yang mempunyai pakej ke Jepun, Korea dan Eropah, Firjani Holidays patut menjadi salah satu pilihan anda. Ini kerana mereka pakar dalam menguruskan pakej perjalanan dengan harga yang paling rendah dan perkhidmatan yang paling mewah. Dengan mendapat banyak kritikan positif di Google dan Facebook, agensi ini adalah terbaik dalam memberikan percutian idaman anda.

Rasai percutian mewah ke Tokyo atau Swissland bersama mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Sikap pekerja yang sangat berpengalaman dan profesional akan memudahkan perancangan bercuti anda. Rasai sendiri pengalaman bercuti bersama mereka dengan menempah percutian sekarang!

Alamat: 9-1, Jalan KPAA 1, Kompleks Perniagaan Al-azim, 75150 Bukit Baru, Melaka.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


6. Kenzar Travel & Tours Sdn. Bhd. 

Top 10 Agensi Pelancongan di Melaka Kenzar Travel & Tours
Kredit Gambar: FB Kenzar Travel & Tours Sdn Bhd

Bagi mereka yang mencari banyak destinasi menarik di Eropah, anda boleh bertanya pada Kenzar Travel & Tours. Sebuah agensi pelancongan Melaka yang memfokuskan pakej di Eropah. Antara pakej yang ditawarkan adalah 9 destinasi di Timur Eropah, 8 destinasi di Rusia, 11 destinasi di tengah London, 8 destinasi di Itali dan banyak lagi. Bayangkan anda berpeluang melawat banyak tempat menarik dan tarikan utama pelancong dalam satu pakej.

Kenzar Travel & Tours menjanjikan perjalanan percutian yang menarik dan menyenangkan anda. Bukan itu sahaja, mereka juga ada menyediakan percutian ke negara Asia seperti China, Thailand, Jepun, Filipina dan banyak lagi. Apa tunggu lagi? Jom, sertai mereka dalam percutian anda!

Alamat: 113-A, 1st Floor, Jalan TMR 24, Taman Melaka Raya, Melaka.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


7. Prosperity Travel & Tours Sdn. Bhd.

agencies
Kredit Gambar: FB Prosperity Travel & Tours

Dengan mempunyai enam tarikan utama dari Prosperity Travel and Tours, ianya sangat berbaloi kalau anda merancang percutian dengan mereka. Antara enam tarikan adalah kehidupan malam yang meriah, rasai air laut yang segar, merasai keindahan pegunungan alps, sejarah adat resam china, meneroka Thailand dan pengembaraan alam semula jadi. Tarikan ini menjadi sebab utama ke sesuatu destinasi dan pakej yang ditawarkan.

Antara destinasi mereka tawarkan adalah keindahan bandar malam Seoul Korea, keindahan alam di Gunung Fuji Jepun, meneroka hidupan eksotik di Thailand, melawat Forbidden City di China serta banyak lagi. Mereka juga boleh membawa anda ke destinasi dalam negara seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah, Pulau Tioman dan banyak lagi. Sudah pasti pelbagai aktiviti akan disusun sepanjang percutian anda.

Alamat: No 277 Jalan Melaka Raya 3,Taman Melaka Raya, Melaka.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 1 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


8. Kanayuky Travel Agency Sdn. Bhd.

agensy trusted
Kredit Gambar: FB Kanayuky Travel & Tours

Agensi pelancongan melaka, Kanayuky Travel, sangat banyak pilihan percutian terutama ke Eropah. Namun terdapat juga tawaran untuk pelayaran di atas kapal mewah serta percutian dalam Malaysia. Boleh katakan, apa anda mahu, semuanya ada. Antara destinasi yang ditawarkan adalah Jerman, Itali, Sepanyol, London dan banyak lagi. Bukan itu sahaja mereka juga menawarkan percutian ke negara-negara Asia seperti Korea, Jepun, Taiwan dan banyak lagi yang telah menjadi destinasi ramai.

Kalau anda inginkan percutian santai, sertai pelayaran diatas kapal mewah dan rasai pelbagai aktiviti dan keindahan alam yang anda boleh rasai bila bercuti bersama mereka. Pelbagai destinasi menarik bagi pakej pelayaran seperti Alaska, Singapore, Phuket dan beberapa lagi destinasi utama. Tidak rugi sekiranya anda memberi mereka peluang untuk menguruskan percutian anda.

Alamat: No 57, Jalan PPM 8, Plaza Pandan Malim, 75250 Balai Panjang, Melaka.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


9. CK Holiday & Tours Sdn. Bhd.

travelling
Kredit Gambar: FB CK Holiday and Tours

Nak pergi banyak tempat dalam satu pakej? Jangan risau, CK Holidays and Tour boleh uruskan percutian anda. Dengan rakan kongsi yang luas dan berkebolehan, CK Holidays mampu memberi anda kepuasan dalam percutian. Tidak kira tema dan destinasi percutian anda, sertai mereka dalam meneroka tempat menarik di dalam dan luar Malaysia.

Antara pakej yang ditawarkan adalah percutian ke Semporna, Sekinchan, Melaka dan banyak lagi tempat menarik dalam Malaysia. Bagi mereka yang mencari destinasi di luar negara, CK Holidays menawarkan percutian yang pelbagai tema. Antara tempat menarik yang pernah dibawa adalah Korea Selatan, Taiwan, China, Italy, Vietnam, Switzerland dan banyak lagi negara yang menjadi perhatian pelancong. Pendek kata, anda bagitahu sahaja, mereka akan bawa. Pelbagai lagi maklumat penting seperti harga, tawaran cuti sekolah dan sebagainya boleh didapatkan di sini.

Alamat: No. 14, Jalan KL 3/14, Pangsapuri Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5 petang), Sabtu (9 pagi – 1 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


10. Kaizen Travel & Tours Sdn. Bhd.

travelling
Kredit Gambar: FB Kaizen Travel and Tours Sdn Bhd

Percutian anda makin mudah dengan Kaizen Travel and Tours kerana mereka menyediakan pakej yang mampu milik dan destinasi yang sangat menarik baik dalam mahu pun luar negara. Bercuti ke Melaka, Kelantan, Terengganu dan banyak lagi destinasi utama dalam Malaysia bersama Kaizen Travel and Tours. Bukan itu sahaja, mereka telah banyak perjalanan ke luar negara seperti Thailand, Indonesia, Vietnam dan banyak lagi dengan pelbagai destinasi menarik di setiap negara. Anda berpeluang merasai keindahan negara lain bersama mereka.

Selain itu, Kaizen Travel and Tours juga menyediakan khidmat Perjalan Umrah dengan mutawif yang bertauliah. Perjalanan ibadah yang akan memudahkan anda dan akan membuka mata dalam mempelajari sejarah perjuangan islam bersama mereka. Pendek cerita, banyak tempat menarik yang ditawarkan oleh agensi ini cuma yang tinggal hanyalah untuk anda membuat pilihan yang terbaik.

Alamat: No. 41-1, Jalan BPM 1, Taman Bukit Piatu Mutiara, 75150 Bukit Piatu, Melaka.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


Haa, dah tahu kan kat mana orang-orang Melaka boleh dapatkan perkhidmatan agensi pelancongan yang terbaik dan memuaskan? Buat apa nak tunggu lama-lama, jom la hubungi mereka dan tempah percutian anda dengan segara sementara slot masih ada!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x