Top 10 Agensi Pelancongan di Kota Bharu

Semua orang deserve untuk pergi melancong ke destinasi impian mereka ataupun pergi bercuti untuk merehatkan badan dan minda sekali sekala, kan? Dah penat bekerja atau bersekolah, mestilah nak bercuti kat tempat-tempat best. Kalau anda orang Kota Bharu, anda tidak perlu risau fikirkan macam mana cara nak rancang percutian yang baik kerana agensi-agensi pelancongan di sini sedia membantu.


Top 10 Agensi Pelancongan di Kota Bharu

1. Blue Star Travel & Tour Sdn. Bhd.

Kota Bharu, Kelantan.
Kredit Gambar: FB Jom Travel bersama team Blue Star

Blue Star Travel & Tours adalah antara agensi pelancongan Kota Bharu yang sangat di syorkan kerana mereka menawarkan pelbagai jenis aktiviti laut yang sering menarik minat setiap orang terutamanya para nature lovers. Anda berpeluang untuk merasai kesegaran air laut di sekitar pulau-pulau di Malaysia dengan pakej yang tersedia. Kalau anda nak rasa percutian mewah dengan harga yang murah, agensi ini adalah antara pilihan terbaik. Bukan sahaja produk yang disediakan amat berbaloi, layanan yang diberikan juga sangat berkualiti.

Bukan destinasi pulau je yang ada, malah anda juga boleh memilih pakej ke luar negara antaranya negara Turki, Bangkok, Thailand dan Nami Island di Korea. Bestlah kalau nak feeling macam dalam K-drama, kan? Memang banyak pakej yang disediakan. Tidak kira anda mahu melancong ke pulau yang mana, mereka akan sediakan pakej terbaik untuk memenuhi citarasa anda. Tak perlu risau kerana mereka adalah agensi berdaftar dan telah mendapat kepercayaan dari ramai pelanggan. Memang sangat trusted!

Alamat: PT 384, Tingkat 2, Lembah Sireh, 15100 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi: Sabtu hingga (9 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


2. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd – Cawangan Kota Bharu

Kota Bharu, Kelantan.
Kredit Gambar: FB Andalusia Kota Bharu

Agensi Andalusia Travel & Tours ini sudah tidak asing lagi dalam Malaysia kerana mereka telah mendapat kepercayaan penuh dari syarikat-syarikat kerajaan bagi menguruskan jemaah haji dan umrah. Tapi bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat yang sama untuk ibadah umrah, banyak je platform sosial media dari agensi ini yang dapat beri anda maklumat yang lengkap.

Bukan itu sahaja, mereka juga turut menyediakan khidmat yang terbaik buat jemaah dan para mutawwif yang berpegalaman. Bagi yang pertama kali, mereka juga ada menyediakan kursus umrah secara percuma agar anda taklah rasa clueless di Tanah Suci. Agensi pelancongan ini memang sememangnya adalah antara yang terbaik dalam menguruskan dan menjalankan tanggungjawab selaku ketua rombongan umrah. Tak perlu banyak fikir, pilih saja agensi ini kalau anda berhasrat menunaikan ibadah umrah kerana semuanya terjamin bereh boh!

Alamat: Tingkat 1, Lot No PT338, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (9 pagi – 6 petang), Sabtu (9 pagi – 1 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


3. Bahtera Kembara Holidays Sdn. Bhd.

Kota Bharu, Kelantan.
Kredit Gambar: FB Bahtera Kembara Holidays

Bagi penduduk Kota Bharu yang ingin rasakan percutian mereka bermakna, rasai pengalaman bersama Bahtera Kembara Holidays kerana mereka bukan sahaja menyediakan pakej dalam negara, malah pakej luar negara. Ada juga tau pakej percutian mingguan untuk mengisi masa terluang hujung minggu anda. Pakej yang selalu menjadi tarikan pelanggan mereka adalah percutian ke Genting Highland, Cameron Highland, Kundasang, Mabul dan banyak pulau-pulau lain dalam Malaysia. Cuba bayangkan anda dapat merasai kesegaran udara di puncak gunung dan seterusnya menikmati keindahan hidupan laut di pulau terkenal. Confirm rasa heaven!

Bagi anda yang sedang mencari pakej pelancongan ke destinasi di luar negara, Bahtera Kembara Holidays juga menyediakan percutian ke Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Turki. Jadi, bagi anda yang ingin experience budaya luar dan makanan negara lain, serahkan sahaja kepada agensi ini kerana mereka memang sangat pakar dalam merancang jadual perjalanan. Pakej percutian mingguan juga tidak kurang laris juga kerana mendapat sambutan ramai.

Alamat: PT 577 Tingkat 1, Bandar Baru Tasek Raja, 17000 Pasir Mas, Kelantan.

Waktu Operasi: Ahad hingga Khamis (9 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


4. Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd.

Kota Bharu, Kelantan.
Kredit Gambar: FB Batuta Travel & Tours

Batuta Travel & Tours adalah agensi pelancongan Kota Bharu yang telah mendapat lesen sejak 1987 bagi menguruskan jemaah haji dan umrah. Kalau dah dapat lesen untuk menguruskan jemaah Haji, makan agensi ini adalah agensi yang competent dan boleh dipercayai. Oleh itu, bagi mereka yang ingin menunaikan haji atau umrah, boleh bertanya kepada agensi ini kerana mereka menyediakan khidmat rombongan umrah ke Tanah Suci setiap tahun.

Dengan pengalaman yang lama dalam industri pelancongan, anda boleh percaya mereka akan mampu membawa anda mendapatkan umrah yang mabrur. Bukan sahaja banyak destinasi pelancongan yang ditawarkan, namun tempat penginapan yang disediakan juga sangat eksklusif dan mewah. Anda tidak perlu risau tentang penginapan dan makanan anda di tanah suci kerana mereka akan menyediakan semuanya kepada anda. Yang anda perlu risau adalah, daftar sekali dengan agensi ini, pasti akan daftar lagi di masa hadapan. Ayuh rasai pengalaman nmrah dan perjalanan menjejak sirah nabi bersama Batuta Travel & Tours dalam masa percutian anda.

Alamat: Lot 903 & 904 Tingkat 1 Bangunan PKDK, Jalan Dato’ Pati 15000 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi: Sabtu hingga Khamis (9 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


5. Tursina Travel Sdn. Bhd.

Kota Bharu, Kelantan.
Kredit Gambar: FB Tursina Travel

Dah bosan melancong dalam Malaysia dan takut passport tamat tempoh? Mereka merupakan agensi pelancongan Kota Bharu yang menyediakan pakej keluar negara antaranya Turki, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Taiwan. Dengan pengalaman dan connection yang luas, mereka boleh menyediakan perkhidmatan dan layanan yang terbaik buat anda.

Tursina Travel amat bijak dalam menyusun dan mendapatkan diskaun yang menarik dalam percutian anda, jadi anda boleh estimate harga yang berpatutan bersama mereka. Pelbagai pakej yang disediakan adalah mengikut destinasi menarik setiap negara, jadi bagi mereka yang berdaftar percutian keluar negara bersama Tursina Travel, produk dan destinasi yang akan anda terima adalah yang terbaik. Soal keselamatan jangan risau kerana mereka adalah agensi berdaftar dan telah lama beroperasi jadi perkhidmatan mereka pasti akan membuat anda berasa puas hati. Jom sertai Tursina Travel dalam pengembaraan menjejakkan kaki ke negara jiran serantau kita!

Alamat: Lot PT 441,Tingkat 1, Sebelah Bank Islam Kompleks Niaga, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi: Isnin hingga Khamis (8:30 pagi – 5 petang), Ahad (24 jam)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


6. Fa Izin Travel Kota Bharu

Kota Bharu, Kelantan.
Kredit Gambar: FB Fa Izin

Fa Izin adalah salah satu agensi pelancongan Kota Bharu yang berfokus kepada pengembaraan umrah dan haji. Banyak rombongan telah mereka hantar dan rata-rata pelanggan berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Walaupun tidak semegah nama agensi lain, namun Fa Izin sentiasa memberikan yang terbaik dan sekali gus meletakkan taraf kualiti yang tinggi dari segi produk dan layanan kepada pelanggan. Mereka juga akan menyediakan kursus umrah dan haji secara percuma dan disertakan juga dengan beg pakaian percuma untuk yang berdaftar.

Dengan pelbagai pilihan destinasi di Tanah Suci, Fa Izin akan membuat anda rindu untuk datang kembali ke sana kerana pilihan yang banyak dan mutawwif berdaftar sangat fasih dengan keadaan di Arab Saudi. Mereka juga ada menyediakan pakej umrah terhad melalui Turki dimana anda akan melancong ke Turki terlebih dahulu sebelum ke Tanah Suci. Namun tempat yang terhad disediakan, oleh itu tunggu apa lagi, ayuh tunaikan tanggungjawab umrah bersama mereka kerana harga pakej yang murah berbanding agensi lain.

Alamat: PT 340, Taman Maju, Jalan Long Yunus, Seksyen 35, 15350 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi: Ahad hingga Khamis (9 pagi – 6 petang), Sabtu (9 pagi – 1 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


7. Naza Travel & Tours Sdn. Bhd.

Kota Bharu, Kelantan.
Kredit Gambar: FB Naza Travel & Tours

Naza Travel and Tours adalah agensi pelancongan Kota Bharu yang unik kerana mereka menyediakan perkhidmatan bas untuk percutian anda. Ini bermakna anda boleh pilih mana-mana destinasi pilihan, dan Naza Travel & Tours akan uruskan buat anda. Dengan cara ini anda bebas menentukan destinasi dan tempat yang anda ingin pergi. Namun, destinasi yang ada hanyalah tertakluk di semenanjung Malaysia sahaja.

Walaupun begitu, agensi ini telah mampu memberi kepuasan kepada pelanggan dengan caranya tersendiri. Ramai yang memberi maklum balas percutian mereka lebih selesa kerana tidak terkejar mengikut jadual dan masa yang di tetapkan serta lebih santai kerana mengikut jadual dan pilihan sendiri. Dengan cara ini, percutian bersama keluarga, rakan pejabat atau bersama rombongan kawan-kawan akan lebih teratur dan tersusun. Setiap agensi ade keunikan masing-masing dan Naza Travel and Tours amat ketara kelainan yang diketengahkan.

Alamat: Lot 934, Jalan Hospital, Kampung Tapang Pauh Panji, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi: Setiap hari (24 jam)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


8. Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn. Bhd.

 Kelantan.
Kredit Gambar: FB Syarikat Pelancungan Yaskin

Dengan pengalaman yang luas selama 34 tahun sejak 1988, dan telah mempuyai 3 cawangan besar di Terengganu dan Selangor, Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn. Bhd. ini mengetengahkan pelancongan ke Tanah Suci bagi ibadah Umrah, dengan pakej yang menarik. Apa yang special kalau anda tempah slot bersama mereka adalah anda akan dapat menghabiskan sebuah kitab dalam majlis ilmu yang dibimbing oleh mutawwif terlatih semasa di sana. Agensi mereka juga adalah agensi terpilih oleh Tabung Haji untuk menguruskan jemaah haji.

Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan pakej dalam atau luar negara. Pakej ini dibuka mengikut keperluan pasaran. Jadi tempat adalah terhad dan pastinya anda akan mendapat suatu pengalaman yang eksklusif bersama mereka. Oleh itu, tidak kira pakej mana anda berdaftar, mereka akan memastikan anda berpuas hati dengan layanan dan khidmat yang disampaikan.

Alamat: Lot 195-A, Tingkat, 1 & 2, Jalan Bayam, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bahru, Kelantan.

Waktu Operasi: Ahad hingga Khamis (9 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook | Laman Web


9. Cakna Travel & Tours Sdn. Bhd.

Kelantan.
Kredit Gambar: FB Cakna Travel & Tours

Selain dari pakej Umrah yang tersedia, Cakna Travel & Tours juga banyak pakej menarik yang sesuai untuk anda berjiwa muda. Pelbagai destinasi pilihan baik dalam mahupun luar negara. Anda boleh berenang di pantai di pulau-pulau di Malaysia atau menikmati udara segar di Tokyo, Perth dan Korea. Sudah pasti banyak lagi destinasi pilihan lain yang mereka sediakan. Namun antara menjadi tarikan adalah percutian di pulau kerana aktiviti air yang di susun oleh agensi ini sangat menarik.

Selain itu, mereka juga menyediakan pakej umrah beserta upah haji bagi mereka yang tidak berkesempatan. Oleh itu, terdapat banyak pilihan yang ada untuk anda pilih bersama agensi ini. Tidak kira tujuan anda mengisi maca cuti anda, cuba consult dengan Cakna Travel terlebih dahulu kerana mereka pakar memberi pilihan dan menyusun jadual. Jom terokai dunia bersama Cakna Travel & Tours!

Alamat: PT 3089 TA, Kg. Lelepar Limbat, Jalan Pasir Puteh, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi: Ahad hingga Khamis (8:30 pagi – 5:30 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook | Laman Web


10. Qashwa Travel Sdn. Bhd.

kelantan
Kredit Gambar: FB Qashwa Travel

Pernah tak anda teringin nak rasa musim sejuk di Turki sambil menikmati keindahan seni bina di sana? Qashwa Travel adalah agensi pelancongan Kota Bharu yang layak dalam memenuhi impian anda. Pakej utama mereka melancong ke Turki selama 10 hari ketika musim sejuk dan pakej pelancongan ke Balkan. Kalau anda bertuah, anda mungkin berpeluang bermain salji pula di Turki. Best, kan? Walaupun hanya dua destinasi yang menjadi pilihan utama pelanggan tapi perkara ini memberi ruang kepada mereka untuk memberi layanan dan khidmat pelanggan yang terbaik.

Qashwa Travel juga menyediakan pakej umrah dengan harga yang murah dan juga sangat mesra pelanggan. Mereka mempunyai taraf perkhidmatan pelanggan yang tinggi dan sangat komited untuk memberi layanan terbaik lagi-lagi di Tanah Suci. Bagi mereka yang ingin bercuti di Turki dan seterusnya ke Arab Saudi bagi menunaikan umrah, bolehlah hubungi mereka dengan segera!

Alamat: 3916-A, Jalan Sultan Yahya Petra, Taman Maju, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi: Sabtu hingga Khamis (9 pagi – 5:30 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook | Laman Web


Kesimpulannya, agensi-agensi pelancongan Kota Bharu banyak menawarkan pakej-pakej percutian menarik untuk penduduk sekitar kawasan ini. Banyak pakej umrah yang menjadi keutamaan, namun terdapat juga pakej pelancongan dalam atau luar negara yang menjadi pilihan penduduk. Jangan tunggu lama, daftar sekarang kerana pengembaraan hari ini adalah kenangan indah pada hari esok!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x