Top 10 Agensi Pelancongan Di Johor Bahru

Semua orang pasti tak sabar untuk bercuti apabila musim cuti sudah tiba. Ada yang ingin bercuti ke luar negara, ada juga yang lebih gemar bercuti di dalam Malaysia saja. Bagi penduduk Johor Bahru, anda tak perlu lagi pening kepala fikirkan cara untuk merancang percutian dengan baik kerana 10 agensi pelancongan di bandar Johor Bahru ini boleh aturkan semuanya untuk anda!


Top 10 Agensi Pelancongan Di Johor Bahru

1. Sky Home Travel and Tours

Johor Bahru, Johor.
Kredit Gambar: FB Sky Home Travel & Tours

Orang-orang Johor Bahru yang berhasrat untuk bercuti ke luar negara boleh memilih Sky Home Travel and Tours sebagai pilihan agensi pelancongan utama anda. Mereka merupakan agensi pelancongan sangat peka terhadap terms and condition tiket pernebangan, penginapan dan pakej pelancongan. Layanan dan servis yang berkualiti akan memberi kepuasan tinggi oleh para pelanggan. Agensi ini sentiasa mengutamakan kehendak pelanggan dengan menyediakan pakej pelancongan yang serba lengkap dan murah.

Pakej group trip dan incentive travel juga boleh disediakan oleh syarikat ini. Banyak juga aktiviti sukan air seperti diving dan fishing bagi percutian di tepi pantai atau pulau bagi pelancong yang menginginkan percutian yang lebih adventurous. Agensi ini juga menawarkan perkhidmatan tour guide yang fasih dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris, Mandarin, Kantonis dan Bahasa Melayu.

Alamat: 51, Jalan Wong Ah Fook, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor.

Waktu Operasi: Setiap hari (8:30 pagi – 7 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


2. Nordin Travel & Tours Sdn. Bhd. 

Johor Bahru, Johor
Kredit Gambar: Nordin Travel & Tours Sdn Bhd

Nordin Travel & Tours Sdn. Bhd. sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda. Daripada pakej pelancongan yang lengkap seperti pengangkutan ke lapangan terbang, tiket penerbangan pergi dan balik, tempat penginapan, makan 3 kali sehari dan tiket-tiket pintu masuk ke destinasi lawatan, keperluan percutian anda semuanya diatur dengan efisien. Selain itu, terdapat juga pakej taman tema dan pakej haji atau umrah bersama bimbingan tour guide yang berpengalaman.

Selain itu, bagi mereka yang menginginkan pakej percutian untuk perjalanan dalam Malaysia, agensi ini mampu memberikan kenangan yang tidak dapat anda lupakan serta anda juga dapat merasai keseronokkan destinasi pelancongan tempatan tanpa perlu travel jauh-jauh. Pendek cerita, bagitahu saja plan percutian anda macam mana pada agensi ini, semuanya mereka boleh uruskan dengan teratur.

Alamat: 3, Persiaran Dahlia, Taman Dahlia, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Ahad hingga Khamis (9 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


3. TLC Travel & Tours Sdn. Bhd.

Johor Bahru, Johor.
Kredit Gambar: FB TLC Travel & Tours

Mulakan perjalanan anda dengan TLC Travel & Tours Sdn. Bhd kerana mereka mampu berikan tempahan yang terperinci dari segi penginapan dan sebagainya agar anda dapat menikmati percutian dengan selesa dan menyeronokkan.

Perkara yang paling berbaloi adalah mereka juga menawarkan perjalanan pelayaran dari Klang. Untuk mendapatkan pakej mereka, anda boleh membuat temu janji secara atas talian ataupun pergi sahaja ke pejabat urusan mereka. Dari situ, bolehlah anda berbincang bersama mereka dengan lebih mudah.

Alamat: 6-01, Jalan Bestari 6/2, Taman Nusa Bestari, 81200 Johor Bahru, Johor.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 6 petang), Sabtu (9 pagi – 3 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


4. Mumtaz Travel

Johor Bahru, Johor.
Kredit Gambar: FB Mumtaz Travel

Bagi umat Islam yang ingin mengerjakan ibadah haji dan umrah, kami menyarankan anda menempah perjalanan ibadah bersama Mumtaz Travel. Pasti anda telah menyimpan hajat yang lama untuk mengerjakan ibadah di Kota Suci Mekah dan Madinah, kan? Agensi pelancongan ini boleh menjadi pemandu pelancong anda semasa tempoh haji dan umrah. Bukan sahaja mereka mementingkan pengalaman haji atau umrah yang mabrur, mereka juga mengutamakan keselamatan anda di sana.

Oleh itu, Mumtaz Travel akan memberikan tumpuan dalam menyediakan pakej Umrah dan Haji secara keseluruhan dan perkhidmatan pelancong lain yang berkaitan agar anda dapat mengerjakan ibadah haji dan umrah dengan selesa. Sebagai contoh, agensi pelancongan ini mempunyai banyak perkhidmatan pelancongan standard seperti penyewaan kereta, pilihan syarikat penerbangan terbaik, laluan pelayaran dan juga pakej penginapan hotel.

Alamat: 20-01, Jalan Kolam Air 1, Nong Chik Heights, 80100 Johor Bahru, Johor.

Waktu Operasi: Isnin hingga Khamis (8:30 pagi – 5 petang), Jumaat (8:30 pagi – 12:30 petang, 2:30 petang – 5 petang), Sabtu (8:30 pagi – 1 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


5. J&C Travel Sdn. Bhd.

Johor Bahru, Johor.
Kredit Gambar: FB J&C Travel

Inginkan percutian yang bajet pada harga berpatutan? J&C Travel Sdn. Bhd. sedia membantu anda! Mereka akan menerangkan panduan perjalanan yang lancar tanpa sebarang masalah. Mereka juga akan memastikan anda bersama selamat sepanjang percutian.

J&C Travel Sdn Bhd merupakan agensi yang menepati masa dan menepati jadual pengangkutan kerana mereka sentiasa alert dengan masa perlepasan dan ketibaan pelancong. Jika anda berminat, anda boleh sahaja hubungi mereka untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang pakej-pakej yang ditawarkan.

Alamat: 162, Jalan Adda 7, 811000 Johor Bahru, Johor.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (8:30 pagi – 6 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


6. In Saff Travel & Tours Johor Bahru

Johor Bahru, Johor.
Kredit Gambar: FB In Saff Travel & Tours

Adakah anda berazam untuk mengerjakan ibadah di Tanah Haram tetapi buntu untuk merancang perjalanan? Jangan risau, In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd. sedia membantu. Agensi pelancongan bukan sahaja menawarkan pakej haji dan umrah, tetapi juga pakej pelancongan tempatan dan antarabangsa pada kos yang paling berpatutan. Jika anda merancang untuk melakukan perjalanan haji atau umrah lebih awal, In Saff Travel & Tours adalah pilihan terbaik ini kerana mereka merupakan agensi pelancongan yang berdaftar dan sangat trusted bagi urusan umrah dan haji.

Tidak perlu risau tentang urusan penginapan, visa dan mutawwif kerana pihak mereka akan sediakan untuk anda. Namun semestinya anda wajib menghadiri kelas pemantapan ilmu umrah terlebih dahulu sebelum melakukan ibadah di tanah suci. Jom realisasikan impian menunaikan ibadah anda di Tanah Haram!

Alamat: 67-1, Jalan Putra 1, Taman Sri Putra, 81200 Johor Bahru, Johor.

Waktu Operasi: Sabtu hingga Rabu (9 pagi – 6 petang), Khamis (9 pagi – 2 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


7. Rajawali Bintang Travel Sdn. Bhd.

Johor Bahru, Johor.
Kredit Gambar: FB Rajawali Bintang Travel

Rajawali Bintang Travel Sdn Bhd adalah antara salah satu agensi pelancongan yang telah lama menggiat secara aktif dalam bidang perniagaan ini dengan pelanggannya di Johor Bahru. Agensi ini menawarkan pelbagai pakej termasuk tempahan tempat penginapan, sewa bas, hotel, tiket penerbangan, dan banyak lagi pakej pelancongan.

Sebagai agensi yang berdaftar, Rajawali Bintang Travel Sdn Bhd komited dalam memberi servis yang terbaik untuk membawa anda ke pengalaman percutian baru dengan layanan mesra. Cakap saja anda mahu bercuti ke mana, agensi ini pasti dapat menyediakan pakej-pakej menarik sesuai dengan keperluan percutian anda. Jadi, kenalah mula menabung supaya dapat bercuti ke destinasi impian anda!

Alamat: 10, Jln Garoda 1, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor.

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


8. Pridestour

travel agency
Kredit Gambar: FB Pridestour

Cipta ratusan kenangan yang unforgettable bersama keluarga atau rakan anda dengan menjadikan Pridestour sebagai pemandu pelancong pilihan anda. Bergantung kepada destinasi yang anda ingin tuju, agensi ini boleh menyediakan pelbagai kemudahan dan servis yang tepat dengan keinginan bercuti anda. Anda tidak perlu berasa bimbang kerana mereka akan membawa anda ke destinasi pilihan dengan selamat.

Antara jenis perkhidmatan yang anda boleh dapatkan di sini ialah perkhidmatan tiket dan pengangkutan, termasuk pakej pelancongan dalam atau luar negara yang menarik. Rancanglah percutian anda dengan bijak supaya anda boleh bercuti dengan selesa.

Alamat: 10-01, Jalan Kolam Air 1, Nongchik Heights, 80200 Johor Bahru, Johor.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 6 petang), Sabtu (9 pagi – 1 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


9. Andalusia Johor Bahru

travel agency
Kredit Gambar: FB Andalusia Johor Bahru

Satu lagi agensi pelancongan yang boleh dipercayai yang anda boleh pilih untuk perjalanan umrah dan haji iaitu Andalusia di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Pelancong yang beragama Islam tidak perlu berasa ragu-ragu dengan perkhidmatan yang dijanjikan kerana perjalanan umrah dan haji anda pasti akan terjaga dengan pakej yang ditawarkan.

Memandangkan mereka sangat pakar dalam pakej pelancongan, mereka akan memberikan harga yang berpatutan untuk pakej pelancongan, pengangkutan dan penginapan sepanjang anda menunaikan ibadah di sana. Terdapat banyak juga pakej pelancongan istimewa terutamanya semasa bulan suci Ramadhan dengan Malaysia Airlines dan Saudi Airlines sebagai pengangkutan utama yang disediakan dalam pakej tersebut.

Alamat: 50-1, Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 6 petang), Sabtu (9 pagi – 1 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook


10. Irama Travel & Tours

travel agency
Kredit Gambar: FB Irama Travel & Tours

Irama Travel & Tours sangat terkenal dengan pelbagai pakej pelancongan yang menarik dan terbaik ditawarkan untuk semua. Matlamat utama agensi pelancongan ini adalah untuk memberi peluang kepada semua pelancong merakam kenangan indah mengembara ke seluruh dunia. Kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Agensi ini boleh membawa anda ke mana sahaja destinasi yang anda mahukan dan menawarkan pakej pelancongan yang menarik dan tiada tandingannya. Dari perjalanan untuk melihat Patung Liberty di Amerika Selatan ke Greece, Turki ke Perancis, sebut sahaja destinasi yang ingin anda lawati, semua pakej pelacongan lengkap dengan promosi yang menarik.

Alamat: 99A, Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 6 petang), Sabtu (10 pagi – 1 petang)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook


Kesimpulannya, penduduk di Johor Bahru mempunyai banyak pilihan agensi pelancongan yang boleh membawa mereka melancong dan bercuti di dalam atau luar negara. Anda hanya perlu menghubungi agensi yang terpilih dan tentukan pakej pelancongan yang anda minat. Apa tunggu lagi? Jom bawa diri, keluarga, kawan dan kenalan anda untuk melancong dengan pakej yang agensi terbaik pilihan kami sudah tawarkan!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x