Bak kata orang tua-tua, pengalaman telah mendewasakan dan mematangkan fikiran. Eh, macam lagu je kan? Apa-apa pun, kali ini jom kita lihat 9 benda wajib yang mesti saya bawa kalau bercuti dan melancong ke mana sahaja berdasarkan pengalaman. Tak kira samaada dalam atau luar negara.
Memang seksa kalau tertinggal satu benda ni ketika travel terutamanya benda no 9 di bawah tu. Silap hari bulan berbau satu bas. Semoga memberi anda sejemput dua idea barangan apa nak bawa kalau cuti cuti satu Malaysia atau cuti cuti satu dunia.
#1 Minyak angin cap kapak/vicks, plastik muntah dan Prokas
Benda ni memang wajib ada dalam beg kalau nak melancong tambah-tambah lagi kalau nak buat aktiviti lasak seperti hiking, naik bot atau ketika naik flight/bas. Kalau pening dan mual boleh ‘lesek’ minyak angin atau vicks di hidung dan dahi. Dan pastikan ada plastik beg untuk menampung muntah-muntah anda di dalam bas/flight. Kalau sakit lutut/sendi pula, gunakan ProKas ( bagus benda ni sebab main spray je).
#2Â PlasterÂ
Kalau berjalan jauh kat tempat orang kadang kadang mesti melecet tumit kaki. Tambah-tambah kalau pakai kasut baru. Jadi nakkan keselesaan berjalan ketika kaki melecet, ‘tempek’ saja plaster di tempat yang luka.
#3Â Tisu Basah
Kalau bercuti ke luar negara seperti Vietnam/Jepun, toilet di sana mostly memang takde wayar pipe nak ‘cebok’. Jadi usah susahkan diri untuk mencari dedaun kering untuk beristinjak time emergency. Gunalah wet tissue kerana ianya lembut dan ada wangian aloe vera. Lagi satu, senang nak basuh tangan time sebelum/selepas makan dan boleh digunakan untuk basahkan muka time waktu panas.Â
#4Â 1x Adapter & 1x plug extensionÂ
Mana mungkin kalau takde benda alah ni kalau nak travel. Dengan adanya extension kita boleh cas phone, powerbank, laptop, kamera dll dengan serentak. Jimat masa ! Adapter pulak, kalau melancong ke negara seperti US, Indonesia dan Jepun, dia punya kepala soket lain daripada Malaysia. Jadi beli satu universal adapter US punya kepala pastu sambungkan dengan extension and walla !
#5Â Cooker untuk travel
Kalau ke luar negara mana ada mapley untuk diterjah malam-malam. Nak cari yg halal pun belum tentu jumpa.. Jadi kalau tak nak kebuluq kata ko, punggah travel cooker sekali untuk masak meggi ke, nasi ke, telur ke, sardin ke dan sebagainya.
#6Â Â PowerBank
Semestinya wajib ada dalam beg galas kalau travel. Benda ni akan sentiasa berdampingan dengan anda kemana saja anda pergi sebab ianya penting untuk cas kamera/phone/laptop dan ianya ringan.
#7Â Â First Aid Kit untuk travel
Cari kotak ubat yang kecil yang dijual di Tesco pastu bubuhlah ubat-ubatan yang penting seperti penadol, pembalut, iodin, kain kasa dan sebagainya. Kalau tak buat sebegini nanti tak teratur. Time emegency nak pakai ubat, satu-satu poket luggage nak dibukanya cari penadol yang kecil. Benda yang cepat jadi lambat.Â
#7Â Kamera Digital
Benda ni memang semua org tahu dah. Malas nak cerita panjang. Pergi melancong penat-penat pastu tak selfie utk kenang kenangan…apa kes ni toq ?
#9Â Teh UncangÂ
Kalau travel memang kadang-kadang perut akan meragam. Mungkin kerana makanan atau mungkin kerana cuaca dan altitud yang sentiasa berubah. Jadi buatkan teh o kelat tanpa gula yang panas-panas. Mesti hilang rasa perut tidak selesa anda dan rasa nak tercirit tu.Â
Semoga tips travel ini memberi anda sedikit input untuk membawa apa yang penting kalau bercuti dan melancong kelak. Ingat, bak kata pujangga jalanan, sediakan payung sebelum hujan dan sesal dahulu pendapatan sesal kemudian kalau dah termuntah dalam bas, berbau satu baslah jawabnya. Sekiranya anda ada tips tambahan sila tinggalkan di ruangan komen. Wassalam.