17+ Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Rawa Johor

Pulau ini diberi nama Rawa, bersempena dengan nama Melayu tempatan bagi burung merpati putih atau secara terperincinya burung merpati “Pied Imperial” (Ducula bicolor) yang menetap di kepulauan ini. Oleh kerana orientasi utara-selatan pulau ini yang unik, pasir pantainya yang putih masih agak diselindung daripada perairan yang terbuka di Laut China Selatan.

Pulau Rawa Johor mempunyai liputan terumbu karang 100% dan terumbu karang tempatannya cukup cetek, lalu menjadikannya sebuah destinasi yang ideal untuk kegiatan menyelam yang sesuai untuk mereka yang baru bermula, dan juga sukan-sukan air untuk orang dewasa dan kanak-kanak.


17 Akitiviti Terbaik Yang Mesti Dilakukan Di Pulau Rawa Johor

1. Menyelam permukaan (Snorkeling)

Pulau Rawa - Menyelam permukaan (Snorkeling)

Bersedia untuk melakukan aktiviti selam dasar sama ada bersendirian, dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga, kerana perairan di Pulau Rawa Mersing Johor ini cukup jernih sehingga anda boleh melihat dengan amat jelas kehidupan laut dan terumbu karang yang berada di permukaan laut. Sewa sahaja peralatan dan kemudahan bot daripada mana-mana kemudahan menyelam permukaan yang ditawarkan, dan nikmatilah pemandangan permukaan laut yang indah sehingga anda boleh terapung sahaja di sana buat masa yang lama.


2. Jelajah Hutan (Jungle Trekking)

Jelajah Hutan (Jungle Trekking)

Untuk aktiviti jelajah hutan, perjalanan berjalan kaki ke atas bukit diperlukan. Ganjaran anda setelah anda berada di puncak bukit yang kecil ini ialah pemandangan Laut China Selatan yang tiada bandingannya – sememangnya sesuatu aktiviti yang anda tidak mahu lepaskan ketika bercuti di Pulau Rawa. Perjalanan kaki ini memakan masa kurang daripada setengah jam dan terdapat banyak papan tanda yang akan membawa anda ke destinasi. Puncak bukit juga merupakan tempat yang sesuai untuk menangkap gambar, dan sekiranya anda tiba di sekitar 6 hingga 7 petang, anda boleh melihat matahari terbenam!


3. Gelongsor air (Waterslide) yang hebat di Pulau Rawa

Pulau Rawa - Gelongsor air (Waterslide) yang hebat di jeti

Terdapat dua papan gelongsor di sekitar kawasan jeti Pulau Rawa dan kedua-duanya berpenghujungkan laut! Cuba gelangsar biru yang lurus sekiranya anda takutkan ketinggian, dan sekiranya anda seorang yang lebih berani, cuba gelangsar jingga yang berliku-liku dan tinggi yang akan membawa anda ke dalam laut setelah anda turun.


4. Jelajah Pulau-ke-Pulau (Island Hopping)

Pulau Rawa - Jelajah Pulau-ke-Pulau (Island Hopping)

Terdapat pulau-pulau yang berhampiran dengan Pulau Rawa, seperti Pulau Harimau dan Pulau Mensirip yang mempunyai keunikan dan sejarahnya yang tersendiri. Kemudahan jelajah ini mudah untuk didapati daripada beberapa pihak yang menyediakannya di Pulau Rawa, dan apabila berada di pulau-pulau ini, anda juga boleh berkelah di pantainya yang indah selain menikmati pemandangannya.


5. Menyelam Scuba (Scuba Diving) di Pulau Rawa

Pulau Rawa - Menyelam Scuba (Scuba Diving)

Untuk pengalaman menyelam jauh ke dalam dasar laut, seseorang penyelam perlulah mempunyai sijil darpada pihak PADI. Tetapi sekiranya anda mempunyai lesen ini, sememangnya pemandangan dasar laut dalam di Pulau Rawa tiada tandingannya kerana ia dilitupi 100% oleh terumbu karang yang pelbagai jenisnya dan juga kehidupan laut yang berwarna-warni.


6. Bola Tampar Pantai (Beach Volleyball)

Pulau Rawa - Bola Tampar Pantai (Beach Volleyball)

Bola tampar pantai juga merupakan aktiviti yang popular di Pulau Rawa kerana ia mudah dimainkan secara berpasukan dan juga menenangkan kerana dia dimainkan di atas pasir yang berpemandangkan laut. Sewa sahaja sebuah bola dan main di mana-mana gelanggang yang sudahpun dipasang dengan jaring.


7. Bersantai Di Atas Pantai Pulau Rawa

Pulau Rawa - Bersantai Di Atas Pantai

Kadang-kadang perkara yang paling seronok untuk dilakukan ialah tidak melakukan apa-apa langsung. Berehat sahaja di atas pantai sambil menikmati pemandangan laut yang indah di atas permukaan pasir yang memutih. Ia memang menenangkan jiwa, dan sambil itu, pesan minuman kegemaran anda dan anda akan berjaya meluangkan masa anda dengan mudah di chalet murah Pulau Rawa.


8. Berkanu (Canoeing)

Pulau Rawa - Berkanu (Canoeing)

Kemudahan kanu boleh didapati dengan mudah di Pulau Rawa, di mana anda boleh menyewa sebuah kanu yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya dua orang dan mendayung sahaja kanu anda ke tengah laut sambil menguji diri dengan mendayung. Dalam pada itu, nikmati juga suasana di tengah laut yang tenang dan tidak berombak besar.


9. Berjalan-jalan

Pulau Rawa - Berjalan-jalan

Pulau Rawa tidak besar dan tidak begitu sesak, jadi berjalan-jalan di sini cukup mudah. Sambil berjalan di sepanjang persisiran pantai yang indah, nikmati juga pemandangan laut dan ombaknya yang mampu membuatkan anda melupakan sebentar segala tekanan hidup anda. Sekiranya mahu, singgah di mana-mana restoran untuk menjamu selera dan membasahkan tekak yang haus.


10. Berenang

Pulau Rawa - Berenang

Selain air laut, aktiviti berenang juga boleh dilakukan di kolam-kolam renang yang terdapat di resort di Pulau Rawa, dan ia juga sesuai untuk dilakukan oleh kanak-kanak kecil sekiranya dikawal selia oleh orang dewasa, terutamanya sekiranya berenang di laut. Ombak laut di Pulau Rawa cukup tenang jadi ia tidak begitu bahaya sekiranya berenang di permukaan laut yang cetek.


11. Barbeku (BBQ)

Barbeku (BBQ)

Dengan pemandangan laut yang indah, aktiviti BBQ elok untuk dilakukan pada waktu malam untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mahupun persahabatan kerana dengan berbarbeku, anda boleh meluangkan masa berbual-bual sambil bersantap kelazatan makanan barbeku dengan pemandangan laut yang tenang dan indah.


12. Berkhemah

Berkhemah

Sekiranya anda menginginkan bayu laut untuk meniup lebih dekat dengan anda, cubalah mendirikan khemah di tepi pantai dan tidur di dalam khemah tersebut pada waktu malam! Ketenangan yang anda peroleh daripada bunyi ombak lembut yang memukul dan juga angin laut yang meniup boleh membuatkan anda tidur dengan cukup lena walaupun tiada penghawa dingin.


13. Jelajah flora dan fauna di Pulau Rawa

Jelajah flora dan fauna pulau ini

Pulau Rawa bukan semata-mata pantai sahaja di sini. Anda juga boleh meredah hutan dan melihat sendiri suasana hijau di hutan kecil yang terdapat di Pulau Rawa. Sekiranya bernasib baik, mungkin anda juga akan melihat beberapa haiwan ketika menjelajah. Namun apa yang pasti, aktiviti lasak ini tentunya akan mencabar fizikal dan merupakan alternatif yang baik sekiranya anda bukannya seseorang yang gemar duduk dan bersantai sahaja tanpa melakukan apa-apa.


14. Melihat matahari terbit/terbenam di Pulau Rawa

Melihat matahari terbit/terbenam

Jelajah ke atas bukit selama lebih kurang setengah jam dan anda tidak akan menyesal kerana pemandangan matahari terbit dan terbenam di atas bukit sememangnya indah dan sukar untuk dilupakan! Malah, anda boleh menangkap gambar kenang-kenangan di sini sambil menikmati pemandangan dan angin atas bukit yang tenang.


15. Pelayaran Kapal Layar Kecil (Hobie-Cat Sailing)

Pelayaran Kapal Layar Kecil (Hobie-Cat Sailing)

Kemudahan yang boleh didapati di Rawa Island Resort, melayar dengan kapal layar kecil muatan dua orang (hobie cat) merupakan aktiviti yang mencabar di mana anda perlu mengemudi ke tengah laut dan menunggang kapal layar hobie cat ini merentasi ombak dan mengikuti alur ombak. Namun, sekiranya dikemudi dengan baik, aktiviti ini memang menyeronokkan di tengah-tengah laut dan akan memberikan kepuasan dan ketenangan yang tinggi kepada anda.


16. Jelajah memancing

Jelajah memancing

Kemudahan ini boleh diatur oleh pihak resort, di mana bot dan peralatan memancing boleh disediakan. Oleh itu, nikmati ketenangan jiwa yang tidak terhingga kerana memancing memerlukan tahap kesabaran yang cukup tinggi. Namun, hasilnya cukup lumayan kerana Pulau Rawa mempunyai populasi ikan yang cukup tinggi dan padat.


17. Membaca

Membaca

Membaca di bawah pokok kelapa sementara menikmati angin laut juga merupakan sebuah aktiviti yang mampu menenangkan jiwa. Barangkali juga ia boleh memudahkan penyerapan maklumat yang dibaca kerana persekitaran laut yang tenang.


Pakej Percutian & Resort Pulau Rawa

1. Rawa Island Resort

Rawa Island Resort

Hotel Pulau Rawa yang paling popular, Rawa Island Resort menawarkan penginapan pelbagai jenis, daripada pemandangan bukit, pemandangan laut hinggalah ke chalet dan banglo untuk memenuhi kehendak penginapan pelbagai jenis.

Terdapat pelbagai kemudahan di Rawa Island Resort seperti gelanggang bola tampar, spa, pusat menyelam dan lain-lain. Sementara itu, penginapannya pula dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti Wi-Fi, balkoni peribadi dan pancuran air panas.


2. Alang’s Rawa

Alang’s Rawa

Satu lagi resort yang popular di Pulau Rawa, Alang’s Rawa Resort juga menawarkan pelbagai pilihan penginapan seperti pemandangan bukit, laut dan lain-lain. Setiap satunya dilengkapi dengan kemudahan dan perabot asas dan balkoni peribadi untuk bersantai. Sementara itu, terdapat juga banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti menyelam permukaan (snorkeling), menyelam, dan lain-lain.


 

4.3/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

15+ Tempat Best & Aktiviti Di Pulau Tinggi Johor

Pulau Tinggi merupakan salah satu kepulauan di Malaysia yang paling tidak dibangunkan dengan persekitaran yang menawan dan keindahan yang memegunkan. Pulau yang terpencil ini...

10 Tempat Makan BEST Di Mersing

Antara perkara yang menjadi topik hangat setiap kali pergi bercuti adalah “nak makan di mana?”. Momen ini pastinya pernah dilalui oleh kebanyakan orang. Bagi...

Pulau Aur, Tempat Menarik Di Mersing Johor

Pulau Aur terletak di sebelah timur Mersing, Johor. Ia diisyhtiharkan sebagai Taman Marin pada tahun 1994 di bawah Taman Marin Sultan Iskandar, yang terdiri...

5+ Tempat Menarik Dan 8+ Aktiviti Yang Mesti Buat Di Pulau Pemanggil

Pulau Pemanggil terkenal di Malaysia sebagai salah satu tapak memancing yang terbaik, ia terletak 45 kilometer dari Mersing, iaitu lokasi perlepasan ke kebanyakan pulau-pulau...

15+ Aktiviti Terbaik Yang Mesti Cuba Di Pulau Sibu Johor

Pulau Sibu Johor terletak di Taman Marin Sultan Iskandar, Johor, di pantai timur Semenanjung Malaysia, di Laut China Selatan. Pulau Sibu merupakan kepulauan tropika...

Top 5 Kereta Sewa Kota Tinggi & Mersing yg Terbaik

Anda perlu bijak dalam mencari penyelesaian perjalanan yang dapat membantu anda merancang pengangkutan anda lebih awal untuk percutian anda dengan destinasi yang fleksibel serta...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Lina
Lina
2 years ago

Pulau yang cantik, bersih dan amat menenangkan apa bila bercuti disini.
Air laut yang jernih dan dapat membuat kegiatan snorkeling.
Amat berpushati apa bila bercuti di Ualau Rawa.

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x