15 Pulau di Semenanjung Malaysia yang Best untuk Snorkeling

Malaysia sangat bertuah kerana kedudukan geografinya yang dikelilingi laut. Pulau-pulau di negara ini masih terjaga dan terpelihara. Kebanyakan pulau-pulau yang ada menjadi habitat bagi hidupan laut dan dipenuhi terubu karang. Keistimewaan ini menjadikan pulau-pulau di Malaysia antara syurga bagi penggemar aktiviti snorkeling. Berikut merupakan 15 pulau di Semenanjung Malaysia khusus buat anda para snokel di luar sana!


1. Pulau Redang, Terengganu

Pulau Redang

Pasir yang putih, air yang jernih dan pemandangan indah di sekitar Redang pasti menambat hati sesiapa saja yang bertandang ke sini. Pulau Redang telah digazetkan menjadi taman laut dan menjadi pilihan sebagai pulau snokel Malaysia. Menjadi antara destinasi snorkeling di Semenanjung Malaysia, Pulau Redang tidak terlalu sibuk pada kebiasaan hari namun pulau ini akan sesak apabila tibanya musim cuti sekolah. Snokeling di Pulau Redang adalah menyeronokkan. Sesetengah resort meyediakan kawasan snorkel peribadi untuk anda. Kawasan terbaik untuk snorkeling di pulau ini ialah di sepanjang pantai Pasir Panjang terutamanya di sekitar Tanjung Mak Cantik.

 

2. Pulau Pangkor, Perak

Snorkeling di Pulau Pangkor

Identiti Pulau Pangkor menyerlah kerana dikenali sebagai pulau snorkeling Malaysia. Dua buah pulau kecilnya iaitu Pulau Mentagor dan Pulau Giam sangat terkenal dengan keindahan batu karang selain menjadi habitat bagi pelbagai spesis hidupan laut seperti ikan dan timun laut (gamat). Disini, aktiviti snokeling menjadi tarikan utama. Harga sewaan peralatan snokel pula hanya sekitar RM15 seorang- sangat berpatutan. Difahamkan bahawa jadual snorkeling di sini juga fleksibel mengikut perancangan masa pengunjung.

 

3. Pulau Lang Tengah, Terengganu

Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Pulau snorkeling Malaysia ini tidak mempunyai banyak tempat penginapan atas faktor pulaunya yang bersaiz kecil. Rata-rata pelancong yang datang ke sini melakukan aktiviti seperti selam scuba, berkayak dan jungle trekking. Jangan terkejut jika ada yang datang semata-mata untuk snorkeling!

Disini, pelancong dapat melihat pelbagai spesis ikan bermain di habitat mereka. Terdapat juga spesis ikan yu dan ikan Nemo yang pernah menjadi ikon negeri Terengganu suatu ketika dahulu. Anda boleh menyewa peralatan snokel daripada tempat penginapan atau mana-mana pengusaha peralatan menyelam yang ada di sini. Kos sewaan dianggarkan lebih kurang RM40. Waktu terbaik untuk bertandang ke Pulau Lang Tengah adalah antara bulan April dan September.

 

4. Pulau Tioman, Pahang

Jeti Pulau tioman

Pulau Tioman dihubungkan melalui Mersing (Johor) dan Tanjung Gemuk (Pahang) via feri. Digazetkan sebagai taman laut, Tioman menyajikan pemandangan yang indah dan dipenuhi hidupan laut serta batuan karang yang cantik- sesuai bagi aktiviti snorkeling dan skuba. Spesis ikan yang boleh ditemui disini sangat banyak dan anatarnya ialah ikan barakuda, lion fish, parrot fish dan banyak lagi.

Pulau snorkeling Malaysia ini menawarkan pakej snorkeling berhadapan dengan tempat penginapan. Kebanyakan pakej snorkeling yang ditawarkan adalah di pulau-pulau tidak berpenghuni sekitar Tioman seperti Pulau Tulai dan Pulau Renggis. Peralatan snorkel boleh disewa dan kedai peralatan menyelam juga banyak terdapat di pulau ini. Perlu diingatkan agar para pengunjung tetap menyelam pada paras air yang ditetapkan bagi memulihara terumbu karang.

 

5. Pulau Rawa, Johor

Pantai Pulau Rawa

Pulau Rawa terletak di timur Johor. Ia ialah sebuah pulau kecil yang berada di dalam Sultan Iskandar Marine Park. Pulau Rawa amat menarik untuk dikunjungi kerana dasar pantainya yang dipenuhi terumbu karang terutamanya di sebelah barat pulau. Dasar laut Pulau Rawa kebanyakannya berpasir, diselangi batuan dan gugusan karang yang terjaga. Untuk mereka yang menggemari aktiviti snorkelig, anda dapat menyaksikan pelbagai jenis spesies ikan seperti ikan arnab, wrasse, damselfish dan triggerfish. Peralatan snorkeling disediakan secara percuma.

 

6. Pulau Kapas, Terengganu

Pesisir Pulau Kapas

Lokasi pulau snorkeling Malaysia yang seterusnya ialah Pulau Kapas. Pulau Kapas adalah pulau yang hampir dengan daratan iaitu bandar Marang. Jika anda berada di pesisir pantai Marang, pulau ini boleh kelihatan dari jauh. Lawatan balik hari boleh diaturkan di mana-mana pengusaha bot pelancongan di Jeti Marang. Sesuai dengan namanya, Pulau Kapas mempunyai deretan pantai yang memutih seperti kapas dan air yang bersih serta jernih. Kapas adalah pulau snorkeling Malaysia. Ia menjadi habitat bagi batu karang yang cantik dan bewarna-warni. Peralatan snorkel boleh didapati dengan harga sewaan sebanyak RM40.

 

7. Pulau Tenggol, Terengganu

Pulau Tenggol

45 minit perjalanan menggunakan bot dari Kuala Dungun adalah Pulau Tengggol! Pulau ini dipenuhi dengan batu-batuan dan antara pulau terbersih di Semenanjung Malaysia. Perjalanan dari Kuala Dungun mengambil masa selama satu jam perjalanan dari Kuala Terengganu. Tarikan utama pulau ini adalah airnya yang jernih. Justeru, aktiviti seperti berenang, menyelam skuba, berkayak dan snorkeling sering menjadi pilihan pengunjung.

Untuk yang baru ingin berjinak dengan selamaan air, jangan risau. Anda boleh belajar menyelam sambil menikmati keindahan dasar Pulau tenggol di kawasan yang lebih cetek.  Peringatan buat mereka yang ke sini, anda dilarang memakai selipar/ kasut dan memijak dasar laut bagi menjaga batu karang dan hidupan marin disini.

 

8. Pulau Aur, Johor

Snorkeling di Pulau Aur

Terletak dalam daerah Mersing, Pulau Aur berkeluasan 76 kilometer dan merupakan sebahagian daripada Taman Laut Sultan Iskandar (Johor Marine Park). Pulau Aur adalah pulau yang paling jauh dari tanah besar- lebih kurang 70km. Perjalanan dari Jeti Mersing ke pulau boleh mengambil masa 3-4 jam. Tiket boleh dibeli secara on-the-spot atau ditempah di laman web.

Walaupun mengambil masa perjalanan yang agak jauh, pengunjung tidak akan hampa kerana pemandangan disini cukup cantik. Antara yang paling best di sini pastinya aktiviti menyelam scuba dan snorkeling. Ada lebih kurang 20 tempat untuk menyelam. Kebanyakan kaki pulau snokel Malaysia memang sangat familir dengan pulau ni. Masa terbaik untuk ke sini adalah pada bulan April- Jun kerana pada waktu ini, arus laut lebih tenang dan selamat.

 

9. Pulau Harimau, Johor

Pemandangan Pulau Harimau

Jauh dari kesibukan bandar, ketenangan di Pulau Harimau mampu membuat sesiapa saja yang datang ke sini jatuh cinta dengan pulau ini!  Ia adalah antara pulau kecil yang jarang  diterokai. Pun begitu, pemandangan di sini sangat menakjubkan. Terfikir kenapa ia dipanggil nama Pulau Harimau? Ini adalah kerana bentuk pulau ini yang kelihatan seakan-akan seekor harimau dari pemandangan atas.

Bagi mereka yang menginginkan sedikit cabaran, anda boleh mencuba aktiviti menyelam skuba dan snorkeling. Disini adalah lubuk pembiakan ikan yu, paus dan ikan pari. Inilah masa untuk anda mendekati dan melihat sendiri kecantikan batu karang dan keunikan spesis ikan yang ada di sini.

 

10. Pulau Perhentian, Terengganu

Pulau Perhentian

Sesuai dengan namanya, perhentian bermaksud tempat persinggahan yang pada asalnya berperanan sebagai tempat perlindungan bagi para nelayan. Pasir Pulau Perhentian yang putih dikelilingi dengan air laut yang biru menjadi tempat terbaik untuk pelbagai jenis batuan karang selain turut disukai oleh penyu dan hidupan laut lain yang pelbagai.

Antara spesis ikan yang boleh dilihat disini ketika snorkeling ialah bumphead parrot, Napolean wrasse, ikan yu dan penyu! Tempat terbaik untuk snorkeling adalah di sekitar D’Lagoon, Pantai Penyu, Pantai Adam Hawa dan sekitar Pantai Keranji. Kesemua pantai ini terletak di Pulau Perhentian Kecil. Di Perhentian Besar, ada satu tempat yang best untuk snorkeling iaitu di Pantai Buih. Masa terbaik untuk ke sini adalah pada bulan April sehingga Oktober.

 

11. Pulau Rhu Hentian, Terengganu

Snorkeling di Rhu Hentian

Pulau ini boleh dikatakan antara pulau yang jarang disebut berbanding dengan pulau lain di Terengganu seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian dan beberapa pulau lain yang menjadi hot-spot bagi kaki pulau. Pulau Rhu Hentian terletak hanya 15 batu nautika dari pesisir Kuala Besut. Ia adalah sebuah pulau yang baru ditemukan dan baru dibangunkan untuk industri pelancongan di Pantai Timur.

Boleh diakses melalui Jeti Kuala Besut dan mengambil masa 30 minit perjalanan, Pulau Rhu Hentian juga menawarkan aktiviti air seperti pulau lain seperti berenang, menyelam dan snokeling. Perkhidmatan sewaan peralatan menyelam boleh didapati dengan agensi pelancongan yang anda tempah. Oleh sebab saiz dan keluasan pulau yang kecil, anda boleh berjalan dan bersantai sambil melihat keindahan kawasan pulau ini. Masa terbaik untuk ke sini ialah pada bulan Februari hingga Oktober.

 

12. Pulau Gemia, Terengganu

Pulau Gemia

Pulau Gemia ialah sebuah pulau yang berkongsi perairan dengan Pulau Kapas. Ia adalah salah sebuah persedirian di Malaysia yang dimajukan bertepatan dengan keindahan pulau yang sedia ada. Untuk ke Pulau Gemia, anda akan mengambil masa 10 minit perjalanan dari Jeti Marang.

Aktiviti snorkeling boleh dibuat kerana pulau ini dikelilingi oleh bautan karang. Ia juga menjadi daya tarikan bagi pelbagai spesis ikan yang bewarna-warni. Menarikya apabila pada waktu malam, terdapat sekelompok ikan yu yang berenang di pesisir pulau. Pun begitu, ia tidak berbahaya kerana rata-rata ikan yu bersaiz kecil.

 

13. Pulau Pemanggil, Johor

Pulau Pemanggil

Pulau Pemanggil yang terletak di pinggir pantai Mersing, Johor. Pulau ini terkenal sebagai salah satu tempat memancing terbaik di Malaysia. Ia terkenal di kalangan nelayan kerana ia adalah tempat yang ideal untuk memancing di laut dalam. Faktor geografi pulau ini yang berbatu, menjadikan pulau ini cantik dan turut dikenali sebagai pulau snorkel Malaysia. Snorkeling adalah salah satu cara terbaik untuk bersahabat dengan terumbu karang selain dapat mengenali pulau ini dengan lebih dekat. Beberapa spesis ikan seperti ikan tenggiri, barakuda, kaci dan tarap juga boleh dilihat disini.

 

14. Pulau Besar, Johor

Pulau Besar

Ini pula adalah antara hidden gem di negeri Johor. Juga boleh diakses melalui Jeti Mersing, perjalanan untuk ke Pulau Tengah mengambil masa 30 minit perjalanan. Anda tidak perlu berbelanja lebih untuk merasai pengalaman berada di private beach, kerana ia boleh dirasai di Pulau Besar! Antara tempat best untuk snorkeling ialah di Pulau Tengah yang berkedudukan berhampiran dengan Pulau Besar. Pengalaman snorkeling bersama ikan sambil menikmati batu karang yang bewarna-warni pasti menjadi memori indah buat mereka yang berkunjung ke Pulau Besar. Tunggu apa lagi, jom ke sini!

 

15. Pulau Susu Dara, Terengganu 

Pulau Susu Dara

Sebuah pulau kecil yang terletak berhampiran dengan Pulau Perhentian, Pulau Susu Dara adalah gugusan dua pulau iaitu Pulau Susu Dara Besar dan Pulau Susu Dara Kecil. Nama pulau ini semakin dikenali kerana mempunyai air yang cukup jernih dan terkenal sebagai destinasi snorkeling di Malaysia. Antara kelebihan bersnokel di Pulau Susu Dara ialah kerana tempatnya yang terpencil dan tidak ramai orang. Kebiasaan mereka yang datang untuk snokeling adalah pengunjung yang berkunjung di Pulau Perhentian. Jika anda datang ke Pulau Perhentian, jangan lupa untuk mengunjungi pulau yang mempunyai nama yang unik ini.


Menarik dan cantik bukan? Pulau-pulau di Semenanjung Malaysia semestinya menjanjikan pengalaman snorkeling yang tak dapat dilupakan. Sama-sama lah kita menjaga anugerah yang diberikan ini agar generasi akan datang dapat menikmatinya juga.

Sedikit tips buat anda sebelum bersnorkeling. Pastikan anda menggunakan topeng muka yang sesuai dengan saiz muka anda agar tidak terlalu ketat atau longgar. Anda juga diminta untuk bertenang sebelum dan ketika berenang.

Akhir sekali, pastikan anda memilih tempat snorkeling yang disarankan iaitu dengan membuat survey atau membaca artikel ini. Selamat bersnorkeling!

4.5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

15 Trek Joging Yang Best Untuk Bersenam Di Malaysia

Amalan bersukan yang paling mudah dan tidak memerlukan belanja yang besar seperti berjoging di taman adalah pilihan yang terbaik bagi mereka yang mahu kekal...

5 Canopy Walk yang anda hanya dapat pengalaman di Malaysia Timur

Sabah dan Sarawak sering menjadi tarikan pelancong asing. Ini kerana bahagian Malaysia timur kita kaya dengan keindahan semula jadi. Bukan itu sahaja, Sabah dan...

6 Lokasi Paling BEST Untuk Tour Kelip-Kelip di Malaysia Timur

Ada tiga sebab utama, mengapa anda suka melancong. Pertama, untuk merehatkan diri. Kedua, untuk melepaskan tekanan hidup dari hiruk-pikuk bandar. Dan yang ketiga, untuk...

10 Pulau Di Semenanjung Malaysia Yang Paling BEST Untuk Scuba Diving/Menyelam

Aktiviti scuba diving di Malaysia menjadi salah satu hobi yang mula diminati ramai terutamanya bagi mereka yang berminat terhadap sukan lasak dan mencabar. Scuba...

7 Lokasi Arung Jeram Paling Mendebarkan di Malaysia Timur

Arung Jeram atau lebih dikenali sebagai White Water Rafting adalah sukan yang digilai ramai setiap kali bercuti di kawasan sungai. Siapa kata aktiviti dalam...

Taman Permainan Kanak-Kanak Indoor Yang BEST

Cuti sekolah dah nak sampai, dan yang pasti anak-anak mesti 'sound', " Mak Ayah ! cuti sekolah nanti kita nak jalan jalan ke mana?". Sebagai...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x