10 Tempat Memerhati Burung di Semenanjung Malaysia yg Best

Produk ekopelancongan dan biodiversiti memberi manfaat yang sangat ketara dalam menjana peningkatan ekonomi dari sudut pelancongan sebagai contoh bird watching di Malaysia. Melancong bukan sekadar pergi berjalan-jalan sahaja malah individu yang kreatif dalam membentuk idea pelancongan ilmu boleh menimba banyak pengetahuan baru yang belum pernah mereka peroleh sebelum ini. Dalam konteks ini, golongan ibu bapa yang melancong bersama anak-anak perlu peka dan lebih bijak dalam menentukan tentatif percutian mereka agar ianya tidak sia-sia.


1. Bird Interpretative Centre Fraser’s Hill, Pahang

bird watching fraser hillGaleri gergasi yang kaya dengan kepelbagaian spesis burung ini sangat terkenal di kalangan pelancong dari dalam dan luar negara. Bird Interpretative Centre menyediakan informasi tentang burung-burung liar yang terdapat di Bukit Fraser sebelum anda menjelajah ke dalam hutannya. Selain itu, pengunjung juga boleh melawati galeri atau muzium kecil yang memaparkan ilmu-ilmu berguna berkenaan burung dalam bentuk gambaran, maklumat saintifik burung, rangka burung-burung, telur burung dan sebagainya. Terdapat sebanyak 250 spesis burung yang dipamerkan antaranya burung Enggang, Merpati, Helang dan pelbagai sepsis endemik yang lain.

Menariknya, lokasi ini sering kali menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Jadi jika anda datang tepat pada waktunya, pasti banyak pengalaman baru yang boleh anda perolehi.

Alamat: Bukit Fraser, 4900 Bukit Fraser, Pahang


2. Rezab Hidupan Liar Tanjung Tuan, Melaka

bird watching tanjung tuanRezab diistilah sebagai sesuatu yang bernilai dan disimpan khas untuk tujuan tertentu untuk masa akan datang. Kebiasaanya di Malaysia, ia melibatkan tanah atau hutan. Rezab Hidupan Liar Tanjung Tuan berkedudukan sangat strategik dimana kawasannya menganjur keluar ke Selatan Melaka, dan bersempadan dengan Negeri Sembilan. Siapa sangka tanah dengan keluasan 60.7 hektar dan berketinggian maksimum 5 meter ini menyimpan khazanah hidupan flora dan fauna yang sangat unik.

Ramai yang keliru sama ada rezab ini terletak di Melaka atau Negeri Sembilan. Sebenarnya, lokasinya terletak di Melaka tetapi kebanyakkan pengunjung yang ingin ke sini akan memasuki dari tanjung melalui Negeri Sembilan.

Alamat: Jalan Pantai, Tanjung Tuan, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan


3. Santuari Burung Kuala Gula, Perak

bird watching kuala gulaPerak terkenal dengan alam semula jadi dan pantainya yang jernih. Lokasi yang paling popular di Perak khusus sebagai tempat memerhati burung adalah di Kuala Gula.

Pada asalnya, Kuala Gula hanyalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak dalam lingkungan 50 kilometer di antara Taiping dan Kuala Kurau. Kira-kira 200 spesies burung termasuk dari Siberia dan Australia berhijrah dan berlindung di pantai ini. Kebiasaannya, populasi burung-burung ini akan mula berhijrah di antara bulan September hingga Mac. Lokasi yang sesuai dengan hutan paya bakau dan pantai berlumpur menjadi salah satu faktor ia menjadi destinasi yang sesuai untuk hidupan ini berpindah untuk meneruskan ekosistem mereka.

Anda boleh memilih sendiri untuk melihat burung-burung seperti burung Botak Upeh (Mycteria cinerea), burung Botak Kecil (Leptoptilos javanicus), burung Bangau China (Egretta eulophotes) dan burung Kedidi Kaki Hijau (Tringa nebularia) dari atas bot, atau dari rumah pemerhatian yang terletak ditengah-tengah laut.

Alamat: Jalan Gula, Kuala Gula, 34350 Kuala Kurau, Negeri Perak


4. Santuari Burung Panti, Johor

bird watching burung pantiDestinasi ini terletak di sepanjang jalan Kota Tinggi ke Mersing. Disebabkan Johor adalah negeri yang paling bawah sekali di peta Malaysia, jadi kedudukannya sangat strategik yang mana ia berhampiran dengan Singapura dan Indonesia. Pelancong semakin bertambah dari hari ke hari tidak kira dari dalam atau luar negara.

Di sini terdapat lebih dari 200 spesies burung tempatan dan lebih 30 spesies burung migrasi. Peluang dan keunikan ini telah diambil oleh kerajan Johor untuk buat pertama kalinya menganjurkan pertandingan bird race di peringkat antarabangsa pada 2006 yang lalu. Pertandingan ini mengkehendaki para peserta untuk mengecam sebanyak mungkin spesies burung di kawasan hutan itu dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Selain itu Santuari Burung Panti Johor juga terkenal dengan Bunker Trail, iaitu laluan untuk memerhatikan burung yang dinamakan bersempena dengan nama bunker pada era Perang Dunia ke-2 dahulu.

Alamat: Jalan Jemaluang, 81900 Kota Tinggi, Johor


5. Taman Negara, Pahang

bird watchingTaman Negara Pahang sangat popular dengan jolokan nama destinasi eko pelancongan dan Malaysia bird watching terbaik. Selepas Bukit Fraser, Taman Negara ini telah menjadi “Syurga Kedua” bagi pencinta alam untuk menikmati keindahan flora dan fauna di dalam hutan hujan tropika yang berusia lebih daripada 130 juta tahun.

Direkodkan, terdapat 479 spesies burung telah dikenal pasti di Taman Negara ini termasuk spesies burung yang datang dari luar negara atau bermigrasi ke sini seperti Bangau Kendi (Cattle Egrets), Berek-berek Tadah Hujan (Blue-throated Bee-eater), dan Lang Baza (Black Baza). Kesemua tiga spesies ini berasal dari negara yang beriklim sejuk. Menurut sumber yang tepat, burung-burung tersebut mengambil perjalanan dari arah Selatan lalu singgah di sini ketika bulan September hingga Disember sebelum  pulang semula ke negara asal untuk bertelur.

Tidak cukup dengan spesies burung tempatan seperti  burung enggang, kuang, takur, kesumba serta sambar, dan burung luar negara, lokasi ini juga sangat strategik untuk anda lihat lebih 19 spesies burung terancam yang masih ada.

Alamat: Taman Negara Pahang, Kuala Tahan, 27020 Jerantut, Pahang


6. Taman Burung, Kuala Lumpur

bird watching taman burungSesuai dengan title “World Largest Free-flight Walk-in Aviary”, Taman Burung Kuala Lumpur berkeluasan 20.9 ekar yang merangkumi kawasan lembah hijau yang semulajadi. Ia mula dibuka sejak 1991 lagi dan hari ini telah menempatkan 3,000 burung daripada 200 spesies yang berterbangan bebas di empat zon. Uniknya, burung dari negara lain memonopoli tempat tersebut dengan membawa purata 60 peratus manakala bakinya adalah spesies tempatan.

Pengalaman anda masuk sahaja ke gerbang utamanya, hawa telinga anda akan terhidang dengan suara burung yang berkicauan merdu dan berterbangan bebas di udara. Antara spesies tempatan yang boleh ditemukan adalah seperti burung enggang, bangau, ranggung, nuri, serindit, kuang, kakak tua, punai, merpati, ruak-ruak dan langling, itik-itik dan flamingo serta pelbagai spesies burung yang berasal dari Australia, New Guinea, Thailand, Indonesia, Tanzania, China dan Belanda.

Ini kawasan terbuka, jadi pengunjung tidak perlu untuk ke satu lokasi ke satu lokasi yang berbeza semata-mata untuk melihat ia terbang. Malah anda sendiri boleh memerhatikannya dari jarak yang sangat dekat jika burung itu tidak takut dengan kehadiran anda. Hanya di Taman Burung Kuala Lumpur tidak di tempat lain, spesies Merak Biru India yang mempunyai ekor warna-warninya sepanjang 5 kaki, merpati Crowned sebesar ayam belanda, burung kakak tua Pesquet yang hampir pupus, dan burung Congo Afrika Grey Parrots yang paling pandai di dunia akan mengisi memori anda sepanjang berada di sini.

Alamat: Jalan Cenderawasih Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur


7. Bakit Larut, Perak

bird watching bukit larutDestinasi Malaysia bird watching ketujuh adalah di Bukit Larut, Perak. Kawasan peranginan dengan 15 darjah celcius ini mempamerkan kesejukan gunung sambil melihat keindahan burung-burung yang tinggal di sepanjang jejak Gunung Hijau ke arah puncak Bukit Larut.

Alamat: Jalan Bukit Larut, 34000 Taiping, Perak


8. Kuala Selangor Nature Park, Selangor

bird watching nature parkTaman Alam Kuala Selangor adalah istana untuk pelbagai jenis flora dan fauna. Kawasan yang merangkumi lebih 200 hektar tanah pesisir dan paya bakau ini di diami oleh 150 spesies burung dan kira-kira 100,000 burung mengembara, yang terdiri dari 30 spesies melawat kawasan ini untuk berhijrah. Jadi tidak hairan aktiviti melihat burung menjadi daya tarikan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Alamat: Jalan Klinik, Taman Alam, 45000 Kuala Selangor, Selangor


9. Taman Negara Gunung Stong, Kelantan

bird watching gunung stongPengemar hiking dan alam semula jadi, destinasi kali ini sedia memberikan anda manfaat dua dalam satu yang sangat menakjubkan. Gunung Stong sudah mula menjadi tarikan sejak awal 1980-an lagi dan dikunjungi pelancong bagi tujuan rekreasi keluarga, rakaman fotografi, dan lawatan sekolah. Gunung ini berjenis dipterokarpa bukit dan gunung yang mana ia jarang-jarang ditemukan di Malaysia.

Atas faktor geografinya yang sebegitu, Gunung Stong sangat sesuai untuk aktiviti bird watching di Malaysia. Sebut sahaja di mana Air Terjun Jelawang pasti semua sudah maklum di sinilah tempatnya. Selain kaya dengan flora dan fauna termasuk bunga terbesar di dunia iaitu Reflesia. Di sini juga terdapat pelbagai spesies haiwan liar seperti Gajah Asia, seladang, harimau Malaya, kambing gurun, burung enggang, tapir dan pelbagai hidupan liar eksotik lain.

Alamat: Taman Negeri Gunung Stong Dabong, 18200 Kuala Krai, Kelantan


10. Setiu Wetlands, Terengganu

bird watching setiu wetlandsTanah Bencah Setiu merupakan satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai sembilan ekosistem yang berbeza di dalamnya iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai, sungai, pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau. Tanah berkeluasan 23,000 hektar ini dikelilingi oleh habitat semula jadi dan pembiakan tuntung serta lokasi pendaratan spesies penyu hijau.

Dalam masa yang sama ekosistem ini juga dikelilingi oleh 161 spesis burung, 49 spesis rama-rama, 36 reptilia, 33 spesies pokok bakau, dan 29 spesies mamalia. Ini adalah aset negara dan destinasi eko-pelancongan tersebut akan terus padat dengan aktiviti keluarga seperti observasi alam semulajadi, melihat burung, mengumpul madu, mencari ketam nipah, memancing, dan sebagainya.

Alamat: Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu


Jauh berjalan, luas permandangan. Sebelum anda ke tempat memerhati burung pastinya pengetahuan anda tentang spesis burung di Malaysia sangat terbatas. Namun inilah peluang anda untuk menimba pelbagai ilmu tentang burung dan jangan sesekali sia-siakannya.

4.5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Lokasi Arung Jeram Paling Mendebarkan di Malaysia Timur

Arung Jeram atau lebih dikenali sebagai White Water Rafting adalah sukan yang digilai ramai setiap kali bercuti di kawasan sungai. Siapa kata aktiviti dalam...

15 Tempat Memancing Yang Terbaik di Malaysia

Setiap orang mempunyai hobi dan aktiviti yang menjadi kegemaran mereka setiap kali ada waktu lapang. Di Malaysia, aktiviti yang sinonim dengannya adalah memancing. Terlalu...

10 Taman Tema Dalaman Yang Terbaik Untuk Kanak-Kanak di Malaysia

Bila tiba musim cuti persekolahan inilah masanya untuk merancang aktiviti dan destinasi yang menyeronokkan untuk bersuka ria bersama anak-anak. Taman tema air, taman tema...

10 Pulau Di Malaysia Timur Yang Anda Mesti Pergi Untuk Snorkeling

Malaysia Timur (terdiri daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) adalah sebahagian daripada Malaysia dan terletak di Kepulauan Borneo. Malaysia Timur mempunyai kurang penduduk...

Taman Permainan Kanak-Kanak Indoor Yang BEST

Cuti sekolah dah nak sampai, dan yang pasti anak-anak mesti 'sound', " Mak Ayah ! cuti sekolah nanti kita nak jalan jalan ke mana?". Sebagai...

6 Lokasi Paling BEST Untuk Tour Kelip-Kelip di Malaysia Timur

Ada tiga sebab utama, mengapa anda suka melancong. Pertama, untuk merehatkan diri. Kedua, untuk melepaskan tekanan hidup dari hiruk-pikuk bandar. Dan yang ketiga, untuk...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x