10 Tempat Hiking di Semenanjung Malaysia Yang Wajib Anda Kunjungi

Terlalu lama tidak keluar untuk menghirup udara segar dan mengelilingi alam semula jadi mungkin membuat otak anda tepu dan stress. Ramai yang memilih hiking untuk mencas kembali diri mereka untuk kekal bersemangat. Tetapi, berikutan banyak tempat hiking di Malaysia yang ditutup operasinya sejurus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di negeri-negeri yang terlibat membuatkan impian mereka lebur begitu sahaja.

Berita baik untuk kaki hiking yang sedang gian untuk meredah hutan, sungai, dan mendaki gunung, ini adalah pengumuman untuk anda. Hiking trail di Malaysia telah beroperasi kembali dengan Prosuder Operasi Standar (SOP) baru yang membenarkan pendakian di bukit atau gunung yang mempunyai ketinggian 457.2 meter dengan seorang jurupandu bersamaan tujuh peserta.


1. Gunung Tahan, Pahang

gunung tahan hiking

Gunung setinggi 2187 meter dari aras laut dan keenam tertinggi di Malaysia ini menjanjikan antara cabaran yang sangat menguji fizikal dan mental semua pendaki. Ia terletak di Banjaran Tahan dan geografinya dipenuhi hutan tebal dengan struktur permukaan trail yang landai, berakar, dan curam sehingga 90 darjah.

Halangan seperti perlu meredah lebih 10 sungai dengan ditemani pacat setinggi paras pinggang, berjalan kaki sejauh 65 kilometer dari Kuala Tahan ke puncak Gunung Tahan, dan trail bahaya sehingga lutut bertemu dengan dagu seakan-akan membenarkan Gunung Tahan diberi gelaran sebagai “gunung tidak tertahan” kerana ramai pendaki yang kecundang untuk sampai ke puncak. Namun, jika anda seorang pendaki tegar hiking di Malaysia khususnya di Gunung Tahan, anda mampu merasai pengalaman yang terbaik sepanjang hidup anda.


2. Bukit Broga, Semenyih

bukit broga hiking

“Permata Istimewa Semenyih” ini terletak 1 jam dari Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Negeri Sembilan. Masyarakat memanggilnya Bukit Broga tetapi ada juga sesetengah orang yang mengenalinya sebagai Bukit Lalang kerana kepelbagaian ombak lalang yang tumbuh di sekitar dan bukit. Puncak ketinggiannya mempunyai tiga peringkat dan yang paling maksima sehingga 400 meter. Jika anda berada di puncak pertama, pancaindera akan dihiasi dengan pemandangan sehingga Menara Kuala Lumpur. Di puncak kedua, anda boleh menikmati pemandangan sunrise dan sunset yang cukup menawan jika anda memulakan pendakian seawal 6 pagi. Puncak paling tinggi, menyajikan pemandangan yang menakjubkan dari atas ke bawah dengan penglihatan 360 darjah.


3. Gunung Pulai, Johor

gunung pulai hiking

Gunung Pulai terletak di Kampung Sri Gunung Pulai Kulai, Johor dan mempunyai ketinggian setinggi 654 meter. Lokasi ini popular untuk warga Johor Bahru dan Singapura yang gemarkan aktiviti lasak, penuhkan cabaran, dan pencinta alam flora dan fauna. Menariknya, gunung ini dilitupi dengan unsur geokimia batuan kapur igneus dan sedimen. Keistimewaannya adalah pada air terjun yang sejuk, cantik, dan segar. Untuk sampai ke puncak, pendaki boleh memilih beberapa trail yang berbeza sama ada dengan jalan tar dan jalan hutan atau denai. Kalau anda mendaki secara berkumpulan, jalan hutan adalah pilihan yang sangat tepat.

Walaupun keadaanya kurang cerun tetapi permukaannya yang lembap dan berbecak ketika hujan memaksa pendaki untuk mengambil langkah-langkah keselamatan yang betul dan lebih berhati-hati.


4. Gunung Lambak, Johor

gunung lambak hiking

Warga Johor khususnya di Kluang mesti tidak asing lagi dengan Gunung Lambak yang mempunyai hutan dipterokrap bukit dengan kawasan hutan berketinggian di antara 300 hingga 750 meter dari paras laut. Pelbagai spesies tumbuhan perubatan dengan nilai yang tinggi yang boleh anda temukan di sini seperti pokok Seraya, pokok Keruing, pokok Meranti, dan haiwan liar yang lain. Salah satu daya tarikan pendaki yang memilih Gunung Lambak sebagai tempat hiking di Malaysia yang terbaik adalah disebabkan Hutan Rekreasinya yang didirikan di kaki gunung tersebut.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan banyak aktiviti dalam satu tempat yang sama seperti mendaki, berenang, menghirup udara segar, mengambil foto panorama alam, melihat kepelbagaian hidupan alam semulajadi, merehatkan minda dan fikiran, berkelah, menaiki jambatan gantung, dan berjoging. Cukup lengkap untuk anda yang mahu lari dari kesibukan kota dan bersantai dengan tenang.


5. Bukit Jugra, Selangor

bukit jugra hiking

Kaki selfie dan kaki hiking anda pasti teruja untuk ke Bukit Jugra yang berketinggian 400 kaki ini. Jika kebanyakkan bukit dan gunung terletak di kawasan terpencil dan tanah tinggi tetapi sebaliknya lokasi bukit ini berada di Banting, Selangor. Tarikan utama selain hiking di Bukit Jugra adalah aktiviti paragliding yang dikendalikan oleh Paragliders Malaysia dan Prosky Adventure. Trail di sini boleh dikatakan sebagai antara trail di Malaysia yang kurang laluan mendatar di mana pada permulaan pendakian sahaja, anda harus melalui trail naik dan terus menaik ke atas. Ini yang membuatkan pendaki hampir putus nafas untuk mendaki kerana mereka perlukan stamina dan daya tahan yang tinggi. Laluan yang sukar dan mencabar juga hanya dibekalkan seutas tali untuk membantu anda naik ke atas semula.

Setiap sesuatu yang susah pasti akan ada yang indah menanti anda di akhirnya nanti. Kepenatan anda akan terubat setiap kali kaki anda sampai ke puncak kerana di titik itulah anda akan dapat melihat pertemuan antara Lautan Selat Melaka dan Sungai Langat.


6. Mossy Forest, Cameron Highland

mossy forest hiking

Penuh cabaran, mengentarkan, menyeramkan, hijau memukau, cantik tertawan, dikelilingi lumut, seperti di alam fantasi, misteri, penuh mistik, dan insta-worthy, inilah yang menjadi ciri-ciri unik Mossy Forest. Kalau anda pernah meononton filem Lord of The Rings atau Alice in Wonderland, anda pasti merasakan hutan ini sama seperti di dalam filem tersebut yang anda tonton di kaca televisyen. Khazanah alam ini menjadi lambang alam paling memukau dan luar biasa yang ada di negeri Pahang khusunya di Cameron Highlands. Pelbagai flora dan fauna menjadi tumpuan pendaki dan ahli pengkaji yang berada di sini seperti anggerik liar, periuk kera, tumbuhan aktoparasit tanah tinggi, kacip Fatima dan kayu bakau.


7. Bukit Panorama, Pahang

bukit panorama hiking

Bukit Panorama terletak di kawasan Sungai Lembing, Kuantan dengan ketinggian 291 meter dari aras laut. Keunikan bukit ini ada pada puncaknya yang popular dengan julukan “karpet awan”. Jika anda bertuah, anda boleh melihatnya. Mata anda pasti terpukau dengan keindahan panorama pelangi seakan-akan sebuah jambatan yang sedang membelah laluan air terjun. Trek Bukit Panorama agak mudah berbanding Bukit Broga kerana pendaki hanya perlu menaiki 815 anak tangga dan tidak perlu melalui jalan berdenai. Tetapi jangan dianggap mudah bukit ini. Jika anda masih baru atau pertama kali dalam dunia pendakian, lokasi ini mungkin agak sukar bagi anda kerana setiap anak tangga mempunyai tahap kecuraman yang berbeza dan berbahaya.


8. Bukit Keluang, Terengganu

bukit keluang

Terengganu menjadi destinasi hiking yang sangat dikunjungi ramai. Bukit Keluang terletak di dalam daerah Besut dengan ketinggian 369 meter dari aras laut. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini antaranya paragliding, banana boat, bot laju, dan bermandi-manda di pesisir pantai. Saat pertama kali anda menjejakkan kaki di puncak Bukit Keluang, anda pasti terpesona dengan keindahan Laut China Selatan berlatarbelangkan kehijauan hutan di pesisir pantai. Uniknya, Bukit Keluang terletak di gigi laut yang mana kecantikkan pasti dua kali ganda lebih menarik berbanding yang lain.

Pencinta alam tegar dan pencinta aktiviti-aktiviti lasak, bukit ini akan memberikan anda pengalaman yang sangat mengasyikkan secara berpanjangan sekaligus memberikan ketenangan yang hakiki. Rata-rata pengunjung di sini datang bersama ahli keluarga dan mereka gemar berkelah di persisiran pantai kerana di situ mereka boleh berteduh di bawah pokok rhu yang rendang sambil menikmati angin sempoi-sempoi bahasa.


9. Bukit Tabur, Kuala Lumpur

bukit tabur hiking

Satu lagi tempat hiking di Malaysia yang awesome adalah di Bukit Tabur di Kuala Lumpur dengan ketinggian 396 meter dari aras laut. Untuk pengetahuan anda, Bukit Tabur mempunyai dua arah iaitu Bukit Tabur East dan Bukit Tabur West. Jika anda inginkan trek yang mudah dan kurang halangan, anda boleh mendaki Bukit Tabur East kerana di situ cuma satu tempat sahaja yang perlu panjat batu dan daki dengan tali. Bukit Tabur West pula lebih mesra pengguna kerana laluannya sangat sesuai untuk anda yang pertama kali cuba untuk aktiviti lasak seperti ini.

Puas anda bermandi peluh, anda boleh berehat dan bermandi-manda di kolam air jernih berdekatan dengan taman rekreasi bawah bukit. Kerana lokasi ini menjadi tumpuan sekalian pengunjung dari pelbagai pelosok negeri dan negera, jadi anda tidak perlu takut tersesak atau tersalah trek perjalanan untuk ke penghujung.


10. Bukit Chabang, Perlis

bukit chabang hiking

Gunung Chabang bukan gunung tertinggi di Malaysia tetapi ia jelas menjanjikan pengalaman yang sangat mengujakan dari puncak dengan getah, 90% bukit batu kapur, dan pertembungan dua buah bukit yang tersergam megah menghadap antara satu sama lain. Ketinggian hampir 390 meter dari paras laut memberikan pendaki impak yang sangat mendalam dari segi kepuasan, keseronokkan dan kegembiraan, bermula dari starting point melalui jalan mini tar yang berkedudukan 3 kilometer dari tempat letak kenderaan sehinggalah ke puncak paling atas sekali.


Banyak sebenarnya tempat-tempat yang menarik di Malaysia yang boleh anda kunjungi. Setiap negeri mempunyai keunikan yang tersendiri untuk dipersembahkan kepada anda. Yang pasti melancong di dalam negara memberikan seribu satu manfaat dan peluang untuk industri pelancongan tempatan lebih berdaya saing di peringkat global.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Aktiviti Menarik di Malaysia yang Mencabar – Takut HABIS

Bagi golongan dewasa yang memang 'jantan', aktiviti seperti di bawah ini pasti akan memberi cabaran yang lebih kepada anda. Jom tengok 7 aktiviti menarik...

5 Canopy Walk yang anda hanya dapat pengalaman di Malaysia Timur

Sabah dan Sarawak sering menjadi tarikan pelancong asing. Ini kerana bahagian Malaysia timur kita kaya dengan keindahan semula jadi. Bukan itu sahaja, Sabah dan...

8 Padang Golf Yang Terbaik di Malaysia Timur

Rakyat Malaysia sudah mula membuka mata dengan sukan Golf dan bukannya tertumpu pada golongan elit sahaja. Jika dulu ia sering kali dikaitkan dengan sukan...

10 Pulau Di Semenanjung Malaysia Yang Paling BEST Untuk Scuba Diving/Menyelam

Aktiviti scuba diving di Malaysia menjadi salah satu hobi yang mula diminati ramai terutamanya bagi mereka yang berminat terhadap sukan lasak dan mencabar. Scuba...

15 Tempat Memancing Yang Terbaik di Malaysia

Setiap orang mempunyai hobi dan aktiviti yang menjadi kegemaran mereka setiap kali ada waktu lapang. Di Malaysia, aktiviti yang sinonim dengannya adalah memancing. Terlalu...

10 Pulau Di Malaysia Timur Yang Anda Mesti Pergi Untuk Snorkeling

Malaysia Timur (terdiri daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) adalah sebahagian daripada Malaysia dan terletak di Kepulauan Borneo. Malaysia Timur mempunyai kurang penduduk...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x