10 Tempat Bermain Paintball Yang Best Di Selangor

Adakah anda mahu mencuba perkara yang baru? Jika jawapan anda ya, inilah aktiviti yang sesuai untuk anda. Aktiviti paintball sudah lama berada di Malaysia namun jarang diulas oleh orang ramai. Mungkin anda pernah lihat atau ketahui tentangnya dari media sosial namun tidak mendapat maklumat sepenuhnya atas apa itu erti paintball yang tepat. Paintball merupakan sebuah aktiviti yang kian tular terutamanya di kalangan remaja pada zaman sekarang. Paintball merupakan sebuah aktiviti melibatkan dua buah kumpulan yang misinya adalah untuk menyingkirkan pasukan pihak lawan dengan menggunakan senapang paintball yang diberi. Jika anda dan rakan-rakan anda mahukan sesuatu yang menerujakan, kami telah menyusun beberapa tempat yang anda boleh lawati untuk pengalaman bermain paintball yang tidak boleh dilupakan!


1. Kombat Zone Paintball, Selangor.

Kombat Zone Paintball

Terletak di Kampung Kemensah, Kombat Zone Paintball merupakan sebuah tempat yang sering dikunjungi orang ramai, terutamanya mereka yang bekerja kerana pakej ‘team bonding’ yang terdapat di sini. Pakej ini selalunya diambil oleh syarikat korporat. Dengan suasana yang menghijau dan padang yang luas, tempat paintball di Kemensah ini sesuai untuk menampung mereka yang datang beramai.

Terdapat dua buah padang yang disediakan iaitu Cherry Village dan Barrel City. Anda bebas untuk memilih padang yang berasaskan bunker ataupun padang yang berasaskan kayu. Tujuan bunker dan kawasan berasaskan kayu itu dibina adalah untuk memberi anda ‘cover’ sewaktu bermain. Dengan ini, pengalaman anda tentu akan menjadi lebih ‘real’. Helmet dan vest diberi supaya dapat melindungi anda dari tembakan paintball yang kuat. Anda pasti akan selamat dan masih boleh bersuka ria.  Antara kemudahan lain yang terdapat di situ adalah tempat parkir kereta, tandas dan juga surau.

Alamat: Lot 16060, Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, Ulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: 8.30am hingga 6pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email

Whatsapp Kombat Zone Paintball


2. Sri Awana Paintball, Bangi.

Sri Awana

Padang paintball yang terdapat di Bangi ini merupakan pilihan orang ramai atas susun atur padang tersebut yang seolah-olah susun atur sebuah pertandingan kejohanan. Terdapat pelbagai bunker besar yang menjadi ‘cover’ anda sewaktu bermain. Padang tersebut telah disusun dengan cantik dan teratur jadi anda tidak akan tersesat dan masih boleh menyembunyi dari pihak lawan dengan jayanya. Jika anda mahu lihat layout padang tersebut terlebih dahulu, terdapat peta yang dimuat naikkan di laman Facebook mereka.

Paintball di Bangi ini mengkhususkan pakej kepada mereka yang datang berkumpulan. Harga yang ditetapkan bermula dari RM75 yang bersesuaian untuk seramai 10 orang satu kumpulan. Pellet yang diberi juga mencukupi untuk sebuah perlawanan dan akan diberi juga peralatan seperti pelindung muka, gear guard dan vest untuk menjaga keselamatan anda. Anda juga diberi peluang untuk menambah lagi pellet paintball dengan harga yang berpatutan. Selain itu, lokasi Sri Awana Paintball berdekatan dengan pelbagai jenis kedai makan.

Alamat: Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 9am hingga 6pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Google

Whatsapp Sri Awana Paintball


3. MTZ Paintball Park, Shah Alam.

MTZ Paintball

MTZ Paintball Park, atau Mudtrekker Paintball Park adalah padang paintball terbesar yang terdapat di Malaysia. Pada mulanya, Mudtrekker dibuka sebagai organisasi yang menguruskan aktiviti sukan luar. Kini, Mudtrekker Paintball Park lebih menekankan kepada sukan paintball dan mengendalikan taman paintball terbesar pertama di Malaysia. MTZ menawarkan pelbagai jenis padang untuk bermain paintball seperti padang acara dan padang bunker udara bola laju. Terdapat juga empat padang yang bertema seperti Wild Wild West, The Anker Woods, Fox hole Valley dan The Camelot Castle Field untuk memberi anda pengalaman yang lebih menerujakan.

Harga yang ditetapkan bermula daripada RM80 hingga RM180 dan semua pakej mempunyai peralatan keselamatan yang asas seperti goggles, pelindung muka dan vest. Selain daripada paintball, terdapat juga kelab moden, bilik ganti baju dan sebuah restoran yang tersedia untuk kemudahan anda. Terdapat juga sebuah kolam renang jika anda rasa ingin bermandi selepas bermain paintball.

Alamat: Jalan Hijau Serindit U9/68, Seksyen U9, Cahaya SPK, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 9am hingga 5pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email

Whatsapp MTZ Paintball Park


4. Cyberjaya Paintball Park, Cyberjaya.

Cyberjaya Paintball

Cyberjaya Paintball Park adalah sebahagian daripada Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya yang menyediakan tempat khas untuk bermain paintball. Padang paintball yang terdapat di situ direka oleh pengemar paintball yang memahami keperluan pengunjung baharu yang datang bermain dan juga mereka yang sudah berpengalaman dalam sukan ini. Terdapat lima buah padang paintball yang merangkumi Cyberjaya Paintball Park iaitu dua padang besar yang dipenuhi dengan bunker dan halangan buatan manusia dan juga tiga padang ‘scenario’ untuk memberi anda pengalaman yang lebih menarik sewaktu bermain.

Harga pakej yang terdapat di sini adalah daripada RM50 hingga RM160. Tempat ini juga sesuai untuk bawa kanak-kanak kerana terdapat taman permainan, kolam renang dan juga tempat untuk berkelah. Bukan itu sahaja, terdapat juga kemudahan lain seperti kafe, bilik mandi dan surau yang tersedia untuk kegunaan pegunjung.

Alamat: Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya, Jalan Kelab Off Persiaran Semarak Api, 63000 Cyberjaya

Waktu Operasi: 9am hingga 5pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email

Whatsapp Cyberjaya Paintball Park


5. Xtion Paintball Park, Kuala Lumpur.

Xtion Paintball Park

Terletak di kawasan yang strategik iaitu di Taman Sukan Nasional Xtreme yang di tengah-tengah Kompleks Sukan Negara, Xtion Paintball Park menjadi tarikan orang ramai juga. Padang Paintball di KL ini telah menjadi tuan rumah bagi beberapa buah pertandingan seperti Paintball Sports Promotions USA dan Millennium Series Europe. Bukan itu sahaja, Xtion Paintball Park juga menjadi tuan rumah bagi sebuah kejohanan paintball malam pertama di Asia. Terdapat tiga buah padang kejohanan yang sesuai untuk menampung mereka yang datang dan dua padang lebih mencabar iaitu Mayhem Zone dan Recball Field.

Taman paintball di KL ini menawarkan pelbagai jenis pakej seperti Starter Package, Party Package (untuk kanak-kanak, pelajar dan dewasa), Mobile Package, Corporate Team Building Package dan Outside Klang Valley Package. Harga yang ditetapkan adalah berpatutan dengan jumlah orang yang akan menyertainya dan juga jumlah makanan yang diberi kepada setiap peserta. Restoran, surau, dan bilik air juga disediakan untuk kemudahan anda.

Alamat: National Sports Complex Bukit Jalil, Bukit Jalil, 57700 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Waktu Operasi: 9am hingga 6pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Google | Email

Whatsapp Xtion Paintball Park


6. Canyon Paintball, Petaling Jaya.

Canyon Paintball Park

Terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya, Canyon Paintball adalah sebuah tempat yang sesuai bagi ‘first timers’. Antara keistimewaannya adalah peluang untuk mencuba ‘Low Impact Paintball’ yang terdapat di sini. Jika anda takut dengan tembakan paintball yang kuat, pakej ‘Low Impact Paintball’ amat sesuai untuk anda. Ini kerana ‘Low Impact Paintball’ mempunyai saiz yang kecil dan kelajuan yang lebih rendah berbanding dengan tembakan paintball biasa. Perkara ini akan mengurangkan impak tembakan paintball apabila anda bermain. Kanak-kanak dan ‘beginners’ dialu-alukan untuk mencuba pakej ini.

Terdapat dua jenis pakej yang lain iaitu Cherry Package dan Gurnery Pacakage. Perbezaan antara kedua-dua pekej tersebut adalah jumlah pellet dan jumlah pod yang diberi. Anda tetap akan diberi pelindung muka, senapang paintball dan keperluan lain.

Alamat: Changkat Bukit Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 9am hingga 5pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google

Whatsapp Canyon Paintball


7. Ali King Paintball, Gombak.

Ali King Paintball Gombak

Dusun Ali King merupakan sebuah perniagaan keluarga yang bertemakan permainan paintball. Antara aspek menarik tentang tempat ini adalah kawasannya yang berhutan. Apabila anda bermain paintball, anda dapat merasai pengalaman yang lebih ‘real’ kerana suasananya yang seolah-olah di padang kombat yang betul. Bukan itu sahaja, pokok-pokok yang terdapat di situ menghalang cahaya matahari jadi anda tidak terdedah kepada cuaca yang panas sewaktu bermain, Terdapat tiga jenis padang paintball iaitu Recball, Speedball dan Woodsball. Padang Woodsball menawarkan padang yang lebih bertemakan hutan dengan pelbagai jenis pokok, semak dan batu besar sebagai ‘cover’ berbanding padang yang lain.

Harga yang ditetapkan di sini amat berpatutan. Pelajar juga diberi diskaun di sini.  Terdapat sebuah kafe untuk kemudahan anda dan juga perkhidmatan katering bagi mereka yang datang dengan kumpulan yang besar. Selain permainan paintball, terdapat juga sebuah kolam renang yang bebas untuk digunakan.

Alamat: Jalan Sungai Pusu, 53100 Kuala Lumpur, Selangor

Waktu Operasi: 8am hingga 6pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email

Whatsapp Dusun Ali King Paintball


8. Paintball Valley Bukit Lagong, Selangor.

Paintball Valley Bukit Lagong

Jika anda mahukan suasana yang tenang, santai dan jauh dari bandar, inilah tempat yang anda harus lawati. Paintball Valley Bukit Lagong terletak di tempat yang terpecil namun indah apabila anda melangkah masuk. Hutan yang menjadi padang utama permainan paintball ini dipelihara dengan baik dan selamat untuk pengunjung menerokai dengan lebih mendalam. Suasana yang tenang ini pasti akan membuat anda rasa jauh daripada pekan.

Harga pakej yang ditawarkan amat bersesuaian dan pakej tersebut termasuk juga paintball marker, vest dan senapang paintball juga.

Alamat: 47000, Selangor

Waktu Operasi: 9am hingga 6pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Google

Whatsapp Paintball Valley


9. 89 Arena, Klang.

89 Arena

Terletak di Jalan Sungai Jati, 89 Arena dibina dengan harapan untuk memberi pengunjung sebuah tempat yang luas untuk bersukan. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah permainan futsal, badminton dan juga paintball. Kawasan ini sangat besar sehingga boleh menampungi tiga gelanggang futsal, tiga puluh gelanggang badminton dan beberapa padang paintball.

Terdapat bebrapa pakej yang anda boleh pilih dengan harga yang bermula dari RM40 sehingga RM180. Antara kebaikannya adalah tempat ini senang untuk dicari di Google Maps dan juga mempunyai tempat parkir kereta yang banyak.

Alamat: Jalan Sungai Jati, 41000 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 2pm hingga 12am

Lokasi | Facebook | Ulasan Google | Phone: 03-3374 4355


10. Southern Legion Paintball, Kajang.

Southern Legion Paintball

Southern Legion Paintball menawarkan sebuah tempat yang selesa dan redup apabila anda bermain paintball di sini. Jika anda baru nak menerokai sukan ini, tempat ini adalah sesuai untuk anda. Ini kerana mereka sering mendapat pujian atas layanan staf yang mesra dan juga tunjuk ajar yang sangat membantu. Pengusaha Southern Legion Paintball ini turun padang juga untuk memberi nasihat dan tips-tips yang membantu kepada pengunjung yang datang bermain.

Antara aspek menarik yang terdapat di sekeliling taman paintball ini adalah pelbagai restoran dan gerai makan yang berhampiran. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelbagai jenis hotel jika anda mahu bermalam di area Kajang.

Alamat: Southern legion Paintball Park Jalan Sri Kenari Utama, Jalan Sungai Ramal Baru, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: 9am hingga 7pm

Lokasi | Ulasan Google

Whatsapp Southern Legion Paintball 


Sukan paintball mencabar kebolehan diri anda secara mental dan fizikal. Walau bagaimanapun, ia juga merupakan sebuah aktiviti yang seronok untuk dilakukan beramai. Paintball adalah suatu pengembaraan kepada anda yang mahu mencuba perkara baru. Semoga senarai di atas membantu anda memilih tempat yang sesuai untuk bermain paintball bersama keluarga atau rakan-rakan anda.

3/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Tempat Basikal Yang Terbaik Untuk Keluarga Di Malaysia

Aktiviti berbasikal merupakan sebuah aktiviti fizikal mudah yang boleh dilakukan bersama keluarga anda. Pada era globalisasi ini, semakin ramai orang yang mengikut serta dalam...

8 Tempat Terbaik Untuk Menonton Pertunjukkan Bunga Api Yang Menakjubkan Di Malaysia

Bunga api berasal daripada bahan letupan yang lemah untuk tujuan hiburan masyarakat. Sering kali kita melihat pertunjukkan bunga api pada hari-hari istimewa seperti hari...

Aktiviti Menarik di Malaysia yang Mencabar – Takut HABIS

Bagi golongan dewasa yang memang 'jantan', aktiviti seperti di bawah ini pasti akan memberi cabaran yang lebih kepada anda. Jom tengok 7 aktiviti menarik...

47+ Aktiviti Menarik di Rumah yang boleh Dibuat Hari ini

Dah bosan main phone dan takde idea lagi apa yang boleh dibuat masa berada dalam rumah? Sebenarnya banyak lagi, berikut adalah senarai aktiviti di...

Taman Permainan Kanak-Kanak Indoor Yang BEST

Cuti sekolah dah nak sampai, dan yang pasti anak-anak mesti 'sound', " Mak Ayah ! cuti sekolah nanti kita nak jalan jalan ke mana?". Sebagai...

10 Tempat Memerhati Burung di Semenanjung Malaysia yg Best

Produk ekopelancongan dan biodiversiti memberi manfaat yang sangat ketara dalam menjana peningkatan ekonomi dari sudut pelancongan sebagai contoh bird watching di Malaysia. Melancong bukan...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Kelab southernlegion
Kelab southernlegion
3 years ago

Terima kasih atas maklumat n review admin. Ini sangat2 membantu. Terima ksih.
– admin kelab Paintball Southernlegion.

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x