Isi Kandungan
Barangan kemas (gold jewellery) sememangnya amat sinonim dengan kaum wanita kerana barangan kemas adalah aksesori wajib sebagai pelengkap gaya. Barangan kemas sering kali dipakai untuk menghadiri pelbagai acara dan menyambut perayaan. Barangan kemas juga turut dijadikan sebagai aksesori wajib kepada pengantin dalam meraikan hari perkahwinan mereka dan dijadikan sebagai hadiah hantaran perkahwinan. Para wanita juga turut membeli barangan kemas sebagai ganjaran buat diri sendiri setelah penat bekerja keras.
Sempena musim gawat ini, adalah satu idea yang bagus untuk kaum wanita membeli barang kemas sebagai jaminan masa hadapan memandangkan harga emas adalah lebih stabil berbanding barangan berharga lain. Oleh itu, barangan kemas amat sesuai dijadikan sebagai satu cara untuk melaburkan duit selain daripada menyimpan wang di bank.
Terdapat pelbagai jenis barangan kemas yang menjadi dambaan wanita, antaranya cincin emas, rantai emas, emas pandora, gelang emas, rantai leher emas, loket emas dan emas bar. Â Di sini kami senaraikan 10 kedai emas yang murah dan best untuk dikunjungi di sekitar Shah Alam dan Bangi.
Kedai Emas Best Di Shah Alam
1. Kedai Emas Sri Alam, AEON Big Supermarket, Seksyen 23
Kedai Emas Sri Alam menawarkan pelbagai jenis rekaan barangan kemas yang menarik , bergaya dan elegan.  Antara barangan kemas yang menarik untuk ditinjau ialah loket nama yang boleh ditempah oleh pelanggan. Terdapat pelbagai rekaan barangan kemas yang menarik yang sesuai digayakan dengan  pakaian tradisional, busana pengantin dan hadiah kepada pasangan masing-masing.
Kedai Emas Sri Alam turut membeli semula barangan kemas terpakai dan dalam keadaan baik. Â Terletak di AEON Big Seksyen 23, lokasi kedai emas ini amat mudah diakses dan dikunjungi oleh pelanggan yang menetap di sekitar Shah Alam.
Alamat: G 23, AEON BIG SEKSYEN 23, Lot 10, Jalan Dividen 23/6, 40460 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 10am-6pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:013-916 9998
2. Kedai Emas Miezza, Kompleks PKNS Shah Alam
Kedai Emas Miezza yang terletak di Kompleks PKNS Shah Alam merupakan tempat yang wajib anda kunjungi sekiranya anda berhasrat mendapatkan barangan kemas yang berkualiti dengan harga terbaik. Rekaan interior kedai yang berunsur mewah membuatkan pengalaman membeli-belah barangan kemas terasa menarik.
Rekaan barangan-barangan kemas amat menarik untuk digayakan dengan busana pakaian tradisional di hari perayaan, perkahwinan, acara rasmi dan pemberian hadiah kepada yang tersayang. Â Pelbagai promosi barangan kemas diadakan dari masa ke masa. Rujuki laman Facebook Kedai Emas Miezza untuk makluman promosi akan datang.
Alamat: G82, Kompleks Pkns Shah Alam, Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 10:30 AM – 7:30 AM
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-5511 1111
3. Kedai Emas Noura Jewellery, Setia Alam
Kedai Emas Noura Jewellery menjual pelbagai jenis barangan kemas 916 yang hadir dengan pelbagai rekaan menarik dengan harga berpatutan. Kedai Emas Noura Jewellery turut membeli semua jenis barangan kemas lama, patah, bengkok & rosak dengan harga yang terbaik. Selain itu, Kedai Emas Noura Jewellery turut menawarkan servis-servis berikut:
- membaikpulih emas & menyelaraskan saiz emas mengikut spesifikasi pelanggan
- mencuci emas
- menyadur barangan emas, chrome & rose gold
- menerima tempahan ukir nama dari pelanggan
Pelanggan boleh membuat tinjauan harga di laman Facebook Kedai Emas Noura Jewellery untuk mendapatkan gambaran produk dan carian produk yang menepati bajet anda. Sempena musim PKP ini, pelanggan bolehlah membuat temujanji sekiranya berhasrat untuk membuat sebarang pembelian. Pembelian secara atas talian juga boleh dilakukan yang mana penghantaran barangan emas diuruskan oleh Kedai Emas Noura Jewellery.
Alamat: No. 27-G, Setia Taipan 2, Jalan Setia Utama AW U13/AW, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 11am-8.30pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-33586005
Whatsapp Kedai Emas Noura Jewellery
 4. Khalifah Jewels Shah Alam, Seksyen 7
Khalifah Jewels Shah Alam menawarkan koleksi rekaan barangan kemas 916 yang terbaru dan terkini dari kilang. Terdapat pelbagai rekaan barangan kemas yang menarik, trendy dan elegan sesuai untuk wanita yang bercitarasa moden.
Barangan-barangan kemas dari Khalifah Jewels Shah Alam sesuai untuk dihadiahkan kepada diri sendiri ataupun pemberian kepada yang tersayang. Pembelian barangan emas boleh dilakukan secara ansuran dengan Zero Faedah 0%. Selain menjual emas tulen yang berkualiti tinggi dengan harga upah yang terlajak murah, Khalifah Jewels Shah Alam turut membeli barangan emas lama dengan harga yang tinggi.
Pelanggan juga boleh menghantar barangan emas untuk dicuci dan dibaiki. Khalifah Jewels Shah Alam turut mempunyai cawangan di Bangi yang juga berbaloi untuk dikunjungi.
Alamat: 31, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 10.30am-6pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:03-5524 2277
Whatsapp Khalifah Jewels Shah Alam
5. Kedai Emas Sri Tanah Merah, Seksyen 19
Kedai Emas Sri Tanah Merah yang asalnya bermula sebagai sebuah kedai emas kecil di Tanah Merah, Kelantan kini berkembang pesat dengan mempunyai 8 cawangan di sekitar Bangi, Shah Alam, Gua Musang dan Tanah Merah. Perniagaan ini adalah 100% milik bumiputera.
Kedai Emas Sri Tanah Merah menawarkan pelbagai jenis rekaan barangan kemas diperbuat daripada emas tulen, suasa , perak dan intan berlian. Â Seni pembuatan barangan kemas dari Kedai Emas Sri Tanah Merah adalah amat halus dan teliti jadi ianya amat berbaloi dimiliki, bak kata pepatah alah membeli menang memakai. Rekaan barangan kemas Kedai Emas Sri Tanah Merah sering kali dijadikan sebagai barangan hantaran untuk perkahwinan dan hadiah kepada yang tersayang.
Pelanggan boleh membuat tinjauan barangan kemas di laman web Kedai Emas Sri Tanah Merah bagi mendapatkan gambaran produk dan rekaan barangan kemas yang menepati cita rasa anda.
Alamat: No. 49G, Jalan Nelayan 19/A, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 10.15am-6.30pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:03-5545 6625
Whatsapp Kedai Emas Sri Tanah Merah
Kedai Emas Best Di Bangi
6.Kedai Emas Impiana Jewels, Bangi Gateway Shopping Center, Seksyen 15
Kedai Emas Impiana Jewels yang terletak di Bangi Gateway yang menawarkan koleksi barangan kemas terkini dengan rekaan eksklusif pada harga yang berpatutan. Antara jenis-jenis barangan kemas ditawarkan adalah emas tulen, intan berlian, logam berharga seperti perak, tembaga dan suasa. Rekaan-rekaan barangan kemas adalah trendy, yang mana sesuai untuk mereka yang bercita rasa moden.
Sepanjang musim PKP ini, Kedai Emas Impiana Jewels menjual barangan kemas secara online yang mana barangan kemas yang ingin dibeli boleh ditempah melalui Whatsapp. Penghantaran barangan yang dibeli diuruskan oleh Kedai Emas Impiana Jewels.
Alamat:Lot 1-10, 1st floor, Bangi Gateway Shopping Center, Persiaran Pekeliling, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 10am-8pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:Â 016-666 1162
Whatsapp Kedai Emas Impiana Jewels
7. Kedai Emas SY Fawwaz , Seksyen 9
Kedai Emas SY Fawwaz menawarkan pelbagai jenis rekaan barangan kemas yang moden dan trendy bagi wanita bekerjaya dan bercitarasa moden. Menariknya barangan kemas yang dijual adalah tanpa upah, oleh itu Kedai Emas SY Fawwaz mampu menawarkan barangan-barangan kemas dengan harga murah, berpatutan dan mampu milik.
Barangan kemas boleh ditempah melalui Whatsapp dan pihak Kedai Emas SY Fawwaz menguruskan penghantaran produk ke pintu rumah anda. Â Kedai Emas SY Fawwaz menawarkan pelbagai promosi menarik dari masa ke masa, oleh itu ikuti laman Facebook Kedai Emas SY Fawwaz untuk makluman promosi terkini.
Alamat: No. 1, Jln Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 10.30am-6.30pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 012-548 8528
8. Makmur Gold, Paragon Point, Bandar Baru Bangi
Makmur Gold menawarkan pelbagai jenis barangan kemas antaranya ialah barangan perhiasan seperti cincin, gelang dan rantai emas, wafer emas (1 gram, 5 gram dan 10 gram), wafer emas tempahan khas (0.25 gram, 1 gram, 5 gram dan 10 gram) dan emas bar (50 gram dan 100 gram). Senarai harga barangan kemas dan emas bar boleh dirujuk pada laman web Makmur Gold.
Makmur Gold adalah sebuah perniagaan yang dimiliki oleh Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Ko-Makmur). Barangan kemas yang dijual di Makmur Gold adalah patuh Syariah dan tanpa upah, oleh itu harga emas yang ditawarkan adalah jauh lebih murah daripada ditawarkan oleh penjual-penjual emas yang lain.
Baru-baru ini, pihak Makmur Gold telah menerima pelbagai aduan mengenai scammer yang menyamar sebagai dealer kepada Makmur Gold. Oleh itu, pelanggan dinasihatkan untuk membeli barangan kemas dan emas bar dari cawangan Makmur Gold yang sah.
Alamat: C-12-G, Ground Floor , Plaza Paragon Point , Jalan Medan Pusat Bandar 5 , Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 10am-4.30pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-8922 3074
9. Kedai Emas Harga Lelong Bangi, Seksyen 8
Kedai Emas Harga Lelong Bangi adalah tempat yang harus anda kunjungi sekiranya anda ingin mendapatkan harga barangan emas yang murah dan mampu milik. Barangan kemas yang ditawarkan adalah tanpa caj upah, oleh itu harga barangan kemas yang ditawarkan adalah murah untuk dibeli. Terdapat pelbagai promosi yang diadakan dari masa ke masa, oleh itu ikuti laman Facebook Kedai Emas Harga Lelong Bangi untuk mendapatkan makluman promosi terkini.
Alamat: Lot G-3 & 3-1, Seksyen 8 Seri Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 9.30am-5pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone: 018-217 2927
Whatsapp Kedai Emas Harga Lelong Bangi
10. Kedai Emas Poh Kong, Bangi Utama Shopping ComplexÂ
Poh Kong adalah merupakan jenama barang kemas yang tidak perlu diperkenalkan lagi memandangkan ianya terkenal dengan rekaan barangan-barangan kemas yang berkualiti tinggi dan trendy. Rekaan barangan kemas amat sesuai oleh mereka yang bercita rasa tinggi dan bergaya.
Barangan kemas Poh Kong adalah seasonal, yang mana dari masa ke masa akan ada pelancaran koleksi rekaan barangan kemas terkini mengikut musim seperti hari ibu, Valentine’s Day dan musim perayaan. Barangan kemas dari Poh Kong amat sesuai untuk para jejaka hadiahkan kepada wanita tersayang, terutamanya pilihan barangan kemas dari Love Collection. Rekaan barangan kemas seperti cincin perkahwinan dari Poh Kong adalah sangat trendy dan elegan, selain daripada amat praktikal untuk digayakan di hari bahagia.
Memandangkan banyak outlet-outlet Poh Kong yang ditutup sewaktu musim PKP ini, pelanggan boleh membuat pembelian barangan kemas jenama Poh Kong di Shopee dan Lazada.
Alamat: Lot G1, Bangi Utama Shopping Complex, Section 1B, Jalan Kemajuan, Bandar Baru Bangi 43650, Selangor
Waktu Operasi: 10.30am-8pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email |  Phone: 03-8210 0500